BFF RAMBLINGS: drama

Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

8 Jan 2015

Eksperimen Cinta -Anjell

Zeel Production dah umum novel Eksperimen Cinta utk drama romantik komedi slot Dahlia Dahlia TV3 hari Sabtu & Ahad. Shooting bakal bermula bulan ni, bajet tgh tahun la baru on air.

Tengku Aaron Shah berdendam dengan adik kembarnya Tengku Andrean Shah yg dah kawin senyap2 dgn girlfriend dia - Seri Husna. Seri yg tak tahan peel playboy Aaron melayan ramai perempuan. Bagi Aaron kalau beribu perempuan yg dia dekat, masih lagi setia pd yg satu.
Fahrin Ahmad @ Tengku Aaron Shah/Tengku Andrean Shah
Jutawan muda ambil alih syarikat keluarga
Playboy tapi pegang istilah 'buaya setia'

Sejak insiden tu, Aaron putus sedara sama Andrean & tak percaya pada cinta. Sampai lah terjumpa Damia Farisha yg datang jumpa Aaron selaku CEO Triumph Air utk mintak sponsorship dari company dia kerja. Kebetulan pulak ternampak Andrean & Seri dpn mata, sakit hati mencanak2 & ugut Damia utk kawin. Sambil2 nak buat eksperimen persepsi pada 'cinta', Aaron nak buktikan dia dah bole lupakan Seri & mampu happy. 
Izreen Azminda @ Damia Farisha
Jual mahal, tak senang lelaki nak tackle
Gaya sempoi

Damia dilemma dgn ugutan Aaron, nak terima - tak boleh tahan dgn perangai 'makhluk asing' mamat tu. Dgn rambut berkarat, bertindik, pakai rantai dah sah2 bukan ciri2 suami yg dia nak. Kalau reject tanak kawin, sponsorship worth of 300M ditarik balik rasa bersalah mendatangkan masalah kat pengurusan ofis.

Kawin akhirnya Aaron & Damia..Aaron kuat membuli, baran naik angin cepat. Damia menten cool, sabar & layan saja peel si laki dia. 

Damia terjumpa Seri yg tgh sarat mengandung dan start berbaik2 dgn pasangan adik ipar/biras nya. Dapat tau cerita napa Aaron bermusuh dgn diorg. Andrean & Seri kawin senyap2 masa tgh study di UK sebab dah terlanjur. Aaron mengamuk sakan bila dapat tahu & nekad tanak maafkan dua2 org ni. Dah byk kali diorg try nak berbaik & minta maaf, tak dilayan sama skali oleh Aaron.

Satu hari Andrean & Seri beranikan diri jejak kaki ke rumah Aaron nak minta maaf sebelom Seri bersalin. Tetap tak berjaya, Aaron halau keluar. On the way balik Andrean & Seri accident teruk. Selamat keluarkan baby tapi Seri critical. Aaron lembut hati & maafkan Seri, semua redha utk Seri pergi dgn tenang.

Dalam aura nak berdamai Aaron & Damia ada pulak silap paham yg jadik. Aaron ingatkan Damia curang bila ternampak Damia dgn Khaliq (officemate yg sukakan Damia). Padahal tak sengaja terjumpa masa Damia belikan present birthday Aaron. Sampai rumah nak suprisekan birthday present dkt bilik Aaron. Ternampak gambar2 Seri dalam laptop. Sangkakan Aaron tak leh lupakan Seri, patah hati bawa diri drive sesorang balik rumah nenek kat Kelantan.

Aaron tak betah bila Damia 'hilang'. Terus balik ke Kelantan bila tau Damia kat sana. Sessi pujuk mujuk berjaya, sambung cuti di kampung, teman Aaron ke Langkawi on business trip. Aaron pun dah berdamai dgn Andrean, dah bole lupa kisah2 lama. 

Muncul pulak Salmi yg dah lama tergilakan Aaron kata mengandung kan anak Aaron & mintak bertanggungjawab. Ayah Aaron paksa kawin tanak jatuhkan reputasi company. Damia awalnya was2..tapi dah pakat dgn bestfriend Aaron utk siasat hal betol. Pecah tembelang Salmi bila 'bapak' baby tu ngaku tu anak dia & Aaron tak salah. 

Damia break the news yg dia pregnant bila semua dah tenang. Bukan Damia yg alah tapi dah terbalik kena alah teruk kat Aaron. Sekian kisah theyols dgn lahirnya twins Tg Amanda & Tg Rayyan.

Fans Fahrin + Izreen mesti tak sabar nak tgk gandingan diorang hek? Baca gak komen2 tak setuju Fahrin bawak watak Aaron. Herm..seyes cakap payah gak nak lut imagine Fahrin jadik 'giler2' .Tak sesuais mana. Camne rupa ganas hensem ni kang. Sesama tunggu la apa hasil nya ye? Proof us wrong okei abang sado? mueh mueh...

Chiow...signing off 







21 Dec 2014

Novel :Suami Sebelah Rumah

First time layan novel dari penulis "Ana Sofiya". Sebabnya....JS Pictures Sheila Rusly tengah shoot untuk drama TV.
Disebabkan pengantin lelaki sms pagi hari nak menikah utk tarik diri, Eryna yg desperate 'terpinang' si Doktor nerd Amar, jiran sebelah rumah. Amar memang dah lama sukakan Erin dari zaman sekolah terima lamaran tu, lagi2 mak Erin memang berkenan sgt Amar untuk jadi menantu. Mcm mimpi la dpt kawin dgn buah hati pujaan, Erin penah reject tak nakkan dia.
Amar : Izzue Islam

Dah kawin 'terpaksa rela' ni, Erin mintak rahsiakan status diorang, nak start dari awal mcm org start bercinta.Nak dating,tackle sampai jatuh hati & tak duduk serumah selagi betol2 ready.
Eryna : Ayda Jebat 
Azlan :Nazrief Nazri

Amar sewa rumah sebelah dgn rumah Erin sebelum ni (dekat dgn ofis Erin supaya senang ke ofis). Sempat ber-dating, masak2 pass kat kt jiran sebelah.

Konflik Amar & Erin 
1)Housemate Erin, Anis terjatuh hati pulak dgn si Amar jiran sebelah ni.
2)Dr Wani (1 hospital dgn Amar) obses sesgt dgn Amar sampaikan ngaku Amar tu husband to be dia.  
3) Ex tunang Erin -Azlan meroyan nakkan Erin balik

Salah Faham Amar & Erin :
1) Dr Wani upload gambar berdua dgn Amar & canang diorang nak kawin
2) Erin setelakan mamat meroyan Azlan -tuang air & campak kuah dhal ke Azlan (Amar tahu dari org lain. Bengang Erin tak bagitau sendiri -dlm hati Erin belom sampai stage percayakan dia lagi)

Dua2 mak pak buat lawatan ke KL..jenguk anak menantu. Kelam kabut laki bini siapkan rumah nak nampakkan diorang suami isteri yg sebetulnya. Kantoi jugak bila housemate Erin -Anis & Iman dtg & semua tahu lah status dah kawin tapi tak duk serumah. Selamat 'dibasuh' dengan mak2, baru la bermula hidup suami isteri yg sebenar.

Amar rawat Azlan kronik sakit kat hospital. Bila dah sakit..masih nak try nak dapatkan Erin minta Amar bawakkan Erin & yakin Erin akan terima dia balik. Erin & famliy melawat Azlan ,jumpa skali mak Azlan yg dulu nya tak terima Erin jadi menantu. Sessi minta maaf, kena jugak berdas2 Erin & maknya pasal dah malukan & jatuh maruah diorang buat dulu. Erin terang2 cakap tak kan terima Azlan balik & bahagia dgn Amar.

Penutup : Diorang bersanding 'bertiga' di Pullman Putrajaya..tempat 'perasmian' mereka itu.


Dr Wani : Zulin Aziz
Anis :Sherry Al Hadad
Iman :Hanan Aqeela 
Ziyad : Ben Amir

Review : Cara penyampaian cerita kurang melekat di hati. Pening gak nak tukar2 karektor..1 bab Erin bercakap, next tukar ke Amar pulak. Cara cerita biasa2 je. 
Mesej yg dpt dlm novel ni : dengar dulu penjelasan suami/isteri..tanak buat assumption sendiri, apa2 hal dahulukan ketua rumah -elakkan curiga. Salute jugak tetap pendirian hero & heroin yg tak mudah cair bila dirayu domba.
 
 

9 Dec 2014

Pergilah Air Mata-Hani Ramsul

Drama air mata adaptasi dari novel Pergilah Air Mata akan datang di RTM :
Gara2 tersilap masuk bilik hotel, Sabrina & Badrul dicekup dengan pejabat agama. Dipaksa kawin dgn ayah Badrul-Datuk Hamidi seorang yang berpengaruh. Badrul dendam Sabrina ingatkan Sabrina sengaja perangkap nak kawin free. Sabrina (anak yatim piatu) dibawa balik ke rumah agam mertuanya. Hanya Datuk Hamidi yg terima Sabrina, Datin Hamidah dan pembantu rumah Kak Milah pandang serong akan 'niat' kawin ekspress, terang2 tunjuk tak suka, sarcastik & selalu marah2 Sabrina. 

Badrul : Kamal Adli
Sabrina :Nelydia Senrose
Dayana:Izreen Azminda
Datin Hamidah : Jasmin Hamid
Jamilah : Nadia Mustafa

Badrul torture Sabrina habis2, tak bagi keluar dari rumah langsung suruh terperap saja di rumah. Bagi Bad, Sabrina pakat dengan bakal tunang : Ikmal nak bolot harta. Badrul tension kena kawin sebabnya nak jaga hati buah hatinya si Dayana. Letih baca Sabrina berendam air mata je terkenang nasib -kawin dgn org yg tak kenal, tak jadi tunang dgn kekasih hati yg dah bertahun2 bercinta, asal bertembung sah2 kena jadik bahan marah Badrul & Datin.

Dayana frust bila tahu Badrul dah kawin, jeles punya pasal tengok Sabrina ada dekat Bad, ajak Bad kawin. Sabrina ok kan aja dan janji semua itu sementara saja. Nanti Bad akan ceraikan dia & dia taknak jadi penghalang kasih Bad + Dayana. 
Datuk Hamidi tak setuju plan Badrul nak kawin lagi seorang. Tak larat nak tegah kawin jugak Badrul + Dayana. Masih duduk satu rumah, Dayana yg workaholic pentingkan keja dari suami, balik lambat & selalu outstation.  Awalnya memang Yana tak nak commit utk kawin..nak fokus career dulu, yg Bad pulak kemaruk cinta la konon nak jugak si Yana. Datuk + Datin dah bising2 tgk keadaan mcm tu. Yana paksa duduk rumah asing sebab tak tahan dengar ibu mertua bebel tak pedulikan suami. Bila diorang jadi pindah, Datin pulak berendam air mata..rindu si anak tunggal..Lelama Datin start sayang Sabrina dek pandai amek hati dia.

Bila Yana tak ada rumah, Bad makin acap balik rumah makpak & secara tak langsung mendekatkan dia dgn Sabrina..Start sayang cuma tak luahkan aja. Bad dah tawar hati dgn Yana yg tak pedulikan dia sebagai suami. Bad terpikat dgn ciri2 isteri pilihan yg ada kat Sabrina, melayan suami & tak menjawab cakap...Last2 dua2 dah ngaku sayang menyayang & bole terima satu sama lain. Terkantoi dua2 dalam bilik dgn Yana ,Bad tak sengaja terlepas cakap kata ni semua satu kesilapan. 

Sabrina kecik hati + assume Badrul saja nak mainkan perasaan dia. Tekad nak lari jauh dari Bad. Yana decide nak ke Beijing urusan kerja + Bad kasi kata dua..kalau ke Beijing then diorang bercerai. Bad tak keruan bila tau Sabrina tak de + sangat2 menyesal berani main api camni.

Kalau dah jodoh, dapat jugak Bad cari Sabrina yg kebetulan keja kat chalet sepupu nya kat Terengganu. Sabrina dah bukan macam dulu mengikut kata..hati sudah keras tak mudah cair dengan Bad. Kat sini jugak rahsia terbongkar bila Iskandar muncul nak rape Sabrina..Kisahnya best friend Sabrina -Maria yg set up supaya kena tangkap basah dengan Iskandar. Tersalah kasi no bilik & Sabrina masuk ke bilik Badrul.
Maria (Reen Rahim) dah lama suka kat Ikmal (Amar Asyraf) & makan hati bila Ikmal pilih Sabrina. Dah terdesak tak rela Ikmal diamek orang..dia plan utk ditangkap basah dgn Iskandar yg dah lama taruh hati kat Sabrina. Bila plan tunang Ikmal & Sabrina tak menjadi..Maria cucuk jarum diam2..rela nak ganti diri taknak kasi malu family Ikmal majlis tunang tak jadi.

Badrul & Sabrina confront Maria pada hari nikah Ikmal & Maria. Mengamuk Ikmal bila dapat tau hal yang betul. Walaupon baru nikah pagi nya..Ikmal psg niat nak cerai Maria terus. Menyesal tak sudah tak bagi chance Sabrina explain masa kena tangkap basah dulu.

Penamat:
Badrul tunaikan impian Sabrina nak buat majlis kawin di kampung & pastu nak tengok bola merah (matahari) jatuh kat kaki bukit. Yana + Ikmal datang jugak majlis tu. Hagak2 kalau ada cerita pastu..Yana kapel dengan Ikmal la tu.

Berbaloi baca ke tak? Ye...sila baca ..Yang mana cepat leleh.sediakan tisu awal2

Selamat Membaca...

29 Nov 2014

Akasia TV3 -Teman Lelaki Upahan (3)

Sambungan....................

Mummy Lydia cerita hal sebenar yg dia curang dengan daddy + tinggalkan Lydia..Menyesal dah boikot Daddy selama ni + minta maaf berdamai. 
EL balik KL nak jupa Lydia bila huru hara family dah cool -Kepala serabut & beban hal business terletak di bahu EL  Hal family business nenek EL janji dah tolong. Lain cita jadi nya bila Lydia buat tak pot & cakap tak yah teruskan kawin coz dia dah dapat apa yg dia ndak -Casa Furniture & Design. EL sakit hati ,ingatkan Lydia still tak berubah.

Bila balik ke Kuching, kena penampar lak dengan Mama (sian ko EL..asyik kena je..aritu dengan Lydia). Mama jumpa wedding card 29/6  & kecik hati belakang kan family. Since then Mama lancar silent treatment tak nak bercakap. Lagi EL dendam Lydia yg dah huru hara hidup dia.

3 bulan lepas tu, Dato Azham dah meninggal & Lydia berubah dah bertudung.
EL nak surprise kan Lydia, berlagak nak eksyen dia lagi berharta time jumpa Lydia utk meeting nak supply perabut ke hotel di Cherating. 
Lydia dah tahu siapa EL relek cool & professional masa jumpa. Bertambah sakit hati EL tak berjaya nak buat Lydia melopong tengok dia.

Macam2 EL buat nak balas dendam nak sakitkan hati Lydia, tunjuk lagak dia sebagai client terpenting Lydia. Kebetulan Mama, Sofea & Zarra datang KL & nak ikut sesama ke Cherating. EL paksa Lydia ikut sekali. Dah tak tahan kena pressure Lydia tarik diri lepas kan projek besar ni dari hadap muka EL.

Sebelum bertolak balik ke KL, Lydia mengadap Mama mintak maaf dia lah punca segala masalah..cerita dari A-Z & mintak Mama terima & layan EL mcm sebelum ni. Dah berbaik anak beranak ni..nasihat Mama suh pikat Lydia balik kalau betol sayangkan Lydia.

Start episod baru..EL & Lydia luah apa terbuku & clear segala silap faham. EL propose Lydia depan dua2 family members. Aiyohhh so lomantik..Part ni mintak cair leleh ye. Selamat kawin & honeymoon tempat idaman Lydia -Tasmania

Ending : EL presentkan balik banglo Cherating pada Lydia sebagai wedding gift. Banglo yang sangat sentimental kenangan masa kecik Lydia satu family.

Seyes looking forward Akasia nih. Elizad & Ungku suit character Lydia & EL.
  

26 Nov 2014

Akasia TV3 -Teman Lelaki Upahan (2)

Sambungan:

Dato Adham berkenan EL nak jadi menantu, percaya EL boleh jaga Lydia & cerita kisah napa hubungan dia tak macam ayah-anak. EL kesian & rasa bertanggungjawab nak betulkan Lydia yang kerek & miss-no manners. EL decide nak renew contract 'ELYDIA'...keadaan dah terbalik EL yang jadik bos bukannya Lydia. Lydia kena ikut cakap & respect EL, dress code sopan-no seksi2, berbaik2 dengan Daddy & Mama. Kalau tak, EL tarik diri & tak capai la hajat Lydia nak take over Casa Furniture & Design.

 Tarikh nikah dah tetap 29/6. Teruskan dengan plan 'olok'olok' ELYDIA, EL hantar rombongan merisik berwakil family angkat & bukannya family jutawan dari Kuching. Lydia pun tak tau sapa EL yg sebenarnya, duk ingat dia lagi kaya dari EL.
 Majlis Merisik

Plan awal EL nak ubah Lydia : kasi mesra2 dengan adik tiri Khalishah. Ajak Lydia bercuti ke Singapore, senyap2 angkut Khalishah sekali. Hangin tak puas hati mulanya El dah kelentong kata nak cuti berdua je. Last2 lembut gak Lydia terima Khalishah dengan baik. Lydia dah start tone down + berbaik2 dengan EL.
Khalishah & K Long Lydia

Lydia dapat info dari PI kat mana nak jejak kasih mummy. Terus ke Melaka & terkejut bila tengok Mummy digari polis kes bunuh suami dia. Tertekan & sedih dengan insiden tu, Lydia call Haidar sebab Haidar tahu kisah2 sedih Lydia. Mummy Lydia dibebas atas sebab bunuh untuk pertahan diri. Pn Azlina tak mengaku Lydia anaknya. Jadik nya terpaksa mengalah + bagi masa untuk mummy mengaku dia anaknya.
 Mummy Azlina @ Fazlina Ahmad Daud

Lydia ulang alik ke Melaka nak amek peluang nak rapatkan hubungan + amek hati mummy. Haidar je tau plan ni dan sebab kan ni Najwa dah silap faham diorang still ada affair & bagitau EL yang dia suspect something fishy.
EL sangat2 bengang & hampir percaya, penah ternampak diorang mesra together.

 
 Sadiss part ni :(

 Semalaman Lydia sambung nanges bengkak mata terdengar2 EL marah. EL nyesal terlajak kata & tunggu Lydia di ofis. Sebab kan tak cukup rehat, Lydia pengsan depan EL. Masuk spital lagi sekali.

Pujuk rayu mintak maaf Lydia..berdamai lah mereka. Dah start funny2 feeling bercinta diorang ni.Tinggal nak confess suka kat masing2 je. 
Terkantoi dengan Abang Long tau yang EL nak kawin tapi family Kuching tak tau. Dengar nasihat Abang Long,  EL ajak dinner nak confess Lydia yang dia betol2 sayang bukan tipu dah, background family & nak bagitau family Kuching plan kawin.

Plan terbantut bila dapat call Zarra yang 1 family accident : Babah & Abg Long critical. Kebetulan Lydia ada keja di Kuching, pegi hospital nak melawat client yg accident. Masa yg sama Baba & Abg Long EL disahkan meninggal. Lydia perati dari jauh + tau lah dia EL family member pada client jutawan dia. Lagi shahdu bila tengok 'drama' EL & Zarra yg nanges kematian suami + EL takkan tinggalkan dia. Lydia tekad tak nak jadi penghalang cinta pertama EL + nak tinggalkan EL.

Bersambung.................

25 Nov 2014

Akasia TV3 -Teman Lelaki Upahan (1)

Trend masa kini..lumba2 novel nak dibuat drama. Follow the flow wajib cari & baca sablom kuar tv. Lagi besh tau dulu sapa pelakon nya baru feel lebih gitu. Next...slot Akasia kat TV3 :
                 KYRA LYDIA  /SITI ELIZAD

-Anak tunggal Dato Azham & Pn Azlina 
-Rebel & dendam pada Daddy lepas bercerai dengan mummy masa umur 5 thn
-Lagi dingin lepas Daddy kawin dengan Datin Izati + ada adik baru (Khalishah) 
-Bagi Lydia, Daddy penyebab ceraikan Mummy & tinggalkan dia
-Sorang yang heartless, tak de perasaan, arrogant, selfish

EZWAN LUTFI / UNGKU ISMAIL
 

-Anak ke-2 pada jutawan Kuching Tan Sri Omar Wang & Pn Sri Sanisah
-Sangat manja dengan Mama
-Selesa handle restoren sendiri dari business family
-Ada hati kat adik angkat family - Zarra tanpa sesapa tahu. Terlambat declare & frust bila Zarra pilih kawin dengan abang 
Family Tan Sri Omar Wang

Lepas grad dari Perth, Dato Azham offer Lydia utk jadi COO @Casa Furniture & Design. Lydia seboleh nya tak suka berurusan dengan Dato, balik ke Malaysia pun tak cari Daddy nya. Lydia terima offer dah tu aim nya untuk amek alih company, tak rela mak tiri ada share sekali.

Syarat dari Dato untuk hand over CFD sepenuhnya - nak kenal boifren Lydia & kena kawin by June. Bagi Lydia senang sangat syarat tu, decide bagitau Haidar (boifren sesama study di Perth) plan nak settle down. Belom sempat nak cakap plan, Haidar putuskan nak break up-dah jatuh cinta pada Najwa pilihan maknya.

Haidar @ Fikhree Bakar

 Lydia ke Restoren The Spices tempat favourite dia & Haidar sambil melayan time2 sweet dulu. Sampai sana Haidar & Najwa ada kt sana pulak. Terus lari nak chow dari situ Lydia terlanggar dengan 'waiter' & mee kari tumpah atas baju. Dengan bengang terus mamat tu kena penampo ngan Lydia & 'waiter' tu janji nak bayar ganti rugi.

Desperate dengan janji nak kenalkan boifren pada Daddy, Lydia nak upah si 'waiter' jadi boifren sebagai ganti rugi tumpahkan mee kari. Dengan konfiden ingat plan berjaya,ye lah mana si 'waiter' cukup duit nak bayar baju mahal dia. Tengok2 yang disangka waiter tu owner restoren The Spices---> Ezwan Lufti @EL.

EL tak setuju dengan idea ngarut Lydia walau camne kena pujuk. Lydia janji nak bagi apa je EL ndak..asalkan jadi fake boifren & jumpa daddy. CFD sangat2 penting utk Lydia & dia sanggup buat apa je. Last2 dapat deal bila EL tau Lydia owner banglo kat Cherating yang jadik pojaan hati dia. Lydia berat hati nak jual biar pun orang nak jual dengan harga tinggi..Sentimental value rumah masa kecik2 masa Mummy ada.
 
Pasangan gado. EL bencikan perangai kerek Lydia pandang rendah kat orang + tak respect Daddy 
EL dah janji ke ofis Lydia nak amek kontrak diorang. Lydia suh belikan dia sandwich untuk lunch. Yang EL terasa diri kena arah, tak nak ikut arahan Lydia tapi baik hati masakkan nasi goreng udang. Rasa tercabar bila Lydia keras hati tak nak rasa..nak jugak order sandwich. Lydia dipaksa makan jugak + kesannya muka bengkak allergic udang. Gelabah & rasa bersalah gilos EL kenangkan dia duk paksa Lydia sampai masuk hospital. 

Pause! Bersambung entri lain..
 

22 Nov 2014

Pilot Cafe d Movie

Novel 'Pilot Cafe' Ahadiat Akashah dah difilemkan arahan Osman Ali, shooting tahun 2013 & nak keluar panggung tahun depan. Woooo lamanya que nak keluar heh? Tak la minat sangat dengan novelist tu, gagah gak carik novel lama ni duk imagine pelakon2 besh.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Ameer Reeza
Pilot handsome & sado digilaai ramai perempuan
Personaliti & karisma menarik
 High taste & loaded
 Playboy- tukar2 girlfriend macam baju saja konsepnya
 
 @FAHRIN AHMAD 
  
Ameer dengan best friend Kapten Haris @Keith Foo. Sama2 kaki poya2 + playboy, gaya hidup bebas terbabas dari landasan.
 
 Si Playboy & awek2 nya


Ameer dah jatuh hati & mula masuk jarum tekel stewardess baru Sharmila @Neelofa. Sharmila yang naif feeling jatuh hati kat Ameer. Kawan baik nasihat suh hati2 dengan si buaya darat pun tak amek kisah. 
Sharmila pregnant + Ameer propose untuk gugurkan. Sebagai ganti, Ammer offer nak bagi duit. Bengang dengan sikap Ameer, Sharmila decide lari dari si playboy ni. Sebelum blah sempat lagi membahan Ameer "What you give, you get back!"
Baru Ameer terkesan lepas Sharmila tak de. Teringat2 kan Sharmila & tak penah2 dibuat Ameer dia mencari perempuan (selalunya terbalik,perempuan yg carik dia). Sanggup cari kat rumah sewa Sharmila tak jumpa & bagi notis benti keja 24jam. Ameer dah bukan buaya yg dulu..Resah gundah gulana penangan kena tinggal dek Sharmila.
Bila dah sampai ajal....Ameer dapat berita Haris terlibat dalam air crash masa terbangkan private plane VVIP. Sebabkan insiden ngeri ni Ameer phobia..takut & decide untuk resign jadi pilot. 

Jadi nya Ameer buka cafe mewah berkonsep pesawat Boeing 737 & dinamakan 'Pilot Cafe'. Masa Ameer dihabiskan dgn dunia baru.. T
obat tak buat peel2 gila zaman jahiliah dulu. Pilot Cafe direka sebijik kapal terbang kiranya masuk dalam cafe ni terasa duk dalam flight. 

Duk imagine ni :
Cockpit -tempat DJ control muzik
Seat penumpang : tempat orang2 makan
Masuk entrance nampak kepala Boeing terlekat kat tengah2 dinding
Dari luar bangunan : badan & ekor Boeing terjuntai keluar
(jenuh nak imagine camne rupa cafe ni hah)

Satu pagi Ameer dengar suara orang nanges kat belakang cafe. Kesian tengok keadaan haru biru, offer tumpangkan Maya @Izara Aishah ke Cafe. Start la kisah Ameer & Maya. Maya budak lepasan SPM lari dari kampung lepas tahu pregnant anak boifren - Rashid @Remy Ishak. Rashid mulanya janji nak bertanggungjawab pastu hilang tak dapat dikesan. Takut kan bapak yg garang buat Maya lari dari kampung.
  Timbul rasa kesian, Ameer banyak tolong Maya. Dari awal bagi Maya keja di cafe & jaga kebajikan Maya sampai bersalin.
 Ameer ibarat 'malaikat' yang datang rescue Maya, continue jaga Maya & Amirul dah close dgn Ameer. Pas 2 tahun Maya terdetik nak balik kampung & cari Rashid. Masa yang sama Ameer plan nak propose Maya untuk jadi isteri. Melepas la Ameer...hantar Maya balik kampung & plan kawin Rashid. Rupanya Rashid dah lama cari Maya...

Kat Pilot Cafe.. Ameer ternampak Sharmila +husband + anak lelaki. Rupa boy tu sebijik Ameer, nama nya pun Ameer...Tu lah 'anak' Ameer & Sharmila. Sharmila dah kawin dengan Dr Khaleed -doktor yg rawat Sharmila lepas lari dari Ameer. Dr Khaleed 50-an, duda anak tiga tukang bagi semangat & 'jaga' sampai Sharmila bersalin. 
Dr Khaleed nak lepaskan Sharmila lepas tau dia ada kanser. Nak bagi can Sharmila yg masih muda untuk pegi balik kat Ameer, lagi2 ada Ameer junior. Sharmila tak setuju, dah sayang separuh mati pada en suami. Dr Khaleed nak berlepas ke US & suh Sharmila pegi balik kat Ameer. Dengan berat hati Sharmila mengikut & berdepan Ameer...tapi tak terkeluar kata2 & blah tak cakap apa2. 
Dr Khaleed lak last minute pikir tak jadi ke US, nyesal nak bagi isteri at orang lain. Kensel plan & cari Sharmila nak sehidup semati.

Habis Cita! 
Tak kenan ending nya. Kesian Ameer melepas dua2..Gitu la reality nya, tak semua kita nak kita dapat..tak pun Ameer dah kena sumpahan Sharmila:
 'What you give, You get back?" 

Mintak2 la best filem ni..Walaupun banyak plot nak sumbat jalan cerita, harap le best kalah Ombak Rindu.

 


16 Nov 2014

Moment2- Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Last entry pasal MJATS..Pas ni bole move on okei? Err ye ke tu..Erm tengok la nanti bole babai ke tidak MJATS nih. Nak kenang punya pasal, nak list down moment2 best, sweet, kureng sweet & sewaktu dengannya....

Episod 19 start point the real life for Luqman & Melina. Ego Mel dah jatuh terjunam ke dalam laut Pulau Kapalai & tukar jadik loving manja2. Hasil penangan ni lah  yg buatkan ahli jemaah MJATS dah tersawan -angau melayan. Sampai la ni katanya duk ulang tayang je MJATS kan kan?

 Click click ---> Ep 19 MJATS

Click click --->Ep 20 MJATS
Duh..seronoknya tengok kapel honeymoon pegi diving! Ni terasa dan2 nak gi amek lesen diving gak. 
Huntung Fahrin & Sara sesama ada lesen, sambil selam sambil shooting gitu. 2 jam uols loving2 kat bawah tu heh.. Jeless jeles...


Click click --->Ep 21 MJATS
Mata ni dah berkenan sangat dress rainbow Melina sejak kuar promo kat paper, sablom drama start lagik. Santek bangatt.. Sesuai mood pantai..i like!

Click click --->Ep 21 MJATS 
Alalalala senyum meleret je le mampu..Dah gelap nak malam main campak2 air lagi ye korang? Weehuu. Penangan scene sweet2 lomatik terus trending kat twitter heh..Dasatt! 
Ni pulak episod teriak melalak..Meleleh ter-emo lebih deii..Sang isteri lari bawa diri bila sang somi menikah lain & sang somi pon tak rela menikah..
 
Click clik--->Tolong Mafarikha

Lagi satu yang best dapat melayan bloopers MJATS. Sporting lah Production House melayan kasi tunjuk. Tergelak sakit perut la tengok nya. Tak sangka Luqman bukan nama sebenarnya ni pak lawak! Biasa tengok macho relek...ghupanyaaa ya rabbi kuat menyakat! Duk bayang theyols belakang tabir ni duk gelak sakan je. 

Click click : Bloopers MJATS -1

Click Click : Bloopers MJATS -2 

 Click Click :Bloopers -MJATS -3
Click Click : Bloopers - MJATS -4 
Click Click : Bloopers -MJATS-5 
 Senak perot dengar Luqman gelak besar dgn Datin Maziah kuat melatah.

Click Click : Bloopers-MJATS-6
Ikutkan bloopers ada takat part 5 jek. Mekasih lah tuan editor yg baik murah hati melayan ahli jemaah MJATS nak kan edisi khas Pulau Mabul. Tak puas sebenaunya, nak suh tunjuk lagik & lagik !

Kalu di minta vote, memang soheh "Maaf Jika Aku Tak Sempurna" pilihan Akasia 2014

 Yang suka meh chalet kita se-geng..Yang tak suka tak leh paksa nak bagi suka. KuiKuiKui



13 Nov 2014

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Ke-2?

Dah nama pon peminat kipas mati MJATS, saspen lahai tunggu episod akhir aritu. Camne tahap best nya, apa kesudahan cerita Luqman + Melina. Well....dah bole agak mesti happy ending punya.
 Cumanya...........................TAK PUAS HATI!! Tak cukup sweet nak cair leleh.

Recap sket episod akhir MJATS :

Luqman/Melina masih tegang, Melina keras hati tak bagi can langsung Luqman explain insiden tangkap basah dgn Sarah. Untung ada 3 sekawan Melina tolong cari bahan bukti yg Luqman kena perangkap dgn musuh ketat Melina : Zita. 
Rasa menyesal dan bersalah ya amat abaikan Luqman, terbantut nak cari Luqman bila Melina dah sakit nak bersalin. Dapat saja berita keadaan Melina, Luqman terus ke hospital. Ada kureng sket part ni, Luqman nampak terlebih relek & slow motion bila masuk jenguk Melina, padahal bini duk struggle sakit & tercari2 dia. Dalam novel Luqman risau Melina reject dia lagi tapi tetap nampak gelabah risau kan Mel.
Lagi masyuk kalau part ni extra dramatik- Melina nanges2 mintak maaf nyesal, takut mati beranak kalau tak dpt ampun dari suami. Kejap sgt scene kt tv, tup2 keluar muka2 konfius nih.
Tengok2 balik nak gelak pon ye. Haha...Kelakar la Luq & Datin panggil2 Mel pas tu taktau apa jadik

15 min nak habis drama lebih banyak fokus watak2 extra lain ,Heykal bwk awek jupa Mama, kisah Sarah/Umar/Zita, Melina & BFF Diva. Pastu Pak Rashid & Nenek Liah syiok berebut cucu, comel je berlari2 keliling umh diorg masa ni. Duk berebut sampaikan tak bagi can mak pak nak manja2 dgn baby montel .







Sesatu nya shot Luqman & Melina bersama :
Sekian....abis dah MJATS...Uwaa nak nanges!! Tak cukup kaw angau nengok theyols.
 
Mana aci camni je abis. Dah la Luqman + Melina berbulan2 terpisah + rindu2-an. Kan lagi besh ada scene diorg reconcile loving2 berdua. Tak ada pon part fefeeling berdua. Bertambah2 meletop kalau ada moment Luqman + Melina + Baby Adelia. Sah2 sweet & followers duk tunggu2. Kalau tak baca novel, tatau pon si  junior ni nama "Adelia". Dengar sipi2 je Melina panggil "Lia..Delia"


Ke ending gini sekadar gimmik nak buat sambungan telemovie ke, MJATS 2 ke..Kot la kata Produser/Tuan Pengarah/team MJATS terbaca ni...tOlOnGlah buat sequel drama ni. Weols nak yg lomantik sweet2 fokus lebih Luqman & Melina. Watak lelain tu sket2 enterprem dah ler.

Nak demand scene2 ni buleh tak?

Hospital 
*Flashback scene Melina nak bersalin. Lagi touching bila dia buat peel degil nak tunggu Luqman sampai sebelum bersalin
*Luqman gelabah risau tgk keadaan Melina & syukur diterima Melina balik
*Dialog sebijik ikut novel la sonang..Kompem tangkap leleh. Dah tgk Sara Ali melalak kan? Ahli jemaah MJATS pon sesama melalak kan kan



Melina Dalam Pantang 
*Luqman jaga sungguh2 Melina, tak pegi ofis -work from home.
*Alang2 nak ganti balik masa terpisah dulu, berkepit je deme nih.  
*Terkantoi lovey dovey ngan Datin & Mak Liah. Sah comel kalu bole nonton ni.
 Majlis Akikah 
*Melina paksa Luqman pakai baju melayu pink -ikut tema baby girl
*Adelia jadi tumpuan ramai kwn2 mama/papa tu tak termasuk lagi Atok, Granny & Nenek 

Luqman + Melina + Adelia 
*Wajib fokus 3 objek ni. Belanja la yg sweet2 mereka bertiga nih kasi viewers cair leleh..
*Ayat2 keramat LuqMel jangan dilupa "I Love You So Much" & "I Love You Too.."

Luqman Nyanyi
*Pasal dah kempunan prust sgt scene Luqman nyanyi aritu tak de, apa kata kali ni make it real? Masa anniversary diorg ke...Haishhhh melompat2 jantung kalu tgk ni.

Kalau lagi baik hati..shoot la lagi kat Pulau Kapalai sempena anniversary LuqMel..Haa cantek la tu, bole Luqman nyanyi special utk Melina..Amcam? Ok tak request ala2 demanding ni? 

Nak Nak Nak jugak sambungan MJATS, tolong tolong ya..TV3 + Zeel Production. Takyah la tunggu nak tayang raya tu lambat sangat. Kesian la kt weols kempunan ni. Tak baik hampakan harapan org tau. L.o.L!
#weWantMoreMJATS

11 Nov 2014

Coret-Coret - Maaf Jika Aku Tak Sempurna

Hullo..

Tak sangka pulak terjebak jadi salah sorang yg sawan angau gara2 drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna . Dah 2 minggu MJATS habis, teringat2 lagi scene sweet2 manis tahap pipi kebas & dialog keramat Luqman + Melina. Ramai lagi followers yg berjemaah tak boleh move on dari MJATS sampaikan drama baru tayang pon tak selera nak layan. 

Awal2 lagi dengar soseh2 antaranya Sara Ali tak sesuai bawak watak Melina la, jalan cerita mcm Rindu Awak 200% la. Kebetulan jalan cerita sama - dah kata adaptasi novel pengarah ikut je lah jalan cerita ye dak? Kang jadi cerita lain pulak. Patutnya TV3 bagi gap siaran MJATS & RA. Fans RA pon masih stuck penangan Kapten Zill tak bole nak terima MJATS. Well, masing2 punya selera lah, RA pon ai folo tapi tak se-kemaruk MJATS, yg ada magic & followers nya sendiri. 

Congrates team MJATS berjaya dapat rating 4.1M penonton utk episod final & purata setiap episod cecah 2.3M. Bangga jap antara yg tlg contribute rating, mana tak nya kul 7pm tiap2 mlm without fail duk dpn tv. 

Twitter pun havoc lebat timeline #mjats , seawal pagi followers start tweet borak siap balas2 pantun lagik. Yg pelik nya liat sungguh nak trending @twitter. Terkena badi apakah ini? Punya lebat timeline still tak trending. Kalu tak silap 3 kali je #MJATS berjaya trending. Sayangnya ada 2 hashtag #mjats & #maafjikaakutaksempurna.  Kalau la kata sehati sejiwa pakai 1 je hashtag, sah2 bole trending tak gitu?


OST EGOISMU  ni mmg berhantu lah weh..Congrates Zeel Production buatkan lagu khas utk MJATS. Lirik/lagu best tambah2 lak Liza Hanim power nyanyi. Sampai ke jiwa bila dengar...meremang bulu roma cakap lu!Tang korus tu shahdu ..sobb sobb... fans tegar MJATS je paham kaitan cerita dgn lirik lagu.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Meh nak komen sket barisan utama MJATS:

Hero ke-angauan ramai F.A.H.R.I.N. A.H.M.A.D @LUQMAN
Fahrin match kriteria Luqman dalam novel - hensem, sado, urat ketak2 selalu ke gym. Dah lama tak tengok Fahrin berlakon lomantik kaw2. Ammmaa....Pengsan! 

Tone suara lomantik tak leh celen menikam kalbu Remy Ishak "Cinta Jangan Pergi" camne pun Fahrin ada charisma nya sendiri kasi viewers terawang2. Macho, penyabar, kuat sakat, real woohoo hero nanges meleleh air mata hidung & terel kasi shahdu bila doa :)

Heroin S.A.R.A A.L.I @MELINA
HeySaraAli.... you are amazing. Omai..ok pe jadik Melina. Criteria contrast kalau ikut novel, tapi lakonan dia mmg bole tepuk tangan! Masa awal2 Melina ni hangin tak tentu masa, kuwang ajor rasa nak lempang2 je minah ni, ego tinggi ke langit.
Bila dah tukar jadik angel baik makin suka jatuh chenta sama Melina. Contra abes jadiknya, terserlah comel, manis, manja dgn Abg Sado dia..ermph ermph. kuasa cinta huh?
Bila Melina nanges meraung ai pon sekapal tangkap leleh sama. Hadoii ter-emo sedih betol part pak dia meninggal ngan babak sendu Luqman kena tangkap basah :(

IKA NABELLA @ SARAH
Ni le Sarah yg syok sendiri kat Luqman. Paling meluat dia ni lah. Lagak suci murni budak kampung tapi hati busuk dengki kan Melina. Bahaya spesis ni, dalam diam cucuk jarum nakkkk jugak Luqman dgn cara apa sekali pun. Grrr...Melekat dah nama "Sarah Keria" sebok la nak menekal Luqman, untung2 Luqman berkenan duk makan kuih keria favourite dia.

Bole tahan Ika ni, sakit hati mcm nak campak2 ke lombong je. Mimik muka menjadik kasi org panas hati meluat.
  TASHA SHILA @ZITA , HEFNY @HARIS
Penyangak2 MJATS. Menjadik la Tasha, gedik-social-menggoda laki. Kalu suh pilih mana lagi menyampah Zita ke Sarah-->menang Sarah lah. Zita dah terang2 peel buruk, Sarah pulak split personality, depan baik belakang hazab.

Tak leh nak lut Haris drama vs novel. Ikut novel Haris ni playboy yg hensem, terbyg Shah Jasle yg jadik Haris. Lagi sorang tak ikut spec novel si Heykal- adik Melina -serius je hah.. Shafique Kyle ada gaya sket, kepochi suka sakat si kakak.

BFF Diva Melina -Yuni , Zeti & Marr. Muka2 baru belom mantop lagi skill lakon. Obvious keras kayu, acaner pon terhibur gak le gelagat deme ni. Yuni gedik2 manja, Marr kepoh byk cakap, Zeti biasa2 je.

Amy Mastura @Datin Maziah a.k.a Datin awet muda. Serius muda nak jadik mak Melina. Tak kisah laa.. still bole terima soft spoken si Mama ni.

Ramai gak le watak tambahan drama, nak kasi kelainan jalan cita mungkin? Kalau tak de pon tak pe aih.. kurang sket scene extra. Yang penting fokus utama kat Luqman & Melina. 




SeVen Hot Ladies Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign