BFF RAMBLINGS: April 2015

7 Apr 2015

Panggilan Baitullah

Orang kata kalau dah dapat jemputan VVIP dari Dia tu memang semua urusan dipermudahkan.  True enough, senang sangat!  Perasaannya cam nak jumpa pembesar dunia gitu...saspen n excited all in one. Baju baru, tudung baru, telekung baru tu sudah pasti.

Persediaan ilmu & mental
Few months before we even secure an umrah package, kami belajar la gak sket2 from bahan2 bacaan yang berlambak ada dalam pasaran / internet...tentang umrah, 13 pantang larang dalam ihram, what need to be done from the day kita nak bertolak sampai lah selesai semuanya.  Bila ada ilmu semua jadi senang maaa. We also attended crash course umrah by Ustaz Misbah, our neigbourhood ustaz / imam. He gave us an invaluable lesson iaitu - REDHOO (walau apa pun yang berlaku).  So, persediaan mental di situ.

Image result for hijjaz bacaan umroh haji

CD Hijjaz ni helps la..senang nak hafal niat dan bacaan2 semasa tawaf tu sebab dia dah dilagukan. Budak2 pun boleh hapal.  Kalau tak leh masyuk juga, baca je lah apa2 surah lazim or zikir semasa tawaf tu.  Boleh gak baca ikut buku panduan umrah tu tapi tak dapat la menikmati perjalanan tawaf / saei kita...also dalam bersesak2 tawaf tu ada susah gak la nak baca buku tu. Nevertheless, tak baca apa2 pun sah tawaf..hehe..

Ustaz Misbah suggest baca je wirid selepas solat camni - one for each pusingan.


Ya Allah, jauhi kami dari api neraka




Sampai je ke Rukun Yamani, istilam, kemudian bacalah pulak "rabbana aatina fiddunya hasanah, wafil akhirati hasanah, waqina azabannar, waadhilna jannata maal abrar, ya azeez, ya ghaffar, ya rabbal alamin" (ada dalam CD Hijjaz).

Jangan lupa gak belajar (kalau belum tau) cara2 solat jamak / qasar, solat sunat tahiyatulmasjid, tahajud, taubat, hajat & solat jenazah (tiap waktu ada solat jenazah weii).

Pakej umrah
This time kami pergi ngan CS Holiday. Just the 6 of us.  Kak Nor Ihsan, boss CS Holiday is my mil's best friend, tailor made this package for us.  Korang boleh survey pakej2 umrah idaman korang.  Harga bergantung kepada kapalterbang apa korang nak naik,  lokasi hotel, full board or not n bilik sharing berdua/bertiga/berempat. To me location of the hotel is no. 1 priority.  Flight better ambil Saudi Air (mahal sket), so boleh straight ke Madinah, balik via Jeddah. Food tak penting sangat sebab berlambak food around Masjidil Haram / Masjid Nabawi.  Pakej selesa starts from RM7k, usually triple sharing, 4 star hotel.  Pakej super selesa cam Hilton Mekah + Movenpick Madinah, 2 orang sebilik, breakfast only costs RM12k p.p. (Mar 2015).  Semua urusan visa akan diuruskan oleh travel agent.  Kita cuma perlu submit gambar n copy surat nikah yang disahkan di pejabat agama saja.  Pastu sila lah ambil injection meningitis kat clinic.  Kadang imigresen sana random check. Saya amik jugak flu & pneumococcal vaccine (set haji).  Personally I think the flu one helps coz non of us got sick despite the weather / dust from construction.

Barang yang perlu dibawa:
Specifically untuk pompuan la eh...orang lelaki ringkas je slalunya,,pakai underwear pun boleh pakai 4 kali - biasa, terbalik, depan, belakang...muahahaha..

1.Telekung top - 2 
Boleh cuci lepas pakai.  Cari material ringan / senang kering cam Siti Khadijah punya. 

2. Jubah - 2
Sampai sana boleh shopping jubah lorrr...beli kat Madinah selai, kat Mekah selai, kat Jeddah (Belakang Corniche Complex, beli 10 helai)

3. Socks - 3
Ni pun sokmo kena cuci. Sebab pakai all the time kan.

4. Kasut untuk Tawaf / Saei
Any kasut yang selesa dedicated untuk jalan dalam masjid. Jalan 5km berkaki ayam sangat menyakitkan kaki ok..even kasut tawaf yang tapak lembut tu not helping.  I would bring in crocs next time. BTW ada sorang minah arab ni pakai stilletto bertawaf ngan dukung baby - AMAZED!

5. Sleeveless t-shirt & pants - 2
Untuk dipakai dalam jubah.  Tak perlu pun yang berzip.  Lepas tawaf berpeluh2 tu basuh ler..kompem lencun. Boleh wat baju tido jugak ni.

6. Hand socks - 2
Wajib pakai esp kalau tak mo pakai telekung time solat

7. Tudung - 2
Yang muslimah & boleh tutup dagu i,e. solat ready. Tak perlu terkial2 bawak telekung ke sana ke mari.

8. Wudhu spray 
Sebab toilet n tempat wudhu diluar masjid.  Kat tempat saie boleh amik wudhu ngan air zam zam. Belajar la pakai wudhu spray. Ngantuk2 pun berguna.

9. Sejadah
Sebab selalu tak dapat masuk masjid.  And kat airport karpet surau cam tak vacuum setahun!

10. Tali jemuran, hanger, sepit baju, sabun basuh baju

11. Frangrance free facial wash & lotion spf30 & lip balm & deodorant (brand Simple, El-Hajj - bole pakai dalam ihram),  heel balm

12. Segala jenis ubat2 
Panadol, antihistamin, cough syrup, Counterpain, ubat cirit birit.

13. Sling bag utk pakai semasa tawaf 
Untuk isi botol air, buku umrah, sejadah, beg selipar, spray wudhu, gunting tahallul, duit sedekah.

14. Beg dalam beg sebab konfirm beg beranak punya nanti.

15. Wet tissue, alas mangkuk tandas, sanitizer, bantal leher untuk tidur dalam plane.

16. Face mask & sun glasses (silau weiii time tawaf tengah hari)

17. Underwear jangan lupa!

18. Duit Saudi Riyal.  Best rate kat moneychanger Mid Valley Mega Mall.  Bawak gak duit RM, acceptable kat sana.  ATM Maybank etc pun boleh guna, tapi kasi call bank dulu to activate.


Flight / Airport
Kalau naik MAS memang direct flight tapi turunnya di Jeddah lah.  Imigresen check out di terminal haji.  Pastu naik bas ke Madinah.  Boleh juga naik local flight ke Madinah costing USD63 pp per way. Orang kata kalau naik Saudi Air, check out imigresen kat international terminal, which is better la. Sebab terminal haji ni keadaanya cam run down sket.  Toilet pun yucky.  Kalau Saudi Air ada direct flight ke Madinah.  Cuma mahal sket la tambangnya.  Tapi nak upgrade ke Biz Class only + RM2k je kalau Saudi ni. Kalau MAS kena + RM4k.  Other flights yang ada turun ke Madinah is Etihad / Emirates.  Tapi semua ada transit.

Madinah vs Mekah dulu
Ni depends on pakej umrah korang.  Kalo gi Madinah dulu takyah pakai ihram atas kapalterbang. And boleh warm up dulu kat Madinah, get used to the prayer times, adapt to suasana orang ramai, berebut2 nak dapat spot di Raudah, adjust body clock..tapi kalo gi Mekah dulu, sampai2, rehat kejap dah kena terus buat umrah..boleh tahan penat juga lah.  Perjalanan dari Madinah ke Mekah (or the other way round) takes about 3-4 hours naik GMC (cam Pajero tu). Dorang bawak keta laju woo..kalau naik bas mau 5 jam juga lah.

Image result for gmc

Hotel
Hotel kalau di Madinah takde issue sangat..banyak hotel keliling Masjid Nabawi tu. Boleh google tengok location. Hotel yang bebetul kat jalan keliling masjid antaranya: Dallah Taibah, Movenpick, Arac Suites, banyak lah..kalau one street behind pun tak jauh e.g. Hilton, Gloria, sebab jalannya kecik je.

Kalau kat Mekah memang kena pilih hotel bebetul.  Sebabnya memang kena pakai tenaga waktu tawaf / saei tu, so kalau hotel jauh memang tak lalu nak jalan dah.  Best hotels I think would be Hilton Towers, Intercontinental Dar Al Taqwa, Hilton Suites, Al-Safwa and all hotels located in Abraj Al Bayt Towers (e.g. Pullman Zam Zam, Swissotel, Movenpick Hajar Tower, Fairmont Hotel, Elaf Kinda, Rayhaan Hotel...all 5 stars here).  A bit further would be Le Meridien and few others yang saya tak berapa ingat namanya.  The Masjidil Haram expansion project ongoing now made it worse, banyak main entrance tutup.  Baru ni cuma pintu Malik Fahad (dekat Hilton/Intercontinental), je yang buka. Pintu Malik Abdul Aziz tak nampak mana pun. Tapi along that wing banyak la pintu2 kecil..some with ramps for wheelchair (org arab panggil wheelchair "arabiya")

Masjid Nabawi
Ada dedicated entrance utk men and women.  Jangan salah pintu ye...baca signages tu betul2. Nak ke Raudhah, untuk pompuan pakai pintu no 25, pintu hujunggggg skali kalau dari penjuru hotel Movenpick. Orang lelaki masuk Raudhah pakai pintu Babusalam, terus sampai bawah Green Dome, where makam Rasulullah SAW is located.  Untung betul jadik orang lelaki.  Setiap waktu boleh masuk Raudhah.  Orang pompuan ada time table, after Subuh, after Zohor & after Isyak.  Dah la pulak tu, kena queue ikut negara. Indonesia & Malaysia would be the last to enter. 2 jam jugaklah masa menunggu. Pastu cam ayam lepas reban..berebut2 nak dapat spot atas karpet hijau Raudhah tu. Area Raudhah tu cenonet je.  Kalau dah dapat spot cepat2 solat hajat, doa masa sujud lama2.  If not sure kena halau.  Itu la dia, peluang nak jejak ke taman syurgu yang disebutkan oleh Rasulullah.  Moga2 kita semua dapat jejak ke taman syurga yang abadi nanti yerr...BTW makam Rasulullah dah takde access for pompuan dah :( Kirim salam dari jauh je. Also sila sorok handphone sebab nanti guard check beg / raba badan...phones not allowed.

Image result for masjid nabawi
Credit pix: Syaza Travel

Masjidil Haram
Expansion project is now ongoing.  Ruang solat selevel Kaabah tu dah jadi kecik.  Banyak section di tutup. Tawaf level Kaabah (Mataf Piazza) would take maybe about 10-20 minutes dalam keadaan bumper to bumper.Tawaf di mataf level 2 (Temporary Lower Ring) & level 3 (Upper Temporary Ring) untuk wheelchair & non-wheelchair would take about 40 minutes.  Tapi tak bersesak2 lah. Ample space. Take note kalau right before & after waktu solat memang ramai le orang tawaf.  So kalau nak lega sket pergi dalam jam 9 am, 2 pm, 5 pm, 10 pm.  Antara 11pm-2am ramai sebab jemaah dari Madinah usually sampai.  Lepas pukul 3 am ramai sebab orang solat tahajud etc sementara tunggu subuh.  Kota Mekah never sleep!

Pix credit: Skyscrapercity.com - gambar mataf 1, 2 & 3.

Mobile prepaid sim card
Korang tau kan kalau pakai roaming memang bill tepon mau cecah ribuan gak la..so kita pakai local sim card je.  Kalau di Madinah ramai orang jual sim card di kaki lima hotel / shopping complex keliling masjid. Of coz dorang ambil komisen lebih la. Opt for Mobily, Zain or Sawa telco provider. Sebabnya yang brand2 ni yang senang nak reload nanti kat Bin Dawood (supermarket ala2 Mydin). Kalu di Mekah, terus je beli sim card kat Mobily / Zain centre located bawah Intercontinental. SAR30 with value SAR25.  Cukup dulu for a start. I don't do much IDD calls, so tak pakai banyak pun. Cakap ngan budak2 pakai Oovoo / Skype / Face Time je..n internet selalunya FOC kat hotel. Kat airport pun ada free wi-fi.

Food
Jangan risau pasal makan bila berada di negara Islam.  Food is in abundance! Cuma kepelbagaian je la kurang. Cili sos pun takde...bawak la Lingam. Semua stall jual benda yang sama i.e nasi Arab, roast chicken, kambing, ikan goreng bodoh, macaroni goreng kurang rasa, shawarwa, kebab, roti pita cicah hummus, pizza. Jangan lupa makan "Foul Medame" i,e kacang pool..cicah roti..sodapp!

Kat Madinah kitorang makan kat restaurant owned by Movenpick, located tepi pintu lif Movenpick tu.  Dia punya briyani + chicken masala sedap.. SAR40 boleh share 2 orang.  Pizza situ pun sodap! Food portion dorang sume besar.  So jangan tamak. Orang kata banyak gak food court, tapi saya tak sempat explore.  But that's the choice & average price of food di sana.

Image result for heraa restaurant jeddahKat Mekah pun sama gak selection nya. Harga pun dalam SAR30-40 for a pack of rice + chicken. Boleh share 2-3 person.  My favourite outlet would be Heraa Restaurant (logo gambar gua Hiraq). Located di food court atas KFC dekat hotel Hilton Towers. Nasi2 arabnya n roast chicken sangat tasty.  Nak2 plak ada kuah cili & tabouleh salad. And mousakka. Yummeh okkk..



Bila dah boring2 makan food arab, pergi lah pula kat Felda D'Saji kat Safwa Tower food court. Ada all kinds of Malay food and teh tarik.  Sedap woo..bukak pukul 5 am for breakfast..roti canai, nasi lemak sume ada. Kalau kat Zam Zam Tower food court plak ada Sbarro Italian food.  Dia punya chicken pesto pasta is sooo sedap.  Pizza pun boleh tahan. Jangan lupa gak makan aiskrim arab 3 riyal n mango juice 8 riyal manis potong kaki.

Image result for mango juice mekah
Credit pix: wanitaislamkini.blogspot
Image result for aiskrim arab 3 riyal
Credit pix from google



What to buy
1.  Kurma
Beli kurma Ajwa di Madinah. Gred A punya di Madinah SAR80, di Mekah SAR150.  Kalau dapat kurma fresh yang sejuk tu makan lah puas2..sedap sangat.

2.  Al-Quran
Al-Quran yang digunakan di Masjid Nabawi & Al-Haram are standard quran, printed in Madinah. Untuk waqaf pun dorang terima only this version. SAR50 satu.  Buy this as souvenirs for your kids.

3.  Abaya
Kalau di Madinah atas Movenpick tu berlambak butik..boleh tahan mahal gak la..from SAR200-SAR2000.  Cantik belaka.

Kalau di Mekah boleh beli atas Hilton & Safwa Towers for mid-range abayas.  Higher range di Zam Zam Tower. Sila bargain. Cakap BM je, They can generally speak Indonesian Malay.

Tapi paling best di Jeddah lah. Blakang Corniche Shopping Complex (ala2 Pertama Complex) ada bazar jual abaya saja..macam2 pesen. cantik2 semuanya.  Average SAR100 tu dah cantik lah tu).

4. Minyak Attar
Sedap2 weh bau2 nya...no alcohol.  Boleh la bagi souvenir..

Cuci baju
Laundry is available di Level B2 Safwa Tower. Hantar hari ni siap esok. Abt SAR15 per item.

Tu je kot so far..kalau teringat nanti update lagi.

Wassalam...














SeVen Hot Ladies Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign