BFF RAMBLINGS: novel

Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

27 Aug 2016

Novel - Drama : ARLUNA (Rin Ahmad)

Masih lagi dalam trend terkini, drama adaptasi dari novel. Tak sabar nak nonton drama ARLUNA dari favourite novelist Rin Ahmad.
 
Hero/Heroin : Shahrul Rizwan & Anzalna
 
 
JOHAN ARIFF :Bad boy look, tenungan helang (eagle eye), cool & killer smile.
 
NIA ARLUNA -Cita2 tinggi dalam study & career. Dean's list dalam tangan. Makhluk Tuhan paling seksi & gila air.
 
Singapore:
Insiden di Sands Skypark Pool Singapore : Johan & kawan2 bercuti ke Marina Sands Bay. Nia & the geng datang nak release tension lepas exam. Niat main redah nak terjun ke pool Skypark, tak tahu yg pool tu utk visitors yg duk hotel tu saja. Nia terlanggar Johan & terjatuh dalam pool. Malu terkantoi , Johan offer ke bilik utk Nia keringkan baju. Johan keluar nak belikan baju utk Nia. Nia pulak kuar dari hotel & tinggalkan notes tq saja kt Johan.
 
KL
Nia start practical di JPRA ofis. Pasal kan rambut dia dye karat & rasa tak sesuai imej nak ke ofis, dia decide pakai tudung ,hanya utk ke ofis.
 
Ikut Raziq (bos Nia a.k.a kawan Johan juga) utk lunch meeting. Terpegang lengan Johan nak 'berlakon' mcm pasangan kekasih bila   terserempak dgn Haqeem. Haqeem si ex boyfriend Nia yg kena tangkap basah dgn jiran Nia.
 
Impression Johan pada Nia - hipokrit bila tgk Nia bertudung, padahal di Singapore seksi kemain mengalah minah salleh. Tapi bangga dgn Nia yg tak control ayu. Selamba kopek ketam pakai tangan.
 
Johan start mengayat Nia. Nia play hard nak respon.
 
Nia ke Taman Tasik nak jogging. Johan call nak join. Nia cuak psl dia tak bertudung, pakai cap saja. Ke taman burung ,Jo bagi parrot kat Nia 'I LOVE YOU NIA. BE MINE'. Nia tarik tali tak respon.
 
Kompom sweet scene nih
 
 
Jo bawak ke Traders Hotel utk propose, kalau Nia setuju, campak bunga ke dlm pool. Jo dah frust tak de jwpn, last2 tersengeh bila Nampak bunga dlm pool = proposal accepted!
 
Nia dah habis practical di JPRS ofis, sempena farewell ,Jo hadiahkan pensil kaler brand Luna..Ditambah nya 'AR'kt depan LUNA pada setiap kotak pensil.
 
Dah plan untuk kawin, masing2 ada bachelor's party dgn geng2. Coincident pergi sama tempat. Nia panas hati tgk ex Jo - Fazleen manja2 duk atas riba Jo. Ugut nak cancel wedding, tak jadi bila pikirkan semua dah siap. Nia berubah jadi pendiam, tak byk cakap, jual mahal dgn motif nak Jo hargai dia.
 
Masih bengang dgn Fazleen duk try nak usha Jo. Balas balik kasi Fazleen sentap, tunjuk dia happy dgn Jo.
 
Nia tak bagi tahu psl pregnancy, bengang dpt tau Jo tipu n jupa Fazleen kt belakang. (Fazleen warded di hospital & Jo dtg lawat as kawan).
 
Hana -adik Jo kasi warning kat Fazleen jgn kacau abg & akak ipar dia, kalau tak bocor rahsia kisah dulu berpoya2 dgn laki lain.
 
Nia decide nak separate dgn Jo, tunggu nak face to face dgn Jo. Jo rasa guilty  mintak maaf sungguh2 dia tak sedar dah sakitkan hati Nia dgn layan Fazleen.
Baru confess dia dah pregnant.
 
Berdepan dgn Fazleen, dah tak nak jumpa lansung even psl kerja, hilang job pon Jo tak kisah.
 
Ending : Nia plan nak bersalin water birth kat rumah. Selamat keluar 'JOHANNI ILHAAN'
 
R.E.V.I.E.W
 

*Terawang2 baca kisah JoNia nih. Geng la kita Nia, hantu air..gedik2 hati kalu Nampak air dpn mata. Nikmat wei berendam kat pool, snorkel ke.
 
*Alahai Johan...berduyun2 semut beratur bila start sweet2 romantic ni
 
*Love the caption: "tewas itu taat" ? Si isteri nak ego muncung pun sampai mana leh tahan..harus la taat pd si suami gitu.
 
 
 
 
 
 
 
 


 

3 Aug 2016

Novel : Cinta Kita - Suzana Sulaiman


Nur Qistina Nadiya & Muhammad Khalish Zaquan
 
Khalish - 40 thn duda kematian isteri & sorang anak Husna 7 thn. Pertama kali jumpa Qistina masa bercuti di Cherating. Qistina 35 thn, tokei Kafe Soleil - café berkonsep 'library buku' , hot spot utk ulat buku nak lepak baca buku di café ni. Chemistry antara Qistina & Husna yg peramah & petah bercakap.
 
Terjumpa kali kedua bila Khalish tak sengaja terlanggar kereta Qistina di KL. Khalish pinjam kan kereta dia untuk Husna outstation ke Melaka. Makin rapat, dua beranak  selalu dating Kafe Soleil, Husna suka habiskan masa dengan buku.
 
Khalish tersentuh hati dgn hubungan itu, sikit2 Husna cari Qistina, nak borak & rindu. Sebelum ni susah Husna nak dekat dengan mana2 perempuan yg Khalish kenal. Qistina uruskan birthday party Husna, ibu Khalish dah berkenan dgn sopan santun Qistina.
 
Khalish ajak datang buka puasa di rumah, Qistina umum nak pergi umrah dengan Ummi. 2 beranak hantar rombongan ke airport, Ummi Qistina dah 'lulus' & dapat soalan cepu emas dari Husna 'Papa, can aunty be my Mama?'
 
Di Mekah doa mohon diberi petunjuk dan solat istikarah. Balik KL, terima lamaran Khalish. Itu selepas Khalish bengang tengok Adil (ex kekasih tak jadi) berkasar dengan Qistina. Ajak man to man talk , minta Adil jangan ganggu Qistina lagi, Adil pun dah kawin.
 
Selamat nikah, Khalish kasi surprise nyanyi lagu dgn main gitar masa resepsi sebelah dia.
 
Beberapa kali pitam, Qistina sah mengandung kembar. Morning sickness teruk, selalu muntah2 & pandangan kabur masa kandungan 22 minggu. Qistina pengsan & sawan di hospital disahkan dapat pre-eclampsia. Khalish sangat trauma sebab itu punca Dahlia meninggal lepas bersalin Husna. Dengan berat hati suruh Qistina gugur kandungan, terlalu sayang Qistina dan tak nak sejarah lama berulang lagi. Qistina tetap pendirian nak teruskan juga, berserah pada Allah dgn apa yg akan jadi, tak rela hilang anak2 dia. Khalish bengang dan keluar rumah sampai tak dapat dihubungi.
 
Khalish 'hilang' sampai la papa nya Tan Sri Hamid sound pasal masalah anak menantu. Itu selepas Qistina pengsan lagi dan terpaksa call Tan Sri minta tolong. Khalish masih dingin, Qistina terasa hati bila tak dipujuk dalam keadaan mcm tu.
 
Khalish baru tersedar khilaf tak sepatutnya layan Qistina macam tu. Dah terlambat bila Qistina tinggal nota untuk keluar rumah nak cari ketenangan dan tak nak Khalish cari dia.
 
Perhati Qistina dari jarak jauh pegi check up baby di hospital. Jumpa dgn gynae Dr Halina -kawan Khalish juga Tanya progress .Halina minta Khalish bagi space utk Qistina, tak bole dapat darah tinggi nanti bahaya kandungan.
 
Dah tak bole mengelak bila Ummi Qistina nak datang rumah. Terpaksa balik rumah ,Khalish mula pujuk & minta maaf menyesal dgn layanan teruk dia. Qistina terharu dengan surprise Khalish -Khalish lukis di dinding nursery baby, gambar Qistana mengandung.
 
Saspen lagi...bila Qistina pengsan lepas bersalin, kejadian yg masa jadik masa arwah Dahlia dulu. Akhirnya ibu dan anak2 selamat semuanya.
 
R.E.V.I.E.W
  • 5/5 Best!!
  • Tak de cerita orang ketiga. Tak sakit hati sangat. Heheee
  • Baru tau symptom pre-eclampsia. Erkk..nauzubillah
  • Terasa loving care tender care dalam watak2 itu..
  • Konsep redha, doa & tawakal pada Dia
Peminat tegar novel....masukkan dalam list novel anda....
 


21 Jul 2016

Novel : Shh I Love You - Farisya Natasha


Nadia
  • 28 thn pesakit jantung, buat heart transplant 10 tahun lepas.
  • Bekerja sebagai Outbound Tour Manager
  • Peramah, banyak cakap 
Aidan
  • 34 thn, Pilot, Handsome
  • Pendiam lepas kematian tunang
  • No life - focus kerja saja

Nadia & Aidan berjumpa pertama kali kat kedai, Nadia terlupa bawak wallet nak bayar di kaunter, Aidan offer untuk bayarkan. Nadia mintak Aidan tunggu dia call Along (si abang) & insist nak bayarkan hutang masa tu jugak. Aidan naik bengang sebab dah lambat walaupon berkali2 cakap dia dah halalkan apa yg dia bayarkan tadi.

Adik2 Nadia & Aidan kawan rapat, pakat prank nak match made. Aidan yg mula nya memang tak terbuka hati nak kenal dgn perempuan jadi lembut hati bila tahu si dia tu 'Nur Nadia Omar'. Sesatu nya nama yg dia tak bole lupa..Tu nama penerima jantung arwah tunang Aidan, Sumayyah.
 
Masing2 dah kenal, Nadia dah cloud nine suka kan Aidan. Punya daring minah ni tanya bole jaga dia sampai bebila tak. Selamba cakap I Love You kat Aidan.
 
Aidan jumpa family Nadia, plan untuk tunang/ nikah. Nadia terkejut bila tahu berita tu bila Aidan terjah camtu dan tak discuss apa2 dengan dia (masa tu dia kat Turki). Plan tunang dan nikah macam yg dirancang. Nadia over excited ,  Aidan cool hearted tak ada perasaan.
 
Aidan nak kawin Nadia sebab rasa dekat diri pada Sumayyah. Nak jaga jantung Sumayyah elok2 dan di alam dunia dia sendiri. Masih duk teringat Sumayyah dan hati bukan pada Nadia.
 
Nadia dapat tahu kisah lama ni, kantoi bila tengok bilik stor yg berkunci kat rumah penuh dengan barang2 & gambar2 Sumayyah. Walaupon sedih tapi tekad nak buat Aidan jatuh cinta pada dia. Berkat usaha dan sabar Nadia, Aidan dah 'sedar diri', boleh terima Nadia, move on lupakan kisah lama dia n Sumayyah.

Ultimate cita ni bila Nadia ke London bawak group trip bercuti. Bekas adik ipar Aidan, Maira ada sekali dalam group ni. Tak puas hati dgn Aidan, dari dulu suka kan Aidan ,siap offer diri 'ganti tikar' bila arwah kakak nya meninggal. Maira bagitau yg Aidan tu sengaja kawin Nadia pasal jantung Sumayyah bukan nya sebab sayang. Nadia terkejut bila tau sampai jatuh sakit. Aidan terus dtg bila tau sakit, risaukan Nadia yg tak nak amek ubat. Paksa bawak balik KL. Dapat tau pregnant, still silent treatment marahkan Aidan.
 
Nadia nyaris2 accident bila ada kereta cuba kejar dari belakang. Maira yg plan nak langgar Nadia. Sudah nya Maira yg meninggal on the spot. Nadia trauma dan dari situ berdamai dgn Aidan. Selamat melahirkan junior Nur Sumayyah, nama sempena arwah Sumayyah.
 
R.E.V.I.E.W

  • 5/5 ..suka naw2 ,2 hari khatam ini novel :)
  • Jalan cerita fresh, lagi menarik tak de sangat kisah orang ketiga nak masuk line
  • Cara penulisan novelist pun melekat di hati. Tak jiwang karat..sempoi jaa
  • Bole rasa family bonding Nadia, over protective & caring.
  • Peminat tegar novel yg belom baca..sila lah..berbaloi beli

8 Jan 2015

Eksperimen Cinta -Anjell

Zeel Production dah umum novel Eksperimen Cinta utk drama romantik komedi slot Dahlia Dahlia TV3 hari Sabtu & Ahad. Shooting bakal bermula bulan ni, bajet tgh tahun la baru on air.

Tengku Aaron Shah berdendam dengan adik kembarnya Tengku Andrean Shah yg dah kawin senyap2 dgn girlfriend dia - Seri Husna. Seri yg tak tahan peel playboy Aaron melayan ramai perempuan. Bagi Aaron kalau beribu perempuan yg dia dekat, masih lagi setia pd yg satu.
Fahrin Ahmad @ Tengku Aaron Shah/Tengku Andrean Shah
Jutawan muda ambil alih syarikat keluarga
Playboy tapi pegang istilah 'buaya setia'

Sejak insiden tu, Aaron putus sedara sama Andrean & tak percaya pada cinta. Sampai lah terjumpa Damia Farisha yg datang jumpa Aaron selaku CEO Triumph Air utk mintak sponsorship dari company dia kerja. Kebetulan pulak ternampak Andrean & Seri dpn mata, sakit hati mencanak2 & ugut Damia utk kawin. Sambil2 nak buat eksperimen persepsi pada 'cinta', Aaron nak buktikan dia dah bole lupakan Seri & mampu happy. 
Izreen Azminda @ Damia Farisha
Jual mahal, tak senang lelaki nak tackle
Gaya sempoi

Damia dilemma dgn ugutan Aaron, nak terima - tak boleh tahan dgn perangai 'makhluk asing' mamat tu. Dgn rambut berkarat, bertindik, pakai rantai dah sah2 bukan ciri2 suami yg dia nak. Kalau reject tanak kawin, sponsorship worth of 300M ditarik balik rasa bersalah mendatangkan masalah kat pengurusan ofis.

Kawin akhirnya Aaron & Damia..Aaron kuat membuli, baran naik angin cepat. Damia menten cool, sabar & layan saja peel si laki dia. 

Damia terjumpa Seri yg tgh sarat mengandung dan start berbaik2 dgn pasangan adik ipar/biras nya. Dapat tau cerita napa Aaron bermusuh dgn diorg. Andrean & Seri kawin senyap2 masa tgh study di UK sebab dah terlanjur. Aaron mengamuk sakan bila dapat tahu & nekad tanak maafkan dua2 org ni. Dah byk kali diorg try nak berbaik & minta maaf, tak dilayan sama skali oleh Aaron.

Satu hari Andrean & Seri beranikan diri jejak kaki ke rumah Aaron nak minta maaf sebelom Seri bersalin. Tetap tak berjaya, Aaron halau keluar. On the way balik Andrean & Seri accident teruk. Selamat keluarkan baby tapi Seri critical. Aaron lembut hati & maafkan Seri, semua redha utk Seri pergi dgn tenang.

Dalam aura nak berdamai Aaron & Damia ada pulak silap paham yg jadik. Aaron ingatkan Damia curang bila ternampak Damia dgn Khaliq (officemate yg sukakan Damia). Padahal tak sengaja terjumpa masa Damia belikan present birthday Aaron. Sampai rumah nak suprisekan birthday present dkt bilik Aaron. Ternampak gambar2 Seri dalam laptop. Sangkakan Aaron tak leh lupakan Seri, patah hati bawa diri drive sesorang balik rumah nenek kat Kelantan.

Aaron tak betah bila Damia 'hilang'. Terus balik ke Kelantan bila tau Damia kat sana. Sessi pujuk mujuk berjaya, sambung cuti di kampung, teman Aaron ke Langkawi on business trip. Aaron pun dah berdamai dgn Andrean, dah bole lupa kisah2 lama. 

Muncul pulak Salmi yg dah lama tergilakan Aaron kata mengandung kan anak Aaron & mintak bertanggungjawab. Ayah Aaron paksa kawin tanak jatuhkan reputasi company. Damia awalnya was2..tapi dah pakat dgn bestfriend Aaron utk siasat hal betol. Pecah tembelang Salmi bila 'bapak' baby tu ngaku tu anak dia & Aaron tak salah. 

Damia break the news yg dia pregnant bila semua dah tenang. Bukan Damia yg alah tapi dah terbalik kena alah teruk kat Aaron. Sekian kisah theyols dgn lahirnya twins Tg Amanda & Tg Rayyan.

Fans Fahrin + Izreen mesti tak sabar nak tgk gandingan diorang hek? Baca gak komen2 tak setuju Fahrin bawak watak Aaron. Herm..seyes cakap payah gak nak lut imagine Fahrin jadik 'giler2' .Tak sesuais mana. Camne rupa ganas hensem ni kang. Sesama tunggu la apa hasil nya ye? Proof us wrong okei abang sado? mueh mueh...

Chiow...signing off 







23 Dec 2014

Seteguh Fayqa-Hanina Abdullah

Hanina Abdullah -antara penulis novel feberet, semua novel wajib baca. Kalu ada 'baby' baru tak yah baca sinopsis terus rembat seketul dulu.
Baby no 3 HA-Seteguh Fayqa

Fayqa Lara Lyana Abdul Rahim
(Sweet Faye,Apek,Pekah)
*Awek brutal, coursemate & BFF pada Dzahim, Pa'an & Daeng
*Independent,Cita2 tinggi utk masa depan 

Mohamad Dzariff Dzulkarnain 
*Anak sulung, garang,tegas, protective,bossy (control freak)
*Jeneral Sengal, Mr Double Dimple 
*Abang pada Dzehan, Dzalia, Dzureen,Dzahim
*CEO Resipi Ibu Industri/biz partner dgn si obses Musyrifah (Ms Mushy Pushy)

Fayqa & Dzariff first time jumpa di hospital bila Fayqa bawa Dzahim (adik Dzariff a.k.a BFF dia jugak) yg kena pukul teruk + masuk  ICU. First impression Dzariff-> Fayqa :kaki rayau malam,perempuan tak baik,kaki cukur,girlfriend Dzahim. Atas sebab keselamatan, Fayqa dinasihat tinggal dgn keluarga Dzariff. Risau kan geng pukul Dzahim akan cari Fayqa utk hapus saksi kejadian.

Dzariff the Mr Bossy layan Fayqa mcm adik2 nya. Semua hal dalam rumah dia wajib tahu & kontrol. Tu Fayqa kasik nama  'Jeneral Sengal' (JS). Selagi jawapan yg diminta tak puas hati, selagi tu lah ugut & pakai kuasa veto.
Semua anak beranak Hj Dzulkarnain & Hjh Azimah sukakan Fayqa, pandai bawa diri kat rumah orang,pandai masak & rajin buat keja rumah. **********************************************************
Dzahim discharge & dihantar ke UK further study -atasi trauma
**********************************************************
Fayqa & Dzalia rescue Dzureen dari boifren Fareez London tgh high dadah
**************************************************************
Terbongkar 'rahsia' Fayqa yg berjauh hati dgn Mama kawin Dato Ishak lepas papanya meninggal. Sejak tu dia 'lari' kan diri, duk asrama ,cari keja part time cari duit sendiri tak nak dicop nak harta pak tiri.
Dato Ishak, Datin Adah & Khairul Izwan (abg tiri) dari dulu nak berbaik & welcome Fayqa to the family. Cuba nak rapatkan balik hubungan Mama & Fayqa.

Datin Adah dah lama sakit (on wheelchair) yg pinang Mama dulu, kesian kan si janda anak 1 selalu kena kacau dgn org2 sekeliling.
***********************************************
Dalam diam Izwan & Dzalia tangkap cintun,umum kat semua ahli family nak kawin lagi 3 bulan. Terkejut semua orang...Pas tu JS lak wat pengumuman nak pinang Fayqa. Bertambah2 melopong semua orang termasuk lah Fayqa tak sangka langsung JS ada hati. 
Fayqa yg was2 tak dpt nak bagi jawapan proposal JS. Pas sessi heart to heart dgn Mama baru terbukak hati Fayqa terima JS.
 ****************************************************************
Dah selamat kawin - honeymoon Hong Kong -lovey dovey ya amat.


Konflik start bila pas balik honeymoon. Musy yg dah lama obses nak kan Dzariff cari masa utk selalu spend time skali dgn bagi alasan keja. Dzarif yg workaholic mmg utamakan Resipi Ibu Industry yg baru 2 thn bertapak. Sampaikan tak ada masa langsung nak spend time dgn wife.
Insiden Fayqa kena kidnap dgn ex boifren Dzureen -Fareez London kasi kesan havoc bila Fayqa berubah. Fayqa saspek Musy yg offkan handphone Dzariff bila dia kol minta tlg rescue kena kidnap. Dzariff tak percaya apa Fayqa tuduh, tak terasa Musy kasi treaten perkahwinan diorg. 

Akhirnya Musy terus terang dgn Fayqa yg dah lama sukakan Dzariff, minta nak jadi bini no 2. Dzariff terkejut tak sangka Musy ada feeling, to him Musy just his childhood friend & business partner. Terkantoi jugak mmg betol Musy yg off kan hphone Fayqa. 
Dzariff mengamuk bila tahu Musy dah 'bahaya' nyawa wife dgn off kan h/phone..terang2 cakap takkan kawin lain..syg nya kat Fayqa sorang & suh Musy resign dari Resipi Ibu Industry, tak nak ada apa2 hubungan langsung. Baru lah nampak ancaman marriage yg Fayqa duk risau selama ni.

Paling best bila adik2 Dzariff sesama nak tolong pulihkan hubungan diorg laki bini. Sweet/kelakar bila si Abang kena torture tak reti jaga hati wife. Si Abang ikut je nasihat adik2 gegel & nak tawan hati Fayqa balik. Janji tak abaikan Fayqa pasal kerja. Tak de hasil kalau kampeni untung banyak tapi family sendiri huru hara.

Review : 5/5. 
B.E.S.T ! Sangat puas hati..sambil baca tergelak, sengeh pun ye. Jalan cerita tak la cliche, saspen jugak kot2 si Fayqa ni tewas dgn Musy pastu sambung ngan episod air mata. No-no-no..silap tekaan.

 

21 Dec 2014

Novel :Suami Sebelah Rumah

First time layan novel dari penulis "Ana Sofiya". Sebabnya....JS Pictures Sheila Rusly tengah shoot untuk drama TV.
Disebabkan pengantin lelaki sms pagi hari nak menikah utk tarik diri, Eryna yg desperate 'terpinang' si Doktor nerd Amar, jiran sebelah rumah. Amar memang dah lama sukakan Erin dari zaman sekolah terima lamaran tu, lagi2 mak Erin memang berkenan sgt Amar untuk jadi menantu. Mcm mimpi la dpt kawin dgn buah hati pujaan, Erin penah reject tak nakkan dia.
Amar : Izzue Islam

Dah kawin 'terpaksa rela' ni, Erin mintak rahsiakan status diorang, nak start dari awal mcm org start bercinta.Nak dating,tackle sampai jatuh hati & tak duduk serumah selagi betol2 ready.
Eryna : Ayda Jebat 
Azlan :Nazrief Nazri

Amar sewa rumah sebelah dgn rumah Erin sebelum ni (dekat dgn ofis Erin supaya senang ke ofis). Sempat ber-dating, masak2 pass kat kt jiran sebelah.

Konflik Amar & Erin 
1)Housemate Erin, Anis terjatuh hati pulak dgn si Amar jiran sebelah ni.
2)Dr Wani (1 hospital dgn Amar) obses sesgt dgn Amar sampaikan ngaku Amar tu husband to be dia.  
3) Ex tunang Erin -Azlan meroyan nakkan Erin balik

Salah Faham Amar & Erin :
1) Dr Wani upload gambar berdua dgn Amar & canang diorang nak kawin
2) Erin setelakan mamat meroyan Azlan -tuang air & campak kuah dhal ke Azlan (Amar tahu dari org lain. Bengang Erin tak bagitau sendiri -dlm hati Erin belom sampai stage percayakan dia lagi)

Dua2 mak pak buat lawatan ke KL..jenguk anak menantu. Kelam kabut laki bini siapkan rumah nak nampakkan diorang suami isteri yg sebetulnya. Kantoi jugak bila housemate Erin -Anis & Iman dtg & semua tahu lah status dah kawin tapi tak duk serumah. Selamat 'dibasuh' dengan mak2, baru la bermula hidup suami isteri yg sebenar.

Amar rawat Azlan kronik sakit kat hospital. Bila dah sakit..masih nak try nak dapatkan Erin minta Amar bawakkan Erin & yakin Erin akan terima dia balik. Erin & famliy melawat Azlan ,jumpa skali mak Azlan yg dulu nya tak terima Erin jadi menantu. Sessi minta maaf, kena jugak berdas2 Erin & maknya pasal dah malukan & jatuh maruah diorang buat dulu. Erin terang2 cakap tak kan terima Azlan balik & bahagia dgn Amar.

Penutup : Diorang bersanding 'bertiga' di Pullman Putrajaya..tempat 'perasmian' mereka itu.


Dr Wani : Zulin Aziz
Anis :Sherry Al Hadad
Iman :Hanan Aqeela 
Ziyad : Ben Amir

Review : Cara penyampaian cerita kurang melekat di hati. Pening gak nak tukar2 karektor..1 bab Erin bercakap, next tukar ke Amar pulak. Cara cerita biasa2 je. 
Mesej yg dpt dlm novel ni : dengar dulu penjelasan suami/isteri..tanak buat assumption sendiri, apa2 hal dahulukan ketua rumah -elakkan curiga. Salute jugak tetap pendirian hero & heroin yg tak mudah cair bila dirayu domba.
 
 

9 Dec 2014

Pergilah Air Mata-Hani Ramsul

Drama air mata adaptasi dari novel Pergilah Air Mata akan datang di RTM :
Gara2 tersilap masuk bilik hotel, Sabrina & Badrul dicekup dengan pejabat agama. Dipaksa kawin dgn ayah Badrul-Datuk Hamidi seorang yang berpengaruh. Badrul dendam Sabrina ingatkan Sabrina sengaja perangkap nak kawin free. Sabrina (anak yatim piatu) dibawa balik ke rumah agam mertuanya. Hanya Datuk Hamidi yg terima Sabrina, Datin Hamidah dan pembantu rumah Kak Milah pandang serong akan 'niat' kawin ekspress, terang2 tunjuk tak suka, sarcastik & selalu marah2 Sabrina. 

Badrul : Kamal Adli
Sabrina :Nelydia Senrose
Dayana:Izreen Azminda
Datin Hamidah : Jasmin Hamid
Jamilah : Nadia Mustafa

Badrul torture Sabrina habis2, tak bagi keluar dari rumah langsung suruh terperap saja di rumah. Bagi Bad, Sabrina pakat dengan bakal tunang : Ikmal nak bolot harta. Badrul tension kena kawin sebabnya nak jaga hati buah hatinya si Dayana. Letih baca Sabrina berendam air mata je terkenang nasib -kawin dgn org yg tak kenal, tak jadi tunang dgn kekasih hati yg dah bertahun2 bercinta, asal bertembung sah2 kena jadik bahan marah Badrul & Datin.

Dayana frust bila tahu Badrul dah kawin, jeles punya pasal tengok Sabrina ada dekat Bad, ajak Bad kawin. Sabrina ok kan aja dan janji semua itu sementara saja. Nanti Bad akan ceraikan dia & dia taknak jadi penghalang kasih Bad + Dayana. 
Datuk Hamidi tak setuju plan Badrul nak kawin lagi seorang. Tak larat nak tegah kawin jugak Badrul + Dayana. Masih duduk satu rumah, Dayana yg workaholic pentingkan keja dari suami, balik lambat & selalu outstation.  Awalnya memang Yana tak nak commit utk kawin..nak fokus career dulu, yg Bad pulak kemaruk cinta la konon nak jugak si Yana. Datuk + Datin dah bising2 tgk keadaan mcm tu. Yana paksa duduk rumah asing sebab tak tahan dengar ibu mertua bebel tak pedulikan suami. Bila diorang jadi pindah, Datin pulak berendam air mata..rindu si anak tunggal..Lelama Datin start sayang Sabrina dek pandai amek hati dia.

Bila Yana tak ada rumah, Bad makin acap balik rumah makpak & secara tak langsung mendekatkan dia dgn Sabrina..Start sayang cuma tak luahkan aja. Bad dah tawar hati dgn Yana yg tak pedulikan dia sebagai suami. Bad terpikat dgn ciri2 isteri pilihan yg ada kat Sabrina, melayan suami & tak menjawab cakap...Last2 dua2 dah ngaku sayang menyayang & bole terima satu sama lain. Terkantoi dua2 dalam bilik dgn Yana ,Bad tak sengaja terlepas cakap kata ni semua satu kesilapan. 

Sabrina kecik hati + assume Badrul saja nak mainkan perasaan dia. Tekad nak lari jauh dari Bad. Yana decide nak ke Beijing urusan kerja + Bad kasi kata dua..kalau ke Beijing then diorang bercerai. Bad tak keruan bila tau Sabrina tak de + sangat2 menyesal berani main api camni.

Kalau dah jodoh, dapat jugak Bad cari Sabrina yg kebetulan keja kat chalet sepupu nya kat Terengganu. Sabrina dah bukan macam dulu mengikut kata..hati sudah keras tak mudah cair dengan Bad. Kat sini jugak rahsia terbongkar bila Iskandar muncul nak rape Sabrina..Kisahnya best friend Sabrina -Maria yg set up supaya kena tangkap basah dengan Iskandar. Tersalah kasi no bilik & Sabrina masuk ke bilik Badrul.
Maria (Reen Rahim) dah lama suka kat Ikmal (Amar Asyraf) & makan hati bila Ikmal pilih Sabrina. Dah terdesak tak rela Ikmal diamek orang..dia plan utk ditangkap basah dgn Iskandar yg dah lama taruh hati kat Sabrina. Bila plan tunang Ikmal & Sabrina tak menjadi..Maria cucuk jarum diam2..rela nak ganti diri taknak kasi malu family Ikmal majlis tunang tak jadi.

Badrul & Sabrina confront Maria pada hari nikah Ikmal & Maria. Mengamuk Ikmal bila dapat tau hal yang betul. Walaupon baru nikah pagi nya..Ikmal psg niat nak cerai Maria terus. Menyesal tak sudah tak bagi chance Sabrina explain masa kena tangkap basah dulu.

Penamat:
Badrul tunaikan impian Sabrina nak buat majlis kawin di kampung & pastu nak tengok bola merah (matahari) jatuh kat kaki bukit. Yana + Ikmal datang jugak majlis tu. Hagak2 kalau ada cerita pastu..Yana kapel dengan Ikmal la tu.

Berbaloi baca ke tak? Ye...sila baca ..Yang mana cepat leleh.sediakan tisu awal2

Selamat Membaca...

29 Nov 2014

Akasia TV3 -Teman Lelaki Upahan (3)

Sambungan....................

Mummy Lydia cerita hal sebenar yg dia curang dengan daddy + tinggalkan Lydia..Menyesal dah boikot Daddy selama ni + minta maaf berdamai. 
EL balik KL nak jupa Lydia bila huru hara family dah cool -Kepala serabut & beban hal business terletak di bahu EL  Hal family business nenek EL janji dah tolong. Lain cita jadi nya bila Lydia buat tak pot & cakap tak yah teruskan kawin coz dia dah dapat apa yg dia ndak -Casa Furniture & Design. EL sakit hati ,ingatkan Lydia still tak berubah.

Bila balik ke Kuching, kena penampar lak dengan Mama (sian ko EL..asyik kena je..aritu dengan Lydia). Mama jumpa wedding card 29/6  & kecik hati belakang kan family. Since then Mama lancar silent treatment tak nak bercakap. Lagi EL dendam Lydia yg dah huru hara hidup dia.

3 bulan lepas tu, Dato Azham dah meninggal & Lydia berubah dah bertudung.
EL nak surprise kan Lydia, berlagak nak eksyen dia lagi berharta time jumpa Lydia utk meeting nak supply perabut ke hotel di Cherating. 
Lydia dah tahu siapa EL relek cool & professional masa jumpa. Bertambah sakit hati EL tak berjaya nak buat Lydia melopong tengok dia.

Macam2 EL buat nak balas dendam nak sakitkan hati Lydia, tunjuk lagak dia sebagai client terpenting Lydia. Kebetulan Mama, Sofea & Zarra datang KL & nak ikut sesama ke Cherating. EL paksa Lydia ikut sekali. Dah tak tahan kena pressure Lydia tarik diri lepas kan projek besar ni dari hadap muka EL.

Sebelum bertolak balik ke KL, Lydia mengadap Mama mintak maaf dia lah punca segala masalah..cerita dari A-Z & mintak Mama terima & layan EL mcm sebelum ni. Dah berbaik anak beranak ni..nasihat Mama suh pikat Lydia balik kalau betol sayangkan Lydia.

Start episod baru..EL & Lydia luah apa terbuku & clear segala silap faham. EL propose Lydia depan dua2 family members. Aiyohhh so lomantik..Part ni mintak cair leleh ye. Selamat kawin & honeymoon tempat idaman Lydia -Tasmania

Ending : EL presentkan balik banglo Cherating pada Lydia sebagai wedding gift. Banglo yang sangat sentimental kenangan masa kecik Lydia satu family.

Seyes looking forward Akasia nih. Elizad & Ungku suit character Lydia & EL.
  

26 Nov 2014

Akasia TV3 -Teman Lelaki Upahan (2)

Sambungan:

Dato Adham berkenan EL nak jadi menantu, percaya EL boleh jaga Lydia & cerita kisah napa hubungan dia tak macam ayah-anak. EL kesian & rasa bertanggungjawab nak betulkan Lydia yang kerek & miss-no manners. EL decide nak renew contract 'ELYDIA'...keadaan dah terbalik EL yang jadik bos bukannya Lydia. Lydia kena ikut cakap & respect EL, dress code sopan-no seksi2, berbaik2 dengan Daddy & Mama. Kalau tak, EL tarik diri & tak capai la hajat Lydia nak take over Casa Furniture & Design.

 Tarikh nikah dah tetap 29/6. Teruskan dengan plan 'olok'olok' ELYDIA, EL hantar rombongan merisik berwakil family angkat & bukannya family jutawan dari Kuching. Lydia pun tak tau sapa EL yg sebenarnya, duk ingat dia lagi kaya dari EL.
 Majlis Merisik

Plan awal EL nak ubah Lydia : kasi mesra2 dengan adik tiri Khalishah. Ajak Lydia bercuti ke Singapore, senyap2 angkut Khalishah sekali. Hangin tak puas hati mulanya El dah kelentong kata nak cuti berdua je. Last2 lembut gak Lydia terima Khalishah dengan baik. Lydia dah start tone down + berbaik2 dengan EL.
Khalishah & K Long Lydia

Lydia dapat info dari PI kat mana nak jejak kasih mummy. Terus ke Melaka & terkejut bila tengok Mummy digari polis kes bunuh suami dia. Tertekan & sedih dengan insiden tu, Lydia call Haidar sebab Haidar tahu kisah2 sedih Lydia. Mummy Lydia dibebas atas sebab bunuh untuk pertahan diri. Pn Azlina tak mengaku Lydia anaknya. Jadik nya terpaksa mengalah + bagi masa untuk mummy mengaku dia anaknya.
 Mummy Azlina @ Fazlina Ahmad Daud

Lydia ulang alik ke Melaka nak amek peluang nak rapatkan hubungan + amek hati mummy. Haidar je tau plan ni dan sebab kan ni Najwa dah silap faham diorang still ada affair & bagitau EL yang dia suspect something fishy.
EL sangat2 bengang & hampir percaya, penah ternampak diorang mesra together.

 
 Sadiss part ni :(

 Semalaman Lydia sambung nanges bengkak mata terdengar2 EL marah. EL nyesal terlajak kata & tunggu Lydia di ofis. Sebab kan tak cukup rehat, Lydia pengsan depan EL. Masuk spital lagi sekali.

Pujuk rayu mintak maaf Lydia..berdamai lah mereka. Dah start funny2 feeling bercinta diorang ni.Tinggal nak confess suka kat masing2 je. 
Terkantoi dengan Abang Long tau yang EL nak kawin tapi family Kuching tak tau. Dengar nasihat Abang Long,  EL ajak dinner nak confess Lydia yang dia betol2 sayang bukan tipu dah, background family & nak bagitau family Kuching plan kawin.

Plan terbantut bila dapat call Zarra yang 1 family accident : Babah & Abg Long critical. Kebetulan Lydia ada keja di Kuching, pegi hospital nak melawat client yg accident. Masa yg sama Baba & Abg Long EL disahkan meninggal. Lydia perati dari jauh + tau lah dia EL family member pada client jutawan dia. Lagi shahdu bila tengok 'drama' EL & Zarra yg nanges kematian suami + EL takkan tinggalkan dia. Lydia tekad tak nak jadi penghalang cinta pertama EL + nak tinggalkan EL.

Bersambung.................

25 Nov 2014

Akasia TV3 -Teman Lelaki Upahan (1)

Trend masa kini..lumba2 novel nak dibuat drama. Follow the flow wajib cari & baca sablom kuar tv. Lagi besh tau dulu sapa pelakon nya baru feel lebih gitu. Next...slot Akasia kat TV3 :
                 KYRA LYDIA  /SITI ELIZAD

-Anak tunggal Dato Azham & Pn Azlina 
-Rebel & dendam pada Daddy lepas bercerai dengan mummy masa umur 5 thn
-Lagi dingin lepas Daddy kawin dengan Datin Izati + ada adik baru (Khalishah) 
-Bagi Lydia, Daddy penyebab ceraikan Mummy & tinggalkan dia
-Sorang yang heartless, tak de perasaan, arrogant, selfish

EZWAN LUTFI / UNGKU ISMAIL
 

-Anak ke-2 pada jutawan Kuching Tan Sri Omar Wang & Pn Sri Sanisah
-Sangat manja dengan Mama
-Selesa handle restoren sendiri dari business family
-Ada hati kat adik angkat family - Zarra tanpa sesapa tahu. Terlambat declare & frust bila Zarra pilih kawin dengan abang 
Family Tan Sri Omar Wang

Lepas grad dari Perth, Dato Azham offer Lydia utk jadi COO @Casa Furniture & Design. Lydia seboleh nya tak suka berurusan dengan Dato, balik ke Malaysia pun tak cari Daddy nya. Lydia terima offer dah tu aim nya untuk amek alih company, tak rela mak tiri ada share sekali.

Syarat dari Dato untuk hand over CFD sepenuhnya - nak kenal boifren Lydia & kena kawin by June. Bagi Lydia senang sangat syarat tu, decide bagitau Haidar (boifren sesama study di Perth) plan nak settle down. Belom sempat nak cakap plan, Haidar putuskan nak break up-dah jatuh cinta pada Najwa pilihan maknya.

Haidar @ Fikhree Bakar

 Lydia ke Restoren The Spices tempat favourite dia & Haidar sambil melayan time2 sweet dulu. Sampai sana Haidar & Najwa ada kt sana pulak. Terus lari nak chow dari situ Lydia terlanggar dengan 'waiter' & mee kari tumpah atas baju. Dengan bengang terus mamat tu kena penampo ngan Lydia & 'waiter' tu janji nak bayar ganti rugi.

Desperate dengan janji nak kenalkan boifren pada Daddy, Lydia nak upah si 'waiter' jadi boifren sebagai ganti rugi tumpahkan mee kari. Dengan konfiden ingat plan berjaya,ye lah mana si 'waiter' cukup duit nak bayar baju mahal dia. Tengok2 yang disangka waiter tu owner restoren The Spices---> Ezwan Lufti @EL.

EL tak setuju dengan idea ngarut Lydia walau camne kena pujuk. Lydia janji nak bagi apa je EL ndak..asalkan jadi fake boifren & jumpa daddy. CFD sangat2 penting utk Lydia & dia sanggup buat apa je. Last2 dapat deal bila EL tau Lydia owner banglo kat Cherating yang jadik pojaan hati dia. Lydia berat hati nak jual biar pun orang nak jual dengan harga tinggi..Sentimental value rumah masa kecik2 masa Mummy ada.
 
Pasangan gado. EL bencikan perangai kerek Lydia pandang rendah kat orang + tak respect Daddy 
EL dah janji ke ofis Lydia nak amek kontrak diorang. Lydia suh belikan dia sandwich untuk lunch. Yang EL terasa diri kena arah, tak nak ikut arahan Lydia tapi baik hati masakkan nasi goreng udang. Rasa tercabar bila Lydia keras hati tak nak rasa..nak jugak order sandwich. Lydia dipaksa makan jugak + kesannya muka bengkak allergic udang. Gelabah & rasa bersalah gilos EL kenangkan dia duk paksa Lydia sampai masuk hospital. 

Pause! Bersambung entri lain..
 

22 Nov 2014

Pilot Cafe d Movie

Novel 'Pilot Cafe' Ahadiat Akashah dah difilemkan arahan Osman Ali, shooting tahun 2013 & nak keluar panggung tahun depan. Woooo lamanya que nak keluar heh? Tak la minat sangat dengan novelist tu, gagah gak carik novel lama ni duk imagine pelakon2 besh.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Ameer Reeza
Pilot handsome & sado digilaai ramai perempuan
Personaliti & karisma menarik
 High taste & loaded
 Playboy- tukar2 girlfriend macam baju saja konsepnya
 
 @FAHRIN AHMAD 
  
Ameer dengan best friend Kapten Haris @Keith Foo. Sama2 kaki poya2 + playboy, gaya hidup bebas terbabas dari landasan.
 
 Si Playboy & awek2 nya


Ameer dah jatuh hati & mula masuk jarum tekel stewardess baru Sharmila @Neelofa. Sharmila yang naif feeling jatuh hati kat Ameer. Kawan baik nasihat suh hati2 dengan si buaya darat pun tak amek kisah. 
Sharmila pregnant + Ameer propose untuk gugurkan. Sebagai ganti, Ammer offer nak bagi duit. Bengang dengan sikap Ameer, Sharmila decide lari dari si playboy ni. Sebelum blah sempat lagi membahan Ameer "What you give, you get back!"
Baru Ameer terkesan lepas Sharmila tak de. Teringat2 kan Sharmila & tak penah2 dibuat Ameer dia mencari perempuan (selalunya terbalik,perempuan yg carik dia). Sanggup cari kat rumah sewa Sharmila tak jumpa & bagi notis benti keja 24jam. Ameer dah bukan buaya yg dulu..Resah gundah gulana penangan kena tinggal dek Sharmila.
Bila dah sampai ajal....Ameer dapat berita Haris terlibat dalam air crash masa terbangkan private plane VVIP. Sebabkan insiden ngeri ni Ameer phobia..takut & decide untuk resign jadi pilot. 

Jadi nya Ameer buka cafe mewah berkonsep pesawat Boeing 737 & dinamakan 'Pilot Cafe'. Masa Ameer dihabiskan dgn dunia baru.. T
obat tak buat peel2 gila zaman jahiliah dulu. Pilot Cafe direka sebijik kapal terbang kiranya masuk dalam cafe ni terasa duk dalam flight. 

Duk imagine ni :
Cockpit -tempat DJ control muzik
Seat penumpang : tempat orang2 makan
Masuk entrance nampak kepala Boeing terlekat kat tengah2 dinding
Dari luar bangunan : badan & ekor Boeing terjuntai keluar
(jenuh nak imagine camne rupa cafe ni hah)

Satu pagi Ameer dengar suara orang nanges kat belakang cafe. Kesian tengok keadaan haru biru, offer tumpangkan Maya @Izara Aishah ke Cafe. Start la kisah Ameer & Maya. Maya budak lepasan SPM lari dari kampung lepas tahu pregnant anak boifren - Rashid @Remy Ishak. Rashid mulanya janji nak bertanggungjawab pastu hilang tak dapat dikesan. Takut kan bapak yg garang buat Maya lari dari kampung.
  Timbul rasa kesian, Ameer banyak tolong Maya. Dari awal bagi Maya keja di cafe & jaga kebajikan Maya sampai bersalin.
 Ameer ibarat 'malaikat' yang datang rescue Maya, continue jaga Maya & Amirul dah close dgn Ameer. Pas 2 tahun Maya terdetik nak balik kampung & cari Rashid. Masa yang sama Ameer plan nak propose Maya untuk jadi isteri. Melepas la Ameer...hantar Maya balik kampung & plan kawin Rashid. Rupanya Rashid dah lama cari Maya...

Kat Pilot Cafe.. Ameer ternampak Sharmila +husband + anak lelaki. Rupa boy tu sebijik Ameer, nama nya pun Ameer...Tu lah 'anak' Ameer & Sharmila. Sharmila dah kawin dengan Dr Khaleed -doktor yg rawat Sharmila lepas lari dari Ameer. Dr Khaleed 50-an, duda anak tiga tukang bagi semangat & 'jaga' sampai Sharmila bersalin. 
Dr Khaleed nak lepaskan Sharmila lepas tau dia ada kanser. Nak bagi can Sharmila yg masih muda untuk pegi balik kat Ameer, lagi2 ada Ameer junior. Sharmila tak setuju, dah sayang separuh mati pada en suami. Dr Khaleed nak berlepas ke US & suh Sharmila pegi balik kat Ameer. Dengan berat hati Sharmila mengikut & berdepan Ameer...tapi tak terkeluar kata2 & blah tak cakap apa2. 
Dr Khaleed lak last minute pikir tak jadi ke US, nyesal nak bagi isteri at orang lain. Kensel plan & cari Sharmila nak sehidup semati.

Habis Cita! 
Tak kenan ending nya. Kesian Ameer melepas dua2..Gitu la reality nya, tak semua kita nak kita dapat..tak pun Ameer dah kena sumpahan Sharmila:
 'What you give, You get back?" 

Mintak2 la best filem ni..Walaupun banyak plot nak sumbat jalan cerita, harap le best kalah Ombak Rindu.

 


SeVen Hot Ladies Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign