BFF RAMBLINGS: January 2015

29 Jan 2015

ROA by Jovian Mandagie

Sampai hajat gak jejak kaki ke restoren famous designer Jovian Mandagie ni : ROA. Yg wat teringin benar nak pegi pasal duk baca review food Indon yg pedas2 gitu. Kena la ngan selera tekak ni kan.

First outlet bukak last October kat seksyen 7 Shah Alam. Duk nung kat Shah Alam, alamatnya lambat la nak merasa. Hujung tahun 2014 ROA dah ada second outlet kat Bangsar. I likee ler area Bangsar ,dalam jajahan waze nak menapak.


 Bangsar outlet - sederet row Mc Donald.
Outlet Shah Alam lagi besar/luas kalu compare Bangsar.

Menarik mata & hati deco & ambience sini. Yelah dah kata tempat designer + event manager kan..harus deco meletop!
 Masa pegi tadak pon bunga2 atas meja. Tak sempat buh ke? Lol!
Konsep makanan ROA dari Manado (Sulawesi). Jovian asal sana la hagaknya ek? Sapa nak belajar bahasa Manado, buleh refer vocab kat board ni:
Ala2 style restoren Sari Ratu. Makanan dah siap2 masak & letak kat tempat display. Bila order amek terus dari sini
Buku Menu  
Belek punya belek menu..menapak jenguk camne food kat display rack, last2 ni je order nya..Ayam + Sapi Rica. Sambal pedas mengancam memanggil2 gitu. Review kata teh tarik sedap...Saja try nak tau buleh celen mamak punya tak
Nak tau apa jadik? Unexpected pedas berapi tak tipu weh! Kalah naga kuar api kat telinga. Makan ayam penyet pon tak camnih. Uwaa...nak nanges melolong sedut air..Salah combo kah? Dua2 amek rica..patut kasi mix la eh..1 lagi lauk tak pedas.
Teh tarik pass! cukup rasa sama standard kedai mamak.

Antara menu lain ada kt Roa :
Salah satu signature dish -Sambal Ikan

Ikan Bakar
Kalu begedil daging..kompem makan! Tak minat jagung
Makerel
Sayur-hehe tolak tepi sesiap
 Sotong rebus

Tak banyak choice yg bole diterima tekak..except rica yg pedas melolong tu la. Bos awal2 cakap tanak pegi dah. I dun mind pegi lagi..asalkan ada geng ramai sket. Plus suka dgn ambience sana. Banyak jenis kek utk dessert, outsource org luar yg hantar ke ROA. 

My point of view:
*Harga food sangat reasonable, dgn ambience yg santek itu
*Problem parking,nak park depan2 ROA agak tipis le chance tu. Sesusah sgt..park le kat Bangsar Village
*Waiter Bangla/Nepal yg tak bapa paham request customer. Bila mintak opinion apa sedap..semua sedap. Pantang tok nek betol dpt jwpn camnih. Patut kena training kaw2 lagik diorang ni

p/s: Gambar2 cun dari Insta Roa. Tak snap sendiri..termalu lak sebok2 amek gambo


Chiow..... Signing Off

8 Jan 2015

Eksperimen Cinta -Anjell

Zeel Production dah umum novel Eksperimen Cinta utk drama romantik komedi slot Dahlia Dahlia TV3 hari Sabtu & Ahad. Shooting bakal bermula bulan ni, bajet tgh tahun la baru on air.

Tengku Aaron Shah berdendam dengan adik kembarnya Tengku Andrean Shah yg dah kawin senyap2 dgn girlfriend dia - Seri Husna. Seri yg tak tahan peel playboy Aaron melayan ramai perempuan. Bagi Aaron kalau beribu perempuan yg dia dekat, masih lagi setia pd yg satu.
Fahrin Ahmad @ Tengku Aaron Shah/Tengku Andrean Shah
Jutawan muda ambil alih syarikat keluarga
Playboy tapi pegang istilah 'buaya setia'

Sejak insiden tu, Aaron putus sedara sama Andrean & tak percaya pada cinta. Sampai lah terjumpa Damia Farisha yg datang jumpa Aaron selaku CEO Triumph Air utk mintak sponsorship dari company dia kerja. Kebetulan pulak ternampak Andrean & Seri dpn mata, sakit hati mencanak2 & ugut Damia utk kawin. Sambil2 nak buat eksperimen persepsi pada 'cinta', Aaron nak buktikan dia dah bole lupakan Seri & mampu happy. 
Izreen Azminda @ Damia Farisha
Jual mahal, tak senang lelaki nak tackle
Gaya sempoi

Damia dilemma dgn ugutan Aaron, nak terima - tak boleh tahan dgn perangai 'makhluk asing' mamat tu. Dgn rambut berkarat, bertindik, pakai rantai dah sah2 bukan ciri2 suami yg dia nak. Kalau reject tanak kawin, sponsorship worth of 300M ditarik balik rasa bersalah mendatangkan masalah kat pengurusan ofis.

Kawin akhirnya Aaron & Damia..Aaron kuat membuli, baran naik angin cepat. Damia menten cool, sabar & layan saja peel si laki dia. 

Damia terjumpa Seri yg tgh sarat mengandung dan start berbaik2 dgn pasangan adik ipar/biras nya. Dapat tau cerita napa Aaron bermusuh dgn diorg. Andrean & Seri kawin senyap2 masa tgh study di UK sebab dah terlanjur. Aaron mengamuk sakan bila dapat tahu & nekad tanak maafkan dua2 org ni. Dah byk kali diorg try nak berbaik & minta maaf, tak dilayan sama skali oleh Aaron.

Satu hari Andrean & Seri beranikan diri jejak kaki ke rumah Aaron nak minta maaf sebelom Seri bersalin. Tetap tak berjaya, Aaron halau keluar. On the way balik Andrean & Seri accident teruk. Selamat keluarkan baby tapi Seri critical. Aaron lembut hati & maafkan Seri, semua redha utk Seri pergi dgn tenang.

Dalam aura nak berdamai Aaron & Damia ada pulak silap paham yg jadik. Aaron ingatkan Damia curang bila ternampak Damia dgn Khaliq (officemate yg sukakan Damia). Padahal tak sengaja terjumpa masa Damia belikan present birthday Aaron. Sampai rumah nak suprisekan birthday present dkt bilik Aaron. Ternampak gambar2 Seri dalam laptop. Sangkakan Aaron tak leh lupakan Seri, patah hati bawa diri drive sesorang balik rumah nenek kat Kelantan.

Aaron tak betah bila Damia 'hilang'. Terus balik ke Kelantan bila tau Damia kat sana. Sessi pujuk mujuk berjaya, sambung cuti di kampung, teman Aaron ke Langkawi on business trip. Aaron pun dah berdamai dgn Andrean, dah bole lupa kisah2 lama. 

Muncul pulak Salmi yg dah lama tergilakan Aaron kata mengandung kan anak Aaron & mintak bertanggungjawab. Ayah Aaron paksa kawin tanak jatuhkan reputasi company. Damia awalnya was2..tapi dah pakat dgn bestfriend Aaron utk siasat hal betol. Pecah tembelang Salmi bila 'bapak' baby tu ngaku tu anak dia & Aaron tak salah. 

Damia break the news yg dia pregnant bila semua dah tenang. Bukan Damia yg alah tapi dah terbalik kena alah teruk kat Aaron. Sekian kisah theyols dgn lahirnya twins Tg Amanda & Tg Rayyan.

Fans Fahrin + Izreen mesti tak sabar nak tgk gandingan diorang hek? Baca gak komen2 tak setuju Fahrin bawak watak Aaron. Herm..seyes cakap payah gak nak lut imagine Fahrin jadik 'giler2' .Tak sesuais mana. Camne rupa ganas hensem ni kang. Sesama tunggu la apa hasil nya ye? Proof us wrong okei abang sado? mueh mueh...

Chiow...signing off 







SeVen Hot Ladies Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign