BFF RAMBLINGS: Novel : Shh I Love You - Farisya Natasha

21 Jul 2016

Novel : Shh I Love You - Farisya Natasha


Nadia
  • 28 thn pesakit jantung, buat heart transplant 10 tahun lepas.
  • Bekerja sebagai Outbound Tour Manager
  • Peramah, banyak cakap 
Aidan
  • 34 thn, Pilot, Handsome
  • Pendiam lepas kematian tunang
  • No life - focus kerja saja

Nadia & Aidan berjumpa pertama kali kat kedai, Nadia terlupa bawak wallet nak bayar di kaunter, Aidan offer untuk bayarkan. Nadia mintak Aidan tunggu dia call Along (si abang) & insist nak bayarkan hutang masa tu jugak. Aidan naik bengang sebab dah lambat walaupon berkali2 cakap dia dah halalkan apa yg dia bayarkan tadi.

Adik2 Nadia & Aidan kawan rapat, pakat prank nak match made. Aidan yg mula nya memang tak terbuka hati nak kenal dgn perempuan jadi lembut hati bila tahu si dia tu 'Nur Nadia Omar'. Sesatu nya nama yg dia tak bole lupa..Tu nama penerima jantung arwah tunang Aidan, Sumayyah.
 
Masing2 dah kenal, Nadia dah cloud nine suka kan Aidan. Punya daring minah ni tanya bole jaga dia sampai bebila tak. Selamba cakap I Love You kat Aidan.
 
Aidan jumpa family Nadia, plan untuk tunang/ nikah. Nadia terkejut bila tahu berita tu bila Aidan terjah camtu dan tak discuss apa2 dengan dia (masa tu dia kat Turki). Plan tunang dan nikah macam yg dirancang. Nadia over excited ,  Aidan cool hearted tak ada perasaan.
 
Aidan nak kawin Nadia sebab rasa dekat diri pada Sumayyah. Nak jaga jantung Sumayyah elok2 dan di alam dunia dia sendiri. Masih duk teringat Sumayyah dan hati bukan pada Nadia.
 
Nadia dapat tahu kisah lama ni, kantoi bila tengok bilik stor yg berkunci kat rumah penuh dengan barang2 & gambar2 Sumayyah. Walaupon sedih tapi tekad nak buat Aidan jatuh cinta pada dia. Berkat usaha dan sabar Nadia, Aidan dah 'sedar diri', boleh terima Nadia, move on lupakan kisah lama dia n Sumayyah.

Ultimate cita ni bila Nadia ke London bawak group trip bercuti. Bekas adik ipar Aidan, Maira ada sekali dalam group ni. Tak puas hati dgn Aidan, dari dulu suka kan Aidan ,siap offer diri 'ganti tikar' bila arwah kakak nya meninggal. Maira bagitau yg Aidan tu sengaja kawin Nadia pasal jantung Sumayyah bukan nya sebab sayang. Nadia terkejut bila tau sampai jatuh sakit. Aidan terus dtg bila tau sakit, risaukan Nadia yg tak nak amek ubat. Paksa bawak balik KL. Dapat tau pregnant, still silent treatment marahkan Aidan.
 
Nadia nyaris2 accident bila ada kereta cuba kejar dari belakang. Maira yg plan nak langgar Nadia. Sudah nya Maira yg meninggal on the spot. Nadia trauma dan dari situ berdamai dgn Aidan. Selamat melahirkan junior Nur Sumayyah, nama sempena arwah Sumayyah.
 
R.E.V.I.E.W

  • 5/5 ..suka naw2 ,2 hari khatam ini novel :)
  • Jalan cerita fresh, lagi menarik tak de sangat kisah orang ketiga nak masuk line
  • Cara penulisan novelist pun melekat di hati. Tak jiwang karat..sempoi jaa
  • Bole rasa family bonding Nadia, over protective & caring.
  • Peminat tegar novel yg belom baca..sila lah..berbaloi beli

2 comments:

  1. hai!

    I saw this review waktu search SILY kat google.

    Alhamdulillah... thank you for this review. im more than happy bila SILY mampu diterima.

    I hope u don't mind kalau saya share review ni di IG dan facebook saya.

    anyway... thanks again.

    salam kenal dari saya, Farisya Natasha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Farisya, I beli masa memula Karya seni keluarkan kt JB. Hehe...GIgih khatam..well done! Sure, bole je nak share .

      Looking fwd next novel okeh..
      -Yatt

      Delete

SeVen Hot Ladies Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign