BFF RAMBLINGS: August 2013

30 Aug 2013

Colourful Kitchen Gadgets

Syiok betol kalu masuk Kitchen Shop, leka tilik barang2 dapur ..(Wah..berasap benar dapur bunyiknya gitu kan?ahakss)
Apa sebab musabab feeling lost kat sini? Tak tahan tengok barang2 colourful + kiut miut. Bukan la kata kalu tak de benda2 ni tak boleh masak, kan ke lagi meriah dapur ngan kaler striking..lagi la semangat nak ketang ketung #alasansematamata.
Start dah rabun kaler...! Suka sukaa nak rembat je semua ni. Segala senduk sudip & adik bradiknya mix of colours.
kitchen organisers. Purple colour tu meruntun jiwa.
Next trip kira2 nya mau angkut nih..tunggu sale lah 
Shape  tekap atas roti
Omai...Kiut nyaa brush ni..Moo moo cow

Ni plak kitchen timer.Hadooiii gilos weh tengok benda2 ngarut comel nih.

Bila kenangkan tengok price tag....G.U.L.P!...Mahal wehh...Pikir berpuluh kali sampai peluh nak rembat. Adik bradik senduk tu seketul dalam RM39! Moo-moo brush RM59 & kitchen timer rasanya RM60+ kot.
Pelan2 la collect barang bila hagak2 wallet ni mampu beli. Antara barang yg dah berjaya disebat takat ni :


pan holder
  
White & green utensil holder

Ma favourite! Knife blocks.Tak macam tempat simpan pisau biasa yg siap2 ada lubang utk simpan, dis one uols bole main sumbat je ikut suka hati.Selagi ada space bleh letak lagik

Ni plak idaman kalbu..d chopping board. Alasan nakk??? each board dah ada label sesiap..tang mana nak pakai utk fish/veggies/barang kering. Tapi kan after discount pon still was2 nak beli nih.Mana tak nya..beratus2 ko! Big time nya GULP!

Wish list aku tu...kot2 korang x de idea nak kasi aku present apa, yang ni hokei..hihihi 
Penah gak masuk Aino Living & Magic Pantry, prefer Kitchen Shop lagi, more variety & quality elok. Tak hegran la mahal kan? #paypeanutsgetmonkey.

Check establish brands under KShop -brand name & Location for details.

Haish..napsu napsu...

27 Aug 2013

Trademark-ku Si Puding Triffle

Resipi Puding Triffle mcm2 style kalu google kat internet. Finally suda yg serasi copykat cousinku. Dah jadik ku punya trademark sudah ini puding kalu ada kenduri. Sempoi je nak buat..here u go........

**1/2 cawan tepung custard
**1/2 tin susu manis
**1 tin susu cair
**2 cawan air
1 kotak jelly (recommend brand Nona)

1 tin fruitcocktail
Swiss Roll (favourite Jam flavour @ Bakers Cottage. so far tu lah yg swiss roll terbaek, lembut & sedapss
Caranya:
~Potong nipis swiss roll & susun rapat2 dalam bekas

~Tos fruitcocktail & amik air lebihan dalam tin tadi & siram atas swiss toll

~Next..campurkan semua bahan ** & kacau sampai rata
~Adunan dah rata & tepung custard dah tak ketul2, baru letak atas api kecik
~Kacau & kacau...jangan tinggal pegi buat benda lain plak..Kang berketul adunan ni plak.
~Bila dah pekat, tuangkan atas swiss roll tadi

~Taburkan fruitcocktail atas custard

~Layerkan dengan jelly Nona. (Instruction ada kat tepi kotak Jelly : sepeket jelly campur dengan 400ml air suam. Kacau sampai larut)
Test jelly ni dah sejuk baru tuang atas custard. Kalu tuang panas2, custard tu crack

Okeh...siap! Nak lagi besh..sejukkan dalam fridge & keluarkan bila nak makan.

25 Aug 2013

D.I.Y Plet Nombor Keta

Apa nombor uols pilih kalu nak buh kat plet keta? Selalu gak org buh birth date -kadang tu dah boleh agak DOB empunya keta skali tengok plet no tak gitu? Tarikh keramat cam anniversary date pon pilihan hati gak. Aku pon suka nombor cun kalu bleh semua keta serumah pakai no sama. Trademark la kekdahnya.

Before this main pass kat runner setelkan part plet nombor,tau2 dah boleh collect keta je, lagipon maleh nak sesakkan diri kt JPJ. Ntah angin apa aku ter rajin nak gi setelkan sendiri. Tak la leceh mana nak buat pun, sonang baitu...boleh lah jimat ongkos bayar kat runner.

Aaaaa amcam process nya? Aaahhh camni caranya :

Documents needed :



  • Bawak 1 photocopy IC
  • 1 envelop A4, 1 envelop biasa & stamp RM1
  • Amik 'Borang Tempahan No Pendaftaran Kenderaan Secara Tawaran) camni :

  • Boleh minta kat kaunter customer service cakap nak borang tender nombor (kaler biru ini borang)
    • Check nombor siri apa yang open for public, ada mention kat kaunter borang & kalu kat JPJ Setapak uols bole check kat notice board kat tepi bangunan.
    *2 nombor siri untuk tender dibuka pada satu masa ,perati kan bila tarikh buka & tarikh tutup 
    • Then riki2 lah kat notice board brapa harga nombor yg uols nak tender based on previous tender result. Ni contoh list nombor yg dah lulus sekali dengan harga tender.
    Selain dari single & double digit, nombor kawin pon famous & hot demand - "7887, 6776, 9669".
    • Dah abis decide nak bid nombor then isi lah form tadi.


    Contoh : 
    1. No pendaftaran :WYU 7887
    2. Harga Tempahan :RM2,000
    3. Deposit :RM1,000 (50% dari harga tempahan)

    Cash tak terima untuk deposit. Buatkan bank draft/wang pos atas nama Ketua Pengarah JPJ. Boleh buat siap2 sebelum datang JPJ. Kaunter POS ada jugak kat sana, lagi senang kat wang pos dah ada nama penerima.
    • Next...nak kena bayar resit perkhidmatan RM10. Kalu ramai orang que,kena tunggu la. 
    Pas bayar resit perkhidmatan, uols akan dapat a copy of this dan WAJIB simpan!!

    Note : Kat form no 9, fill in details no serial & amount setiap keping wang pos/bank draft yg ada. (K23........RM100)...Kalu ada 4 keping wang pos/bank draft,4 serial nombor & amount lah uols isi okay..

    No 10 kat form - Isi kan no resit perkhidmatan----) AP140801

    Now dah boleh submit semua documents. Check balik semua nya complete utk masukkan ke envelop A4 yg uols bawak tadi:

    • Photocopy IC
    • Blue form -Borang Tempahan No Pendaftaran Kenderaan Secara Tawaran
    • Wang Pos/Bank Draft
    • Envelop kosong yang ditulis nama & address uols. Kalu kata no tender tak berjaya, wang pos untuk deposit akan return balik. Boleh claim duit deposit balik guna slip yg simpan tadi.
    Drop kan documents kat kotak besar ni & make sure betol no siri nya..reminder : ada 2 no siri at 1 time. Silap drop kalu....fail lah nak tender ni.

    Bila result dah keluar ,datang check tengok status kat notice board. Dah boleh proceed dgn offer letter & registration kalu dah berjaya. Tang ni dah boleh pass baton mintak car dealer yg buatkan.

    p/s: Lunch hour 1-2pm office tutup. Sila adjas time uols orait??

    21 Aug 2013

    Makan2 Di Kota Bharu -Part 3

    Cak...story mori belum abis lagi ni. Meh sambung..

    Sebut je Syam Restoren terbayang2 tomyam yg yummehh..Memang femes Syam ni, speciality in Thai & Chinese dish. Selain tomyam, tak sah tak order daging masak merah, ikan kukus/tiga rasa, butter prawn (best seller) & sotong celup tepung.
    Sila buat booking time peak season especially musim raya puasa, confirm full house.
    Address : Lot 594N, Jalan Hospital Berek 12, Kota Bharu
    Phone :09-7484713
    Biz Hour : 11.30am-3.30pm, 6pm-10.30pm

    Nak riki menu & book online, check out : Syam's Website

    The popular Chinese restaurant in town - Four Seasons Restoren. Ni adik bradik famous dengan Syam restoren. Tempatnya dekat dengan town & walking distance pon boleh from New Pacific Hotel.
    Warning!! buat booking jugak time peak season (kan adik bradik Syam..hot spot & full house). 
    Order ni je baru ni + tomyam ,perut masih kenyang penangan open house 
     chicken cashew nut, sotong honey, sweet sour fish & black pepper beef

    Address : Lot 5670B 12 & 13, Jalan Seri Cemerlang, Kota Bharu
    Phone :09-7436666
    Biz Hour :12pm-2.30pm, 6pm-10pm
    Website : Four Seasons KB 

    Sapa tau apa itu Nasi Air? Trademark Kelantan mari jugak..Nasi lembik (bukan bubur) +sup +ayam +bawang goreng + daun sup + sambal pedas. Saya tak bapa suka sangat, not a soup fan. Btw, camni lah rupanya:


     Nasi Air Mok Su Nab lah yg jadik sebutan dari dedulu lagi. Kedai kat Berek 12 dekat2 restoren Syam jugak. Fyi, Berek 12 ni kira salah satu station makanan2 sedap, tu tak termasuk lagi pasar pagi Berek 12 lagik..Kuih2 tradisi Kelate ada jual sana.
    pix taken from :come2kelantan.my

    Tak dapat trace plak address nya, but don't worry as long uols kat Jalan Berek 12, u won't miss it! Kedai kat tepi jalan besar je & signboard besar depan kedai. Kalu sesar gak tanya je org2 situ, sure diorang boleh guide.

    Uols dah well known by now kan,Kelantanese carik nasi pepagi utk breakfast. Orang2 office break kul 10 makan pagi pon cari nasi. Tempat ni saya suda pegi jugak..Nama hot nya :Nasi Ayam Telipot

    Tempat nya kat area Telipot, Jalan Merican (Belakang Billion supermarket). Dari luar tak perasan kedai ni coz sepanjang jalan ada deret2 rumah & tup2 ada kedai makan sini

    Speciality ayam madu goreng panas + gulai
                                                                pix taken from :cutikelantan.com

    Takat ni tu je lah yg boleh share for your refence kalu nak terjah tanah jajahan Cik Siti Wan Kembang ni. Tu pon tak sempat nak cover semua ye tak???

    Adios amigos..The End

    19 Aug 2013

    Puding Caramel

    Teringin nak berbuka & bermoreh dengan puding caramel bulan posa aritu. Nak2 pulak asal bulan posa je, caramel jadi hot stuff kat pasar ramadhan. Pasal lama bebenor tak prektis skil kacau gula hangus ni, after 3rd attempt baru menjadik si puding ni.

    Sonang je nak buat,2 steps je, cikidout :
    Step 1- Caramel
    1/2 cawan gula pasir
    air (agak2 uols nak kuah byk mana..)

    Step 2- Puding
    1 tin susu cair
    5 biji telur
    1 s/k esen vanila
    5 s/b gula (saya buh 2 sudu je ,manis from karamel dah cukup)

    Cara Step 1 :
    .Kacau gula dengan api kecik, kacau sampai hancus & tak berketul
    .Bila gula dah bertukar jadik air, campurkan air ke atas air gula tadi
    Note : Hati2 ye dik nun..bole termercik air gula panas tu.

    .Kacau secepat boleh sampai lah air gula dah settle down (tak mercik).
    .Teruskan kacau sampai air gula dah tukar brownish(kalu tak brownish =tak hangus. Fail buat caramel kiranya nih)
    .Pastu boleh tuang ke dalam bekas

    Cara Step 2:
    .Pakai whisk & kacau semua bahan2 Step 2
    .Tuangkan bahan2 tadi ke atas air gula (yang sesiap letak dalam bekas tadi) & tapiskan semasa tuang (ni utk elak dari buih2 yg duk kacau tadi)
    .Dah siap untuk dikukus selama 40 mins .Pakai slow fire okei
    Note : Bole start on air rebusan untuk kukus bila wat Step 1 lagi, by the time siap Step 2, dah boleh terus masukkan dalam tempat kukus

    p/s:Bila ready nak hidang, sila lah terbalik kan bekas untuk nampak kan gula hancus di depan nya..

    Selamat Mengacau gula sampai hangus dik nun.... 

    18 Aug 2013

    Makan2 Di Kota Bharu -Part 2

    Sambungan...

    Nasi Kak Wok mmg pemes kat sini utk breakfast/brunch. Jangan terkujat pepagi dah heavy makan nasi. Nasi Kak Wok ni nasi berlauk dengan ayam goreng + gulai. Yang speselnya makan panas2 barulah namanya nasi berlauk power. Tambah plak ngan sambal belacan..Perkghh!
    Now banyak tempat claim 'nasi berlauk kak wok', kalau ori kedai kat belakang KBMC. Tanya orang sana boleh la diorang guide. Aku ni pon orang yg bawak kan.Hehee..Seingat nya lah masuk kat lorong kecik & jupa lah kedai ni.

    Restoren Hover tempat ayam kampung tersohor & ala2 nasi padang. Not to my liking sangat, tak kena selera tekak, follow JJCM geng je ke sini. Kalau dtg pagi, pekena nasi dagang yg jual depan restoren + kopi O. Yummehhh!
    'kiosk' nasi dagang pagi
    Style mcm nasi padang semua food hidang je atas meja masa lunch, pilih & later baru kira. Once touch considered paid. :) 
    Pakcik tukang kira ni ada trademark sendiri. Datang2 tengok je apa kita makan, dia kira laju kalah ketapi. limo ya-limo ya-seploh ya- duo puloh pat.....tigo puluh semuo! (alih bahasa : 5 ringgit..5 ringgit, 10 ringgit, 24 ringgit..semua sekali RM30!..Terel giler maths, mesti score eh pakcik? Seriously tak tau btol ke idak kiranya. Belasah je lahh..
                                    yg berkopiah tu la tukang congak maths terhandal..Glem pokcik ni

    Add : 1963-A Jalan Dato Pati, Kota Bharu (09-7481439) 

    Favourite all time nasi kukus pak ku -Nasi Kukus Zakini.Kalau ada sesapa balik sana last flight pon sanggup dia tunggu -dah jadi supper tgh malam merasa nasi zakini ni. Biasanya amek ayam goreng + kuah daging/hati. Kuah daging tu yg spesel and berasa ermph! Sapa suka telur penyu -bole add in skali (Oh chorestrol!) 
    Kedai Zakini owed by husband & wife dari cantum nama Zaki + Ani, dah wujud kedai ni sablom kita ada lagik

     Add: 437, Berek 12, Jalan Abdul Kadir Adabi, Kota Bharu. Start buka kul 12pm sampai malam 

    Bersambung lagi..Stay tune... 

    *pix di atas atas belas ehsan En Google*

    17 Aug 2013

    Many Happy Returns Surievellu!

    Today is your day Anjang Surie....Happy burfday dalingg...



    Sempenda besday ko nih, Proton siap nak bagi present kat ko..tak penah2 dibuat orang nih...Tadaaaaa....


    Launching of Preve Hackback on 17/8/13 (sesuais nak wat carboot sales gak ni) 

    Tak pon ko pilih la saree kebangsaan ko nih..anti weols presentkan utk ko okeh...heheheh
    And not forgetting the wish goes to our future famous designer to be Cik Ya..Happy 9th birthday sweetie..Esok2 design kan baju anty2 cun + vogue okei??

    16 Aug 2013

    Oh La La ~ Le Trianon Chocolat Gateau

    First time rasa this special, gorgeous & sinful choc cake masa kat Flavours, Bangsar.  Rupa2nya supplier cake ni is Le Trianon, hence, the name - TRIANON CHOCOLATE CAKE.

    Menggiurkan....(pix credit from Le Trianon's fb page)

    Omaigadddd....sedap giler ye...its consist of 3 layers, the bottom part is a thin layer of almond sponge (I think la), the middle part is my favourite - crunchy chocolatey layer, reminds me of Ferrero Rocher...I'm guessing its a mix of choc & rice bubbles kot...& the top part is a silky, rich, fudgy belgian chocolate.

    Ordered Le Trianon whole cake for Raya luncheon...tak de orang kata tak sedap...everyone was impressed with it, tak pasal2 akak dah buat free advertising!  Whole cake dia boleh cut into 72 bite sized pieces...though, i cut mine into 108 mini pieces...mmg rich & each bite comes with oohs & aahs.....

    Selain daripada Flavours, uols bole beli cake ni kat Le Trianon Cake Shop @ LG-07, Citta Mall, Ara Damansara. Per piece costs RM8.90 & they sell in quarters & whole too.  To me its all worth it.  Every bite is soooo heavenly. Check out their FB page: https://www.facebook.com/pages/Le-Trianon/183893368387760 . And yang paling penting, this cake is halal & baked by a Muslim. Alhamdulillah!

    ~kd: good dessert never fail to impress me~

    15 Aug 2013

    OST Drama Ijab & Qabul

    Habis sebakul meleleh layan drama Ijab Qabul pagi tadi, gigih meng-google OST nya, lagu Indon from De Meises (jgn tanya lebih tatau sapa dia nih)Auwwh mendayu shahdu plak dengar & sesuais bangat ngan jln cita. Jiwa kental cam aku ni bleh tangkap leleh (since when?? Blame d hormones!)

    Layan.....

    Dengarlah bintang hatiku aku akan menjagamu
    Dalam hidup dan matiku hanya kaulah yang ku tuju
    Dan teringat janjiku padamu suatu hari pasti akan ku tepati
    Aku akan menjagamu semampu dan sebisaku

    Walau ku tahu ragamu tak utuh
    Ku terima kekuranganmu dan ku tak akan mengeluh
    Kerana bagiku engkaulah nyawaku

    Main Cast - Adi Putra, Nora Danish, Fouziah Ghaus

    Antara favourite couple ADP & ND since 'Tentang Dhia', bole layan drama ni & much better dari filem diorang 'Aku Terima Nikahnya'. 

    Ending sama dengan Tentang Dhia -till death do us part & moral of the story:
    -transparent sama partner, x simpan top secret sampai leh kacau relationship
    -touching ya amat sang suami sayang kat sang isteri no matter what
    -topik sensitive kalu keluar cita tak ada anak. Masa ni lah harap partner jadi strong supporter & shoulder to cry on
    -tak bole lepa sama partner & dont take for granted, tup2 feeling tersasul kat org lain..kat best friend sendiri lak tu yg asalnya konon nak jadi org tengah

    sekian..#sayasukalayandramamelayu :)



    13 Aug 2013

    Makan2 Di Kota Bharu -Part 1

    Selamat balik beraya uols..Kompem peyot ketat la tu kan, mcm2 pekena time raya. Pas ni open house sebulan lak kt KL ni #danger #camne nak tahan nafsu makan?

    Alang2 Deena nak tumpang beraya kat tanah tumpah darah mak aku beranakkan aku, ni aku list kan mana tempat best nak makan.

    1) White House Kopitiam
    Tak complete rasanya kalu tak datang sini. Jangan memain uols, kelas tau kopitiam ni:

    Pioneer kopitiam -cam duk zaman 70'an gitu ah..

    Sila order combinasi 3 bendalah ni - roti bakar cicah kaya & butter. Siap bakar atas arang lagi tu hah, ni lah hagaknya penambah rasa sodap

    Kopi O Beng -Kopi lovers u won't regret try this..aku yg tak minum kopi pon bole la layan seteguk dua. Pas tu add on half boil egg, terbaek uols..


    Lain2 ada gak serve kat sini cam nasi tumpang, nasi lemak, tak pandang la yg lain tu..fokus yg ni dah cukup. Breakfast or supper sangat sesuai ke sini.

    Musim raya full house padat sampai kena halau lah kalu takat duk sembang lelama & air/makan dah licin..(ada korang kena halau kt tmt lain? kihkhikhh). Raya eve baru ni weols pegi kul 1am and tu pon kena tunggu. 

    Nak bagitau awal2, kena up kan level sabar kt sini, kalu lama nunggu & di bolayan tu, bawak2 la sabar. Motto sini - u want u wait!. Hahaaa. Pepandai la bodek akak2 otai pelayan tu.
    Grandpa specky kat kaunter tu lah tokei nya. Keja nya duk kira duit je lah, tak kira orang ramai ke orang nak tunggu meja ke, dia relek je kat kaunter tu. Again..motto nya - u want u wait ..LoL..Tak de sapa boleh take over hal2 kira duit tu. Kalau dia sakit or ada hal, kedai tutup you...Wife & anak pempuan dia jaga tempat roti..QC by them hagaknya.

    Address : 1329L Jalan Sultanah Zainab, Kota Bharu (Landmark :Padang bas, Masjid Muhammadi & Muzium Islam)
    Seawal 8am dah bukak, tengahari ada break & petang bukak balik sampai malam

    2) Yati Ayam Percik
    Original ayam percik kat KB tak leh celen ngan branch lain -yelah mana leh lawan 'cikgu' ori tak gitu??
    Speciality nasi kerabu & nasi dagang..nak kena overdose nasi ,sini lah tempatnya. Ada gak gulai kawah & pening uols tengok macam2 kuih kat depan kedai ni.

    Address : 847, Jalan Long Yunus, Kota Bharu

    to be continue......

    SeVen Hot Ladies Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign