BFF RAMBLINGS: Siapa Dia.Ahmad Ammar

5 Mar 2014

Siapa Dia.Ahmad Ammar

November 2013 nama 'Ammar' disebut2 kat FB, coverage dalam paper & magazine. Seriously tak amek kisah utk tahu cerita psl dia. Just tahu dia student yg meninggal di Turkey -mati syahid & kuburnya di tempat orang alim. Dalam hati tertanya apa special nya dia sampai disebut2 sampai sekarang.

Last week ternampak buku 'Cerita Cinta Ahmad Ammar'  di Book Fair Popular @ Ikano.
royalti buku ni akan dibagi pd GPTD utk misi GPTD seterusnya  

Terdetik hati nak beli buku ni & nak 'kenal' sapa insan special ni. Tak rugi beli buku ni, yess..an eye opener, sebak & meremang bulu roma baca feedback dari family & kawan2 rapat dia.

Ammar sesatunya anak tunggal lelaki pada Tn Hj Ahmad Azam & Pn Nur Azlina. Parents Ammar aktif dalam misi2 kemanusian & dakwah Islam. Bapanya ex President Abim & founder GPTD (Grup Penjejak Tamadun Dunia) - Objektif GPTD utk berdakwah ke serata dunia. Diorang ada terlibat utk bagi bantuan ke Kemboja, Indonesia & jaga masyarakat pelarian Rohingya. (Indirectly Ammar involve & berminat utk sama2 join dalam misi2 mcm ni) 

Teruja dgn target parents Ammar yg awal2 lagi dah set long term target utk persiapkan Ammar utk ke jalan dakwah bila abis study. Caranya dgn hantar Ammar ke Turki utk study bidang Sejarah Uthmaniyyah. Walaupon Ammar 2nd best student SPM science stream di RMC, parents insist further study dalam Sejarah utk kaji kegemilangan Kerajaan Uthmaniyyah yg Barat nak caras utk lupuskan dari ingatan umat Islam. Ammar -anak yg tersgt baik (bak kata ibunya) ikutkan saja ,tak bantah.
Di Turki Ammar belajar mcm biasa time siang kat University or Marmara, Istanbul. Malam pulak sambung study Risalah An-Nur di Madrasah Hayrat. Risalah An-Nur ni koleksi kitab yg ditulis oleh imam besar -Imam Bediuzzaman Said Nursi & berkonsep dari Al Quran utk dijadi panduan hidup. An-Nur tekan kan akidah Islam & sebagai semangat utk umat Islam Turki pertahan Islam mcm mana sekali pun. Masa kitab ni ditulis kebanyakan iman rakyat hancur bila Mustafa Kamal Attartuk incharge Turki. 

Guru2 Ammar di Madrasah kagum bila Ammar dah khatam & faham Risalah an Nur dalam masa 8 bulan sahaja (selalunya org ambil masa lebih dari tu sebab ditulis dalam bahasa jawi Uthmaniyyah yg beza sekali dgn jawi biasa). Ammar 'pass' ujian bila guru test tahap fahaman An Nur, dgn itu dia layak utk mengajar pd pelajar lain. Ammar jugak dah berazam utk habiskan ilmu yg dia ada & boleh share/dakwah pd org lain juga. Dia juga punya target utk mati syahid. 
1st day nak pegi mengajar tu lah Ammar dijemput Ilahi..dilanggar ambulan masa nak lintas jalan..internal organ parah tapi kuasa Allah di luaran tak de kesan darah di badan, hanya calar2 saja. Spek, baju semua dalam keadaan baik & ada titik2 peluh kat dahi & mata..Subhanallah..apa rahsia si sebalik tu ya..

Kenapa Ammar 'dijulang' sebegitu..masa dia ada, kita pon tak ada kewujudan dia..tapi bila dia pergi, martabat diangkat & jadi idola masyarakat. Dia insan terpilih dari Allah selain dari punya peribadi yg baik. Feedback dari parents & kawan2 rapat yg dia sgt pendiam-ckp bila perlu, anak yg patuh, low profile -buat kebajikan tanpa org tahu & tak reti nak merungut -redha  & bersyukur dgn apa yg ada. 

Sayu tgk video ni..Jenazah dikhutbah oleh pendakwah terkenal Turki & berebut2 org nak usung keranda. Ramai yg ada peluang solat jenazah & iring ke kubur Eyub Sultan setempat dgn sahabat2 Nabi Muhammad -Abu Ayub Ansari & 60 orang lagi. Jalan mudah utk Ammar bila Datuk Bandar bagi kebenaran utk 1st Malaysian utk di makam di situ.
Rasa jauhnyaa diri ni nak banding dgn dia..Nak involve diri dlm activity yg disebut pun tak penah terlintas. Tapi nak contohi peribadi dia itu ,mcm mana relationship dia dgn Allah, parents, family & kawan2. 

Al Fatihah....Ahmad Ammar....

No comments:

Post a Comment

SeVen Hot Ladies Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign