BFF RAMBLINGS: Secret Recipe

Showing posts with label Secret Recipe. Show all posts
Showing posts with label Secret Recipe. Show all posts

14 Jul 2016

Resipi : Salmon Butter Lemon

Tengah musim diet baru ni, salmon lah antara menu pilihan. Tengok resipi dari Lya Uzir yang ni huihh nampak lazatt. Mari menerai..senang pon ya :

 
Bahan-bahan:
2 keping Ikan Salmon
2-3 ulas bawang putih (cincang halus/tumbuk lumat)
Sedikit Butter
1/2 t/s Thyme
Garam
Lada Hitam
Air perahan Lemon
 
Caranya:
  • Campurkan butter, bawang putih, thyme, garam & lada hitam dan kacau sebati.
  • Masukkan perahan lemon (masuk sikit je cukup, kang masam)
  • Lumurkan bahan2 tadi atas salmon
 
  • Bakar 180-190C . Grill atas grill pan pak mail pon boleh..lagi jimat letrik
Sos Putih -(gaulkan semua bahan2 kat bawah)
  • 1 cawan mayonis
  • 2 s/b jus lemon
  • Garam & Lada Hitam
  • Daun dill (tak buh pun ..err tak kenal mana satu)
 
Versi 1st attempt. Ok Mr Bos suka..bole repeat menu.
 
TQ Lya...

 


26 Jan 2016

Foul Medamas a.k.a Kacang Pool

Sedang mata terasa berat tengah2 hari buta ni, terpikir plak nak buat Kacang Pool.  Orang Arab panggil Foul Medamas.  Research kat Pakcik Gugel, rupanya its Egypt's national dish.  Patut le selama 10 hari kat Mekah/Madinah, hari2 without fail ada je dish ni for breakfast.

Lalu, kita pun research la resepi..yang versi Malaysia siap pakai serbuk kari lah, halia lah...hahaha...Mana la orang Arab makan serbuk kari n halia yang oiii...so back to basics:

1.  Foul Medamas is originally vegetarian.  Versi pakai daging cuma di Malaysia/Singapore aje.
2. The only rempah yang digunakan is cumin (jintan putih).Takde rempah2 kari, halia bagai.

So, camne nak buat?  Senang gila ok!



  • Beli kacang parang / foul ni kat supermarket or kedai arab. 1 tin cukup untuk makan 4 orang.  drain the water n lenyek ngan sudu.

  • Image result for kacang parang kimball

    • Cincang 1 labu bawang besar & 1 ketul bawang putih.  Tumis ngan minyak. 
    • Kalau nak versi non-vegetarian, masukkan daging cincang dalam 300gm n tumis ngan bawang sampai brown.  
    • Next, masukkan serbuk jintan dalam 1-2 sudu makan...agak2 la sampai naik bau dia...
    • Masukkan sebiji tomato fresh yang didadu kecil
    • Pastu masukkan satu tin 100 ml tomato puree. Masukkan kacang yg dah lenyek tadi.
    • Tambahkan air, gula, garam & black pepper secukup rasa.  
    • Renihkan sampai agak pekat n cantik bila dicedok.
    • Siap untuk dihidang.


    Kacang pool ni orang selalu hidang ngan telur mata (goyang) seketul & taburan tomato, cili hijau & bawang besar n perahan limau kasturi on top.  Cicah ngan roti bakar..MERECIK beb!!!

    Meh layan kacang pool Haji yang femes kat Larkin JB.  Lepas dah pandai buat sendiri takde nye nak heran lagi dah :)

    Pix from pakcik gugel..Kacang Pool Haji

    Ni versi Arab original
    Rasa cumin / jintan putih tu memang very distinctive to this dish.  Try lah.  Takkan kecewa beb.

    -kd-

    2 Dec 2013

    L.a.S.a.G.n.A.

    Feeling Italiano anyone? Ma favourite ----) L.a.S.a.G.n.A. Sharing resipi versi ikut suka seleraku ..Hehe
    teaser...
     
    Bahan:
    1 bawang besar (cincang halus)
    2 sudu besar olive oil
    3 ulas bawang putih (1 dicincang halus & 2 diketuk))
    800g mince beef
    1 botol Preego sos
     
     
    Mozarella cheese
     
    Oregano
    Lasagna sheet (dicelur dulu kasi lembut)
     
    White Sause:
    500ml fresh milk
    2 sudu besar gandum
    2 sudu besar butter

     Caranya:
    Masukkan mince beef ke dalam pan (NO minyak okei...just the beef)
     

     Bila air daging dah nak kering, masukkan bawang putih yg diketuk (nak hilangkan bau hanyir daging.

    Bila air dah kering betul..put aside & keluarkan bawang putih.

    Next.....panaskan olive oil. Tumis bawang besar & bawang putih sampai brownish
    Masukkan sos Preego
     

    Campurkan mince beef
    Oregano /garam ikut selera
    Optional : taburkan mozarella cheese

    White Sause:
    Cairkan butter (api kasi slow ..kang hangus lak)

    Add in gandum & kacau
    Buh fresh milk & sambung kacau sampai pekat
    Add in garam sikit

     Layering dalam bekas:
    Susun lasagne sheet dalam bekas
    Next layer.... 
     Tabur white sause & sprinkle dgn mozarella cheese
     
    Repeat susun mcm 1st step tadi ---) lasagna/beef/white sause /cheese. Bertingket2 mana sekali pon..make sure atas skali layerkan dgn cheese

    Bake @30-40 mins @ 175C @api atas bawah..

    Okei..Siap!!!

    27 Aug 2013

    Trademark-ku Si Puding Triffle

    Resipi Puding Triffle mcm2 style kalu google kat internet. Finally suda yg serasi copykat cousinku. Dah jadik ku punya trademark sudah ini puding kalu ada kenduri. Sempoi je nak buat..here u go........

    **1/2 cawan tepung custard
    **1/2 tin susu manis
    **1 tin susu cair
    **2 cawan air
    1 kotak jelly (recommend brand Nona)

    1 tin fruitcocktail
    Swiss Roll (favourite Jam flavour @ Bakers Cottage. so far tu lah yg swiss roll terbaek, lembut & sedapss
    Caranya:
    ~Potong nipis swiss roll & susun rapat2 dalam bekas

    ~Tos fruitcocktail & amik air lebihan dalam tin tadi & siram atas swiss toll

    ~Next..campurkan semua bahan ** & kacau sampai rata
    ~Adunan dah rata & tepung custard dah tak ketul2, baru letak atas api kecik
    ~Kacau & kacau...jangan tinggal pegi buat benda lain plak..Kang berketul adunan ni plak.
    ~Bila dah pekat, tuangkan atas swiss roll tadi

    ~Taburkan fruitcocktail atas custard

    ~Layerkan dengan jelly Nona. (Instruction ada kat tepi kotak Jelly : sepeket jelly campur dengan 400ml air suam. Kacau sampai larut)
    Test jelly ni dah sejuk baru tuang atas custard. Kalu tuang panas2, custard tu crack

    Okeh...siap! Nak lagi besh..sejukkan dalam fridge & keluarkan bila nak makan.

    19 Aug 2013

    Puding Caramel

    Teringin nak berbuka & bermoreh dengan puding caramel bulan posa aritu. Nak2 pulak asal bulan posa je, caramel jadi hot stuff kat pasar ramadhan. Pasal lama bebenor tak prektis skil kacau gula hangus ni, after 3rd attempt baru menjadik si puding ni.

    Sonang je nak buat,2 steps je, cikidout :
    Step 1- Caramel
    1/2 cawan gula pasir
    air (agak2 uols nak kuah byk mana..)

    Step 2- Puding
    1 tin susu cair
    5 biji telur
    1 s/k esen vanila
    5 s/b gula (saya buh 2 sudu je ,manis from karamel dah cukup)

    Cara Step 1 :
    .Kacau gula dengan api kecik, kacau sampai hancus & tak berketul
    .Bila gula dah bertukar jadik air, campurkan air ke atas air gula tadi
    Note : Hati2 ye dik nun..bole termercik air gula panas tu.

    .Kacau secepat boleh sampai lah air gula dah settle down (tak mercik).
    .Teruskan kacau sampai air gula dah tukar brownish(kalu tak brownish =tak hangus. Fail buat caramel kiranya nih)
    .Pastu boleh tuang ke dalam bekas

    Cara Step 2:
    .Pakai whisk & kacau semua bahan2 Step 2
    .Tuangkan bahan2 tadi ke atas air gula (yang sesiap letak dalam bekas tadi) & tapiskan semasa tuang (ni utk elak dari buih2 yg duk kacau tadi)
    .Dah siap untuk dikukus selama 40 mins .Pakai slow fire okei
    Note : Bole start on air rebusan untuk kukus bila wat Step 1 lagi, by the time siap Step 2, dah boleh terus masukkan dalam tempat kukus

    p/s:Bila ready nak hidang, sila lah terbalik kan bekas untuk nampak kan gula hancus di depan nya..

    Selamat Mengacau gula sampai hangus dik nun.... 

    22 Jul 2013

    Chicken Mushroom Pie

    Fefeling nak makan Chicken Mushroom Pie ala Dome boleh try lah dari air tangan sendiri. Beli serving set cop Dome, kompem masyuk rasanya uols..Dah lama simpam resipi ni kalu tak silap dari buku Chef Wan. Meh jenguk camne :

    ¼ cup butter

    ¼ teaspoon dried thyme

    ¼ teaspoon dried oregano

    ¼ cup plain flour

    10-button mushroom

    1 large onion - peel & dice

    1 carrot- peel & dice

    2 celery stalks

    Green peas

    2 potatoes diced

    3 cups water

    ½ cup milk & milk for glazing

    1 fresh bay leaf

    Pinch of ground nutmeg

    Salt

    Filing :

    Heat butter & sauté the onions, thyme & oregano until fragrant

    Still in the flour & mushroom (masuk sikit2 tepung gandum tu)

    Add chicken, carrot, celery, green peas, potatoes, water & milk

    Bay leaf, nutmeg, season & salt

    Simmer over low heat until thick

    Letak kan 1 layer pastry kat bawah bekas & tekan2 dengan garfu utk kasi angin keluar & tak membelon bila bakar. Bake sekejap dalam oven agak2 dah kuning ,boleh keluarkan
    selalu pakai pastry yg ni je

    Pas tu masukkn filing dalam bekas :

    Dan tutup dengan pastry kat atas filing ni


    Sapu telor atas pastry & masuk dalam oven balik. Pakai api atas bawah @ 200 degree Celsius. Time ni kena perati jangan hangus lak pastry tu. Agak2 2-3 min dah boleh keluarkan dah tu.

    Hasilnya.....



    p/s: nak buat dalam sebekas besar terus pon boleh..nak bekas kecik aluminium pon boleh. Janji terus boleh makan & tak yah tukar2 bekas dah.

    Perasan ke gambo atas bawah tu lain? cekap mata uols! aaaahh...2 event yg berbeda..tak nyempat nak snap sebenarnya. mix & match jadik gambar nya. :) 

    15 Jul 2013

    Kam Heong Prawn

    Lama gila tak contibute ke blog ni... takde citer nak update.  Sempena bulan Ramadan yang mulia ni, saya nak share lah a simple but delicious recipe untuk korang try bila dah ketandusan idea nak masak apa untuk berbuka.

    KAM HEONG PRAWN
    (serves 3)

    300g large prawns, golek2 kan dalam cornflour+salt+pepper dan goreng hingga agak garing.  Kalau nak goreng gitu je without tepung pun boleh gak.

    Kam Heong Sauce

    Tumbuk semua bahan dibawah.
    3 ulas bawang merah
    3 ulas bawang putih
    1/2 inci halia
    1 sudu makan udang kering yg direndam

    Bahan yang tak perlu tumbuk:
    Selembar daun kari
    Cili padi - potong kecil
    Tumis semua bahan di atas sehingga naik bau and masukkan 1 sudu makan serbuk kari (tak kira la kari ayam/daging/ikan).  Tumis hingga garing & tambah air sikit & kicap pekat sikit...try test masin/manis cukup, pastu masukkan udang yng dah di goreng tadi...taraaaa..siap!  Sesuai gak untuk ayam, sotong, lala & ketam. Korang cuba test try..suka tak?

    Ni ha rupa lauk Kam Heong ni...





    1 Jul 2013

    Famous Amos Cookies

    Ini kali nak ngetest cookies ala2 Famous Amos, lagipon stok muncy2 kat dah finito.

    Bahan ayak sekali :
    2 1/4 cawan tepung gandum
    3 sudu kecil cocoa powder
    1/2 sudu kecil soda bikarbonat
    2 sudu besar cornflour
    Garam sikit

    Bahan lain : 
    250 gm butter
    150 gm gula kastor
    1/2 sudu kecil esen vanilla
    1 biji kuning telur
    1 cawan coklat chip
    1 cawan almond (goreng tanpa minyak dulu..lagi ermp)
    Caranya :
    1. Pukul butter, gula kastor dan esen vanilla dengan mixer hingga kembang.
    2. Masukkan kuning telur dan mix rata.
    3. Masukkan bahan yang dah ayak & kacau sebati - guna spatula
    4. Masukkan coklat chip + almond & kacau rata.
    5. Scopekan adunan dengan sudu kecil atas tray oven (lapik dengan kertas minyak atas tray) & kasi jarak antara satu sama lain (nak menggelak dari kejadian cookies melekat kembar siam :p)
    6. Bakar @ 160'C api oven atas bawah dalam 15-20 min.
    resipi from tuan tanah blog. TQ

    Bos suka version ni compared to cookies dulu , me also like..tapi rasa cam berat je tangan nak kacau ngan spatula semua bahan tadi. Linda -u ada mention nak resipi kan? Try la & kasi review lak ok?

    27 Jun 2013

    Kuzi + Roti Jala

    Kelantanese wajib kenal apakah 'kuzi', famous kat Kelantan untuk akikah atau hari raya posa. Kalu bukan ore kelate..blur2 bila sebut kuzi..biasalah tu.

    Ni antara favourite dish ,pekena sama roti jala..ermph! Untuk akikah cicah kuzi kambing dengan roti bulat,time raya ada yang jamu ngan nasi minyak.

    Aku pon baru menuntut ilmu, belum expert lagi..meh demo sket camno nak buweknya:

    -1 ekor ayam (perap dengan bawang putih & halia)

    goreng half cook
    Untuk kuah:
    -2 ulas bawang putih (tumbuk halus)
    -2 sudu besar ghee QBB
    -3/4 tin susu cair
    -1 tin kecik tomoto puree
    -1/4 botol tomato sos
    -1 1/2 sudu besar rempah kuzi
    (ni spesel from Kelantan- brand 'Kg Langgar'. blom commersial kat supermarket. Balik raya aku amek order sapa mau okeh)

    -1 cawan bawang goreng (harus golden brown. kalu terhangit goreng, jangan le pakai..rasa ke laut jadiknya)

    -kismis/badam

    Cara2 segini:
    -Tumis bawang putih dengan ghee QBB
    -Masukkan rempah kuzi yang dicampur dengan air & kacau rata
    -Masukkan bawang goreng yang dah di blend

    kiri :rempah kuzi (campur air) kanan :bawang goreng yg dah blend

    -Campurkan tomato sos & tomato puree (ikut tahap masam camne uols suka)
    -Bila menggeledak, masukkan ayam
    -Campurkan dengan susu cair
    -Taruh gula + garam
    -Last skali, bubuh kismis/badam (tak letak pon tak de hal)

    Camni lah rupa kuzi ayam..belum tahap A1 lagi ni. kena banyak kali buat baru lagi daboom...

    Roti Jala
    2 cawan tepung gandum
    2 cawan air
    1 biji telur
    sikit pewarna kuning
    garam

    -Blend semua di atas
    -Pakai tisu utk celup sikit minyak atas pan
    -sedia untuk menjala dengan acuan ini

    Ikut kreativity uols nak tebar camne heh..


    Hasil nya..


    Sedia untuk menjilat jari..........................

    25 May 2013

    Addicted Chocolate Chips Cookies

    Mood perasap oven datang lagii..Teringin nak ngap ngap cookies time ngadap tv. Tried resipe from K Inahar page.. proven sodap & addicted sampai licin bekas!

    Mau try kalu...ni intisarinya :

    1 cup butter,
    1 cup white sugar (buh 1/2 cup nak kurangkan manis)
    1 cup brown sugar

    1/2 cup cocoa powder (brand Herseys)
    1 1/2 cups all purpose flour 
    2 eggs
    2 t/s essence vanilla 
    1 cup oatmeal (blend halus. Boleh ganti dengan cornflakes kalau tak de)
    1 t/s baking soda

    1 cup chopped almond (goreng tanpa minyak -kasi rangup & tak lemau)
    1 teaspoon baking powder 
    1/2 teaspoon salt
    1 1/2 cups chocolate chips (brand Herseys)

    -Panaskan over 350F /175C

    -Ayak tepung dengan baking soda
    -Campurkan butter, white & brown sugar sampai halus
    -Masukkan telur sesatu & essence vanilla & garam
    -Kacau tepung yang dah ayak tadi, oatmeal, chocolate chips & almond
    -Bila adunan dah rata, boleh lah susun dalam tray

    Susun biar ada space, nanti cookies mengembang

    -Bakar dalam 15 min & kaler brownish

      Ni dah tray kedua, still rapat & ada yang jadik kembar siam tu hah.

    Terlebih gelap pasal buh cocoa powder 1 cup..ikut resipi asal 1/2 cup je. Gara2 nak rasa cocoa kaw2 punya. Walaupon si hitam manis tapi rasa adaaa..Sekali ngap kompem nak lagi..

    16 May 2013

    Nasi Goreng Tomyam

    Teringin nak makan nasi goreng tomyam, mood pon ter rajin nak rasa dari air tangan sendiri..Hasil bantuan Mr Google,jupa resipi from Chef Hanieliza. Tapi  ada tambah mana patut ikut selera tekak. Caranya :

    Sediakan........:
    Nasi (lebihan tak habis makan. Dilerai2 dulu biar tak keras)
    Udang/sotong/ayam - ikut suka banyak mana
    Cili padi *kalu nak extra pedas
    Telur
    Daun ketumbar (halus2. Tapi saya buh daun limau purut- saja nak kasi bau lebih)
    Carrot/Kubis -opkos saya tak buh la kan???
    Garam/gula/kicap manis kicap udang

    Untuk pes tomyam :
    2 biji bawang putih
    3 biji bawang merah
    10 tangkai cili kering
    1 batang serai
    1 sudu makan udang kering

    Rendam cili kering dengan air panas sampai lembut. Pastu blend semua bahan2 untuk pes tadi.

    Gini buatnya:
    - Tumis pes tomyam sampai wangi
    -Masukkan ayam, carrot & kacau rata sampai masak
    -Masukkan sotong -kasi masak & lembut sket & baru buh udang, kubis.
    -Sambung kacau, buh garam/gula/kicap secukop u ols rasa sedap. Taruk daun limau purut untuk naik bau
    -Masukkan nasi -kacau biar bahan2 cover sama rata
    -Last , pecahkan telur & kacau lagi.
    Ikut resipi Chef, pastu masukkan daun ketumbar (which i skip )

    Ni lah hasil first attempt..uih.boleh tahan sodap..(naik bakul sendirik.)


    ~Yz~

    2 May 2013

    Mari Masak Chicken Tikka Masala


    Olla ladies!


    You've all got your Garam Masala, so, apa lagi, asapkan la dapur tu... Actually, dah lama nak try masak indian cuisine yang bukan kari mamak malaysian style. So, masa BBW hari tu rembat le seketul recipe book Mat Jamie ni, ada pulak simple indian cuisine recipes.  I've tested his recipe - CHICKEN TIKKA MASALA and adjusted the ingredients according to my taste. Simple je...sure korang boleh recreate this dish in your own kitchen.

    Now, put on your aprons and jom masuk dapur.

     You'll need:
    Half chicken - cut into small pieces.  Perap kejap dengan garam masala sikit.
    2 onions (bawang besar) - finely sliced (nak tumbuk pun boleh gak.)
    Thumb sized ginger (halia) - finely sliced (saiz jari korang tau...jangan le pulak pakai jari gergasi!).
    2 fresh tomatoes - diced (Cik Yatt, jangan skip).
    3 tablespoon tomato paste (boleh substitute ngan tomato sauce, but end product can be a bit sweet.)
    200 ml (1 cup) plain yoghurt (substitute - milk + lemon/lime juice - it will become curdy).
    1/3 cup coconut milk - optional (kalau pakai santan kotak, pakai 1/4 kotak kecik je).
    A handfull of fresh cilantro / coriander (daun ketumbar) chopped - penting ni, jangan skip.
    2 tablespoon garam masala, mix with some water to make paste.
    2 red chilli - cut lenghtwise (optional).

    How to:
    Keluarkan belanga korang.
    Tuang minyak dalam 1/4 cawan.
    Tumis bawang, halia & kalau nak pedas lagi, masukkan dalam 1 tablespoon  of cili boh.
    Bila dah wangi, masukkan garam masala and tumis sekejap. Jangan hangus plak.
    Masukkan tomato paste, ayam & stir. 
    Masukkan sedikit air & simmer.
    Bila ayam dah half cooked, masukkan tomato &  cili potong.
    Once ayam dah masak & tomato dah nak hancur, masukkan yogurt, santan & season with salt n sugar (depends on your taste, masala dish can be just tangy salty to slightly sweet)
    Bila dah naik minyak, masukkan cilantro, stir & padam api.....taraaaa...siapppp!

    Confirm sedap sehingga menjilat jari kalau makan ngan nasi, roti nan or even roti jala.

    I like to serve with CUCUMBER SALAD - its just a mix of cucumber, plain yogurt, chilli & mint leaves, salt & sugar.

    Note:
    Kalau guna bawang tumbuk instead of sliced, kuah jadi lebih pekat. 
    Boleh garnish with green peas or carrot for colour.

    Garam masala ni is a very special blend of spice (cuba korang "study" bau/rasa dia).   Boleh guna untuk macam2 dishes cam Kurma, Rogan Josh, Palak Paner & banyak lagi.  Nanti kita explore ye.

    Tak le susah sangat kannnnn.....good luck! ~kd~





    20 Apr 2013

    Sweet Indulgence ~ The Chocolate Dipped Oreo

    Ladies, masih ingat lagi oreo choc Deena yang sedap bangat ni? Kudos Deena..ni dah jadik ko punya warisan 7 keturunan nih :)
    Dah boleh masuk list utk party or kenduri ni. Ralit makan, lagi2 kalu dapat kat hantu coklat, mmg sah tak cukup seketul kan.
    Caranya senang je tapi kalau banyak ketul buat, skill sabar kena ada juga.

    Bahan nya:
    i) Choc bar. Ikut tips Chef Dewi, pakai Beryl's Chocolate Compound dijamin sedap. Bagus bakery ada jual brand ni. Lagi satu jangan amik yg nak expired nanti bau tengit. 

    ii) Choc Mould
    iii) Biskut Oreo
    iv) Edible image -utk deco
    Cara nya:

    Susun edible image dalam choc mould. Image face down.
    Double boil choc bar & lepas tu sapukan choc  sikit atas edible image.
    Susun oreo atas choc yg dah disapu tadi
    Lepas tu sapu lagi choc atas oreo
    Ratakan choc sampai cover habis & tutup lapisan oreo
     

    Masuk dalam frige sekejap. Agak2 dah keras,boleh bawak keluar fridge & keluarkan coklat dari mould. Dah siappp!

    Ready to be served...

    First attempt from Linda...dap dappp
    ~Yz~

    SeVen Hot Ladies Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign