Nur Qistina Nadiya & Muhammad Khalish Zaquan
Khalish - 40 thn duda kematian isteri & sorang anak Husna 7 thn. Pertama kali jumpa Qistina masa bercuti di Cherating. Qistina 35 thn, tokei Kafe Soleil - café berkonsep 'library buku' , hot spot utk ulat buku nak lepak baca buku di café ni. Chemistry antara Qistina & Husna yg peramah & petah bercakap.
Terjumpa kali kedua bila Khalish tak sengaja terlanggar kereta Qistina di KL. Khalish pinjam kan kereta dia untuk Husna outstation ke Melaka. Makin rapat, dua beranak selalu dating Kafe Soleil, Husna suka habiskan masa dengan buku.
Khalish tersentuh hati dgn hubungan itu, sikit2 Husna cari Qistina, nak borak & rindu. Sebelum ni susah Husna nak dekat dengan mana2 perempuan yg Khalish kenal. Qistina uruskan birthday party Husna, ibu Khalish dah berkenan dgn sopan santun Qistina.
Khalish ajak datang buka puasa di rumah, Qistina umum nak pergi umrah dengan Ummi. 2 beranak hantar rombongan ke airport, Ummi Qistina dah 'lulus' & dapat soalan cepu emas dari Husna 'Papa, can aunty be my Mama?'
Di Mekah doa mohon diberi petunjuk dan solat istikarah. Balik KL, terima lamaran Khalish. Itu selepas Khalish bengang tengok Adil (ex kekasih tak jadi) berkasar dengan Qistina. Ajak man to man talk , minta Adil jangan ganggu Qistina lagi, Adil pun dah kawin.
Selamat nikah, Khalish kasi surprise nyanyi lagu dgn main gitar masa resepsi sebelah dia.
Beberapa kali pitam, Qistina sah mengandung kembar. Morning sickness teruk, selalu muntah2 & pandangan kabur masa kandungan 22 minggu. Qistina pengsan & sawan di hospital disahkan dapat pre-eclampsia. Khalish sangat trauma sebab itu punca Dahlia meninggal lepas bersalin Husna. Dengan berat hati suruh Qistina gugur kandungan, terlalu sayang Qistina dan tak nak sejarah lama berulang lagi. Qistina tetap pendirian nak teruskan juga, berserah pada Allah dgn apa yg akan jadi, tak rela hilang anak2 dia. Khalish bengang dan keluar rumah sampai tak dapat dihubungi.
Khalish 'hilang' sampai la papa nya Tan Sri Hamid sound pasal masalah anak menantu. Itu selepas Qistina pengsan lagi dan terpaksa call Tan Sri minta tolong. Khalish masih dingin, Qistina terasa hati bila tak dipujuk dalam keadaan mcm tu.
Khalish baru tersedar khilaf tak sepatutnya layan Qistina macam tu. Dah terlambat bila Qistina tinggal nota untuk keluar rumah nak cari ketenangan dan tak nak Khalish cari dia.
Perhati Qistina dari jarak jauh pegi check up baby di hospital. Jumpa dgn gynae Dr Halina -kawan Khalish juga Tanya progress .Halina minta Khalish bagi space utk Qistina, tak bole dapat darah tinggi nanti bahaya kandungan.
Dah tak bole mengelak bila Ummi Qistina nak datang rumah. Terpaksa balik rumah ,Khalish mula pujuk & minta maaf menyesal dgn layanan teruk dia. Qistina terharu dengan surprise Khalish -Khalish lukis di dinding nursery baby, gambar Qistana mengandung.
Saspen lagi...bila Qistina pengsan lepas bersalin, kejadian yg masa jadik masa arwah Dahlia dulu. Akhirnya ibu dan anak2 selamat semuanya.
R.E.V.I.E.W
- 5/5 Best!!
- Tak de cerita orang ketiga. Tak sakit hati sangat. Heheee
- Baru tau symptom pre-eclampsia. Erkk..nauzubillah
- Terasa loving care tender care dalam watak2 itu..
- Konsep redha, doa & tawakal pada Dia
Peminat tegar novel....masukkan dalam list novel anda....
No comments:
Post a Comment