BFF RAMBLINGS: Maaf Jika Aku Tak Sempurna Ke-2?

13 Nov 2014

Maaf Jika Aku Tak Sempurna Ke-2?

Dah nama pon peminat kipas mati MJATS, saspen lahai tunggu episod akhir aritu. Camne tahap best nya, apa kesudahan cerita Luqman + Melina. Well....dah bole agak mesti happy ending punya.
 Cumanya...........................TAK PUAS HATI!! Tak cukup sweet nak cair leleh.

Recap sket episod akhir MJATS :

Luqman/Melina masih tegang, Melina keras hati tak bagi can langsung Luqman explain insiden tangkap basah dgn Sarah. Untung ada 3 sekawan Melina tolong cari bahan bukti yg Luqman kena perangkap dgn musuh ketat Melina : Zita. 
Rasa menyesal dan bersalah ya amat abaikan Luqman, terbantut nak cari Luqman bila Melina dah sakit nak bersalin. Dapat saja berita keadaan Melina, Luqman terus ke hospital. Ada kureng sket part ni, Luqman nampak terlebih relek & slow motion bila masuk jenguk Melina, padahal bini duk struggle sakit & tercari2 dia. Dalam novel Luqman risau Melina reject dia lagi tapi tetap nampak gelabah risau kan Mel.
Lagi masyuk kalau part ni extra dramatik- Melina nanges2 mintak maaf nyesal, takut mati beranak kalau tak dpt ampun dari suami. Kejap sgt scene kt tv, tup2 keluar muka2 konfius nih.
Tengok2 balik nak gelak pon ye. Haha...Kelakar la Luq & Datin panggil2 Mel pas tu taktau apa jadik

15 min nak habis drama lebih banyak fokus watak2 extra lain ,Heykal bwk awek jupa Mama, kisah Sarah/Umar/Zita, Melina & BFF Diva. Pastu Pak Rashid & Nenek Liah syiok berebut cucu, comel je berlari2 keliling umh diorg masa ni. Duk berebut sampaikan tak bagi can mak pak nak manja2 dgn baby montel .







Sesatu nya shot Luqman & Melina bersama :
Sekian....abis dah MJATS...Uwaa nak nanges!! Tak cukup kaw angau nengok theyols.
 
Mana aci camni je abis. Dah la Luqman + Melina berbulan2 terpisah + rindu2-an. Kan lagi besh ada scene diorg reconcile loving2 berdua. Tak ada pon part fefeeling berdua. Bertambah2 meletop kalau ada moment Luqman + Melina + Baby Adelia. Sah2 sweet & followers duk tunggu2. Kalau tak baca novel, tatau pon si  junior ni nama "Adelia". Dengar sipi2 je Melina panggil "Lia..Delia"


Ke ending gini sekadar gimmik nak buat sambungan telemovie ke, MJATS 2 ke..Kot la kata Produser/Tuan Pengarah/team MJATS terbaca ni...tOlOnGlah buat sequel drama ni. Weols nak yg lomantik sweet2 fokus lebih Luqman & Melina. Watak lelain tu sket2 enterprem dah ler.

Nak demand scene2 ni buleh tak?

Hospital 
*Flashback scene Melina nak bersalin. Lagi touching bila dia buat peel degil nak tunggu Luqman sampai sebelum bersalin
*Luqman gelabah risau tgk keadaan Melina & syukur diterima Melina balik
*Dialog sebijik ikut novel la sonang..Kompem tangkap leleh. Dah tgk Sara Ali melalak kan? Ahli jemaah MJATS pon sesama melalak kan kan



Melina Dalam Pantang 
*Luqman jaga sungguh2 Melina, tak pegi ofis -work from home.
*Alang2 nak ganti balik masa terpisah dulu, berkepit je deme nih.  
*Terkantoi lovey dovey ngan Datin & Mak Liah. Sah comel kalu bole nonton ni.
 Majlis Akikah 
*Melina paksa Luqman pakai baju melayu pink -ikut tema baby girl
*Adelia jadi tumpuan ramai kwn2 mama/papa tu tak termasuk lagi Atok, Granny & Nenek 

Luqman + Melina + Adelia 
*Wajib fokus 3 objek ni. Belanja la yg sweet2 mereka bertiga nih kasi viewers cair leleh..
*Ayat2 keramat LuqMel jangan dilupa "I Love You So Much" & "I Love You Too.."

Luqman Nyanyi
*Pasal dah kempunan prust sgt scene Luqman nyanyi aritu tak de, apa kata kali ni make it real? Masa anniversary diorg ke...Haishhhh melompat2 jantung kalu tgk ni.

Kalau lagi baik hati..shoot la lagi kat Pulau Kapalai sempena anniversary LuqMel..Haa cantek la tu, bole Luqman nyanyi special utk Melina..Amcam? Ok tak request ala2 demanding ni? 

Nak Nak Nak jugak sambungan MJATS, tolong tolong ya..TV3 + Zeel Production. Takyah la tunggu nak tayang raya tu lambat sangat. Kesian la kt weols kempunan ni. Tak baik hampakan harapan org tau. L.o.L!
#weWantMoreMJATS

No comments:

Post a Comment

SeVen Hot Ladies Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign