BFF RAMBLINGS: D.I.Y Plet Nombor Keta

25 Aug 2013

D.I.Y Plet Nombor Keta

Apa nombor uols pilih kalu nak buh kat plet keta? Selalu gak org buh birth date -kadang tu dah boleh agak DOB empunya keta skali tengok plet no tak gitu? Tarikh keramat cam anniversary date pon pilihan hati gak. Aku pon suka nombor cun kalu bleh semua keta serumah pakai no sama. Trademark la kekdahnya.

Before this main pass kat runner setelkan part plet nombor,tau2 dah boleh collect keta je, lagipon maleh nak sesakkan diri kt JPJ. Ntah angin apa aku ter rajin nak gi setelkan sendiri. Tak la leceh mana nak buat pun, sonang baitu...boleh lah jimat ongkos bayar kat runner.

Aaaaa amcam process nya? Aaahhh camni caranya :

Documents needed :



  • Bawak 1 photocopy IC
  • 1 envelop A4, 1 envelop biasa & stamp RM1
  • Amik 'Borang Tempahan No Pendaftaran Kenderaan Secara Tawaran) camni :

  • Boleh minta kat kaunter customer service cakap nak borang tender nombor (kaler biru ini borang)
    • Check nombor siri apa yang open for public, ada mention kat kaunter borang & kalu kat JPJ Setapak uols bole check kat notice board kat tepi bangunan.
    *2 nombor siri untuk tender dibuka pada satu masa ,perati kan bila tarikh buka & tarikh tutup 
    • Then riki2 lah kat notice board brapa harga nombor yg uols nak tender based on previous tender result. Ni contoh list nombor yg dah lulus sekali dengan harga tender.
    Selain dari single & double digit, nombor kawin pon famous & hot demand - "7887, 6776, 9669".
    • Dah abis decide nak bid nombor then isi lah form tadi.


    Contoh : 
    1. No pendaftaran :WYU 7887
    2. Harga Tempahan :RM2,000
    3. Deposit :RM1,000 (50% dari harga tempahan)

    Cash tak terima untuk deposit. Buatkan bank draft/wang pos atas nama Ketua Pengarah JPJ. Boleh buat siap2 sebelum datang JPJ. Kaunter POS ada jugak kat sana, lagi senang kat wang pos dah ada nama penerima.
    • Next...nak kena bayar resit perkhidmatan RM10. Kalu ramai orang que,kena tunggu la. 
    Pas bayar resit perkhidmatan, uols akan dapat a copy of this dan WAJIB simpan!!

    Note : Kat form no 9, fill in details no serial & amount setiap keping wang pos/bank draft yg ada. (K23........RM100)...Kalu ada 4 keping wang pos/bank draft,4 serial nombor & amount lah uols isi okay..

    No 10 kat form - Isi kan no resit perkhidmatan----) AP140801

    Now dah boleh submit semua documents. Check balik semua nya complete utk masukkan ke envelop A4 yg uols bawak tadi:

    • Photocopy IC
    • Blue form -Borang Tempahan No Pendaftaran Kenderaan Secara Tawaran
    • Wang Pos/Bank Draft
    • Envelop kosong yang ditulis nama & address uols. Kalu kata no tender tak berjaya, wang pos untuk deposit akan return balik. Boleh claim duit deposit balik guna slip yg simpan tadi.
    Drop kan documents kat kotak besar ni & make sure betol no siri nya..reminder : ada 2 no siri at 1 time. Silap drop kalu....fail lah nak tender ni.

    Bila result dah keluar ,datang check tengok status kat notice board. Dah boleh proceed dgn offer letter & registration kalu dah berjaya. Tang ni dah boleh pass baton mintak car dealer yg buatkan.

    p/s: Lunch hour 1-2pm office tutup. Sila adjas time uols orait??

    3 comments:

    1. Lagi best kalo boleh dapat no yg ada personal meaning or no yg boleh baca e.g: 8055 (BOSS), 4212 (AZIZ - pak saya), 816 (BIG - amende lah yg besar), 6047(GOAT - tokey kambing), 6161(GIGI - dr gigi), 8481(BABI - tokey babi), 8483 (BABE - driver minah cun)

      ReplyDelete
    2. muahahhaha..gelak guling aku!! penah nampak TAH1?

      btw..nama ko pon bleh pe..dedulu aku suka ni ....Y477

      ReplyDelete
    3. Penah Yatt! TAH1...muahahaha...must be tokey Indah Water... no 1 mahaiii wooooo!
      Ko kena tender WYY477 la...tak lama lagi kot..

      ReplyDelete

    SeVen Hot Ladies Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign