BFF RAMBLINGS: Puding Caramel

19 Aug 2013

Puding Caramel

Teringin nak berbuka & bermoreh dengan puding caramel bulan posa aritu. Nak2 pulak asal bulan posa je, caramel jadi hot stuff kat pasar ramadhan. Pasal lama bebenor tak prektis skil kacau gula hangus ni, after 3rd attempt baru menjadik si puding ni.

Sonang je nak buat,2 steps je, cikidout :
Step 1- Caramel
1/2 cawan gula pasir
air (agak2 uols nak kuah byk mana..)

Step 2- Puding
1 tin susu cair
5 biji telur
1 s/k esen vanila
5 s/b gula (saya buh 2 sudu je ,manis from karamel dah cukup)

Cara Step 1 :
.Kacau gula dengan api kecik, kacau sampai hancus & tak berketul
.Bila gula dah bertukar jadik air, campurkan air ke atas air gula tadi
Note : Hati2 ye dik nun..bole termercik air gula panas tu.

.Kacau secepat boleh sampai lah air gula dah settle down (tak mercik).
.Teruskan kacau sampai air gula dah tukar brownish(kalu tak brownish =tak hangus. Fail buat caramel kiranya nih)
.Pastu boleh tuang ke dalam bekas

Cara Step 2:
.Pakai whisk & kacau semua bahan2 Step 2
.Tuangkan bahan2 tadi ke atas air gula (yang sesiap letak dalam bekas tadi) & tapiskan semasa tuang (ni utk elak dari buih2 yg duk kacau tadi)
.Dah siap untuk dikukus selama 40 mins .Pakai slow fire okei
Note : Bole start on air rebusan untuk kukus bila wat Step 1 lagi, by the time siap Step 2, dah boleh terus masukkan dalam tempat kukus

p/s:Bila ready nak hidang, sila lah terbalik kan bekas untuk nampak kan gula hancus di depan nya..

Selamat Mengacau gula sampai hangus dik nun.... 

No comments:

Post a Comment

SeVen Hot Ladies Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign