BFF RAMBLINGS: Kam Heong Prawn

15 Jul 2013

Kam Heong Prawn

Lama gila tak contibute ke blog ni... takde citer nak update.  Sempena bulan Ramadan yang mulia ni, saya nak share lah a simple but delicious recipe untuk korang try bila dah ketandusan idea nak masak apa untuk berbuka.

KAM HEONG PRAWN
(serves 3)

300g large prawns, golek2 kan dalam cornflour+salt+pepper dan goreng hingga agak garing.  Kalau nak goreng gitu je without tepung pun boleh gak.

Kam Heong Sauce

Tumbuk semua bahan dibawah.
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 sudu makan udang kering yg direndam

Bahan yang tak perlu tumbuk:
Selembar daun kari
Cili padi - potong kecil
Tumis semua bahan di atas sehingga naik bau and masukkan 1 sudu makan serbuk kari (tak kira la kari ayam/daging/ikan).  Tumis hingga garing & tambah air sikit & kicap pekat sikit...try test masin/manis cukup, pastu masukkan udang yng dah di goreng tadi...taraaaa..siap!  Sesuai gak untuk ayam, sotong, lala & ketam. Korang cuba test try..suka tak?

Ni ha rupa lauk Kam Heong ni...





4 comments:

  1. a must try nihh..peberet! selalu amek crab kam heong. ketak ketuk bunyi meja duk pakai spanar crab tu

    dewi, bak le besday kek rayn tu

    ReplyDelete
  2. hehe..ni namanya kam heong...buat jugak ala2 cuma tak boh udang kering...baru ku tahu ,kam heong namanya

    ReplyDelete
  3. Yatt n Linda dah terai...10 min siap (eh, resepi aku semua mmg 10 min jek timeline dia..haha! )

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1st time try kt umah bonda ku. ghupenya bibik perati tgk.! semlm dia dah bikin daaa resipi ko ni dewi! tapi x mengancam cam aku wat lah .LOL:

      Delete

SeVen Hot Ladies Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign