BFF RAMBLINGS: Eksperimen Cinta -Anjell

8 Jan 2015

Eksperimen Cinta -Anjell

Zeel Production dah umum novel Eksperimen Cinta utk drama romantik komedi slot Dahlia Dahlia TV3 hari Sabtu & Ahad. Shooting bakal bermula bulan ni, bajet tgh tahun la baru on air.

Tengku Aaron Shah berdendam dengan adik kembarnya Tengku Andrean Shah yg dah kawin senyap2 dgn girlfriend dia - Seri Husna. Seri yg tak tahan peel playboy Aaron melayan ramai perempuan. Bagi Aaron kalau beribu perempuan yg dia dekat, masih lagi setia pd yg satu.
Fahrin Ahmad @ Tengku Aaron Shah/Tengku Andrean Shah
Jutawan muda ambil alih syarikat keluarga
Playboy tapi pegang istilah 'buaya setia'

Sejak insiden tu, Aaron putus sedara sama Andrean & tak percaya pada cinta. Sampai lah terjumpa Damia Farisha yg datang jumpa Aaron selaku CEO Triumph Air utk mintak sponsorship dari company dia kerja. Kebetulan pulak ternampak Andrean & Seri dpn mata, sakit hati mencanak2 & ugut Damia utk kawin. Sambil2 nak buat eksperimen persepsi pada 'cinta', Aaron nak buktikan dia dah bole lupakan Seri & mampu happy. 
Izreen Azminda @ Damia Farisha
Jual mahal, tak senang lelaki nak tackle
Gaya sempoi

Damia dilemma dgn ugutan Aaron, nak terima - tak boleh tahan dgn perangai 'makhluk asing' mamat tu. Dgn rambut berkarat, bertindik, pakai rantai dah sah2 bukan ciri2 suami yg dia nak. Kalau reject tanak kawin, sponsorship worth of 300M ditarik balik rasa bersalah mendatangkan masalah kat pengurusan ofis.

Kawin akhirnya Aaron & Damia..Aaron kuat membuli, baran naik angin cepat. Damia menten cool, sabar & layan saja peel si laki dia. 

Damia terjumpa Seri yg tgh sarat mengandung dan start berbaik2 dgn pasangan adik ipar/biras nya. Dapat tau cerita napa Aaron bermusuh dgn diorg. Andrean & Seri kawin senyap2 masa tgh study di UK sebab dah terlanjur. Aaron mengamuk sakan bila dapat tahu & nekad tanak maafkan dua2 org ni. Dah byk kali diorg try nak berbaik & minta maaf, tak dilayan sama skali oleh Aaron.

Satu hari Andrean & Seri beranikan diri jejak kaki ke rumah Aaron nak minta maaf sebelom Seri bersalin. Tetap tak berjaya, Aaron halau keluar. On the way balik Andrean & Seri accident teruk. Selamat keluarkan baby tapi Seri critical. Aaron lembut hati & maafkan Seri, semua redha utk Seri pergi dgn tenang.

Dalam aura nak berdamai Aaron & Damia ada pulak silap paham yg jadik. Aaron ingatkan Damia curang bila ternampak Damia dgn Khaliq (officemate yg sukakan Damia). Padahal tak sengaja terjumpa masa Damia belikan present birthday Aaron. Sampai rumah nak suprisekan birthday present dkt bilik Aaron. Ternampak gambar2 Seri dalam laptop. Sangkakan Aaron tak leh lupakan Seri, patah hati bawa diri drive sesorang balik rumah nenek kat Kelantan.

Aaron tak betah bila Damia 'hilang'. Terus balik ke Kelantan bila tau Damia kat sana. Sessi pujuk mujuk berjaya, sambung cuti di kampung, teman Aaron ke Langkawi on business trip. Aaron pun dah berdamai dgn Andrean, dah bole lupa kisah2 lama. 

Muncul pulak Salmi yg dah lama tergilakan Aaron kata mengandung kan anak Aaron & mintak bertanggungjawab. Ayah Aaron paksa kawin tanak jatuhkan reputasi company. Damia awalnya was2..tapi dah pakat dgn bestfriend Aaron utk siasat hal betol. Pecah tembelang Salmi bila 'bapak' baby tu ngaku tu anak dia & Aaron tak salah. 

Damia break the news yg dia pregnant bila semua dah tenang. Bukan Damia yg alah tapi dah terbalik kena alah teruk kat Aaron. Sekian kisah theyols dgn lahirnya twins Tg Amanda & Tg Rayyan.

Fans Fahrin + Izreen mesti tak sabar nak tgk gandingan diorang hek? Baca gak komen2 tak setuju Fahrin bawak watak Aaron. Herm..seyes cakap payah gak nak lut imagine Fahrin jadik 'giler2' .Tak sesuais mana. Camne rupa ganas hensem ni kang. Sesama tunggu la apa hasil nya ye? Proof us wrong okei abang sado? mueh mueh...

Chiow...signing off 







No comments:

Post a Comment

SeVen Hot Ladies Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign