BFF RAMBLINGS: June 2013

28 Jun 2013

Kordel’s Active Oat 35

Tak tahu la pulak kalau nak reduce kolestrol level kena makan at least 3 mangkuk oats for 60 days, baru efektif rupanya. Hohhh...makan semangkuk pon paksa rela & mengah nak abiskan. Baru discover jugak latest product from Kordel - Active Oat 35 bagos untuk nyah kan kolestrol dalam body , just makan 2 sudu sehari (scope sudu mcm dalam tin susu baby)

info belakang tin Oats

Beta Glukan dalam Active Oats ni yang high quality & boleh serap kolestrol dengan elok lagi. Suggest minum 1 scope before breakfast & 1 scope before lunch.  Kekadang tak sempat, amek before dinner.

Mahal sket la reganya..Setin ni RM65 ada kat farmasi.

27 Jun 2013

Kuzi + Roti Jala

Kelantanese wajib kenal apakah 'kuzi', famous kat Kelantan untuk akikah atau hari raya posa. Kalu bukan ore kelate..blur2 bila sebut kuzi..biasalah tu.

Ni antara favourite dish ,pekena sama roti jala..ermph! Untuk akikah cicah kuzi kambing dengan roti bulat,time raya ada yang jamu ngan nasi minyak.

Aku pon baru menuntut ilmu, belum expert lagi..meh demo sket camno nak buweknya:

-1 ekor ayam (perap dengan bawang putih & halia)

goreng half cook
Untuk kuah:
-2 ulas bawang putih (tumbuk halus)
-2 sudu besar ghee QBB
-3/4 tin susu cair
-1 tin kecik tomoto puree
-1/4 botol tomato sos
-1 1/2 sudu besar rempah kuzi
(ni spesel from Kelantan- brand 'Kg Langgar'. blom commersial kat supermarket. Balik raya aku amek order sapa mau okeh)

-1 cawan bawang goreng (harus golden brown. kalu terhangit goreng, jangan le pakai..rasa ke laut jadiknya)

-kismis/badam

Cara2 segini:
-Tumis bawang putih dengan ghee QBB
-Masukkan rempah kuzi yang dicampur dengan air & kacau rata
-Masukkan bawang goreng yang dah di blend

kiri :rempah kuzi (campur air) kanan :bawang goreng yg dah blend

-Campurkan tomato sos & tomato puree (ikut tahap masam camne uols suka)
-Bila menggeledak, masukkan ayam
-Campurkan dengan susu cair
-Taruh gula + garam
-Last skali, bubuh kismis/badam (tak letak pon tak de hal)

Camni lah rupa kuzi ayam..belum tahap A1 lagi ni. kena banyak kali buat baru lagi daboom...

Roti Jala
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 biji telur
sikit pewarna kuning
garam

-Blend semua di atas
-Pakai tisu utk celup sikit minyak atas pan
-sedia untuk menjala dengan acuan ini

Ikut kreativity uols nak tebar camne heh..


Hasil nya..


Sedia untuk menjilat jari..........................

25 Jun 2013

Countdown Finale Cinta Jangan Pergi

Tik tok tik tok finale CJP weekend ni. Make sure duk congok depan tv on Sunday 30/6/13. Macam2 bole jadi ending ni. Lea back to Kalil kah? Amenda misteri si Hud ni? Shireen ko peknen anak sapa hah? Ntah2 semua nya tak jadi kawin!?
Ai pasrah uols ending nya camne..Ni cilok from fan page CJP kat FB

Khalil bermimpi tentantang kemalangan yang menimpanya,Dia ternampak lelaki yang memandu kereta yg di sewanya hari itu meninggalkannya di dalam kereta selepas kemalangan itu.

Kalil tak nak cakap siapa sebenarnya Hud depan Soraya sebab pertama Soraya takkan percaya cakap dia. Sebab kedua, Hud takkan mengaku. Ketiga, Kalil sedar sudah terlambat untuk dia memberitahu perkara tersebut dan tidak mungkin Soraya atau sesiapa saja akan percaya yang sebenarnya Hud yang merancang kemalangannya.

Khalil merasa lega apabila mengetahui yang Lea Soraya telah mengehtahui perkara sebenar tetapi tetap ingin meneruskan perkawinannya dengan Shireen.

Kalil terpaksa berkahwin dengan Shireen demi keselamatan Lea SOraya. Dia tahu Shireen akan buat sesuatu yang tidak diduga jika dia menolak.
Hanya JD dan EL boleh selamatkan Kalil daripada berkahwin dengan Shireen. Tak ada orang lain dah. Scene Shireen kelar tangan dia sendiri tak ada lagi kan. Dia dah bersumpah akan pastikan tak ada siapa yang boleh memiliki Kalil kalau dia tak dapat. Hud juga akan jadi mangsanya

Puan Lily menelefon Ibrahim bapa Kalil, dan memberitahunya tentang cerita Hud. Kalil merasa lega apabila mengetahui yang Lea Soraya mengetahui perkara sebenar tetapi dia tetap ingin meneruskan perkahwinannya dengan Shireen.

Meh layan promo finale ni & guess apa jadik

Layan.................





p/s: pesanan utk Kabir & Mira..continue your beautiful story line & maintain match kan Remy & Tiz gak..Chemistry yang sangat awesome!!

22 Jun 2013

Japanese Green Tea

Favourite green tea for now :

Sebijik rasa cam kat Japanese rest & paling best pasal tak rasa pahit. Prefer minum sejuk2 ...ermpp sedappp & rasa healty.

Before this tak la suka mana nk consume green tea ni. Tapi nak ANTIOXIDANT & WEIGHT LOSS punya pasal..ku gigih telan juga. Sambil minum terbayang2 lemak di bakar,  metabolism tinggi & awet muda hilang kedut kat muka gitu. Tu la faktor utama make sure green tea as a habit.

Lain2 benefits tu extra bonus for health  good for diabetes - regulate glucose level , reduce bad cholesterol & high blood pressure and ada lagi lupa dah.

Japanese green tea ni ada kat Village Groccer & Jaya RM19, tempat lain tak sure tapi musti ada kat kedai2 yang jual japanese food la rasanya.

21 Jun 2013

Yassin Hajat

Ajaran favourite cikgu - Dr Fatma, sapa yang berhajat bole baca surah Yassin 3x selama 3x Jumaat berturut2. Time baca - selepas Subuh hingga sebelum masuk Zohor. Baca dengan yakin & kusyuk, Insyallah mujarab & capai hajat.

Caranya :

1)Baca ayat 1 ni 3x atau 7x diulang. Abis baca - niatkan hajat (elok 1 hajat at 1 time)

2)Sambung baca sampai ayat 38 , ulang 14x
(Aku redha dengan Mu kalau semua ini tak menjadi)
 
3)Sambung baca sampai ayat 58, ulang 3x atau 7x (kena sama baca dengan ayat 1 -kalau ulang 3x, tak sini pon ulang 3x. Kalau ayat 1 tadi baca 7x, kat sini ulang yang sama 7x) 
(Allah Mana Salam, Allah tidak akan tinggalkan aku dalam susah. Allah akan bantu aku )
 
4)Sambung baca ayat 82 - ulang 12x
 
'(Kalau Allah katakan jadi - maka jadilah ia. Hajatku kalau dibanding dengan langit & bumi ini tersangat lah kecil nya)
 
Sambung dengan :
 
1) Fatihah
2) Selawat 1x
3) Baca hajat
4) Selawat
5) Fatihah
 
Ulang step atas sampai abis baca Yassin kali ke -3.
 
 
 
 

20 Jun 2013

Owh.Missed It Again!


Yang ditunggu dah tiba...MELIUM is on sale people!! Check out your favourite labels under Melium Group.

Tengah aim nak rembat wedges Cole Haan tapi malang nya..........tak de size!..aiseymeng. 30% discount tu!! ada additional 10% plak tu on selected credit card.

Moral of the story lenkali kena pegi bukak pintu kedai on the sale day naaa..Pegi on 3rd day sale pon dah elek size kaki orang kebanyakan ni.

Cun tak uols yang aku usha ni?

Open Toe Wedges


 
 
Sempoi la design nya -love the colours option.
or
 
Air Tali Wedges

 

 

 



 

Yang ni sweet sket ada riben gitu hah..
 
Yang best about Cole Haan selain dari rasa tak la melonjong tinggi, sangat comfy coz tapak kasut pakai Nike Air cushion feature. Ahhaa.. long distance jalan pon tak de hal lah
cap mohor Nike
 
Tak de rejeki this time nak rembat ini kali. Lenkali lah akan ku pasti tunggu di muka pintu kedai. Jimat duitt kalu ni tak membeli.(Huh nak sodap hati le tuhh)
 


16 Jun 2013

Dream Neighbourhood - W.I.S.T.E.R.I.A L.A.N.E

Kiss them Goodbye..sob...sob...


Finally, DHW dah tamat. Tak yah cari dvd kat kedai ah soh dah. Sebagai peminat yang tegar, tak pernah miss any of DHW's siries mesti miss nak marathon perabis cita ni. Ending nya semua pindah keluar Wisteria Lane, tak jadi nak growing old together.

Susan Delfino -1st to move out from the lane after Mike's death. Banyak banyak memories ngan Mike kat rumah tu.#uwaaaaa
last moment before Mike was shot
 
My favourite couple - Lynette & Tom Scavo is back together. Yabedabeduuu! Lynette was offered to be the CEO & moved to New York. Her dream came true to be success in her carrer. #likelike
Gabby & Carlos Solis moved to California. Carlos developed a personal shopping website for Gaby & siap ada show sendiri kat home shopping network. Cam biasa gado bertekak laki bini ni ..still end up happy together.
Bree kawin dengan lawyer dia & last2 jadik politician & masuk tanding untuk Kentucky state.
Penangan DHW ni lah bikin teringin nak duk sama korang cam Wisteria Lane ni. Sonang baitu nak sembang2, pinjam barang time emergency ke, jogging 40km sejam ke kan..Meh berangan...



















Ni map nya and aku chop kan umah2 utk uols sekali la yer..
Lynette's ni sesuais utk Deena ngan greenish nya. Keliling rumah ada pokok2 - pak ko pon suka banyak space nak bercucuk tanam ni.
Aku chop umah Susan, masih kekalkan ciri2 kejiranan dengan Deena. Umah sebelah je. Ntah napa suka umah ni kalu tak tak kan profile pix FB aku bertahun2 tak tukar gambar umah ni. Ahaks!



Bob & Lee's -buh Surie duk sini..sebelah ngan aku. Hik..senang nak ketuk pintu minta nasi lemak panas2 pagi2. Pastu bila En Din nak gi shooting filem,nak ikut sama & jupa jejaka idaman malaya and senang nak tau update cita2 hangat di set.


Gaby match sama Ms Shopa Linda..Shop till you drop & end up ada personal brand gitu.


Our masterchef Dewi kat rumah Bree..cantik.... opposite street je. agak2 bau sedap dari dapur bleh la terjah & mengopi sekali!


Used to be Mike's house & last skali Ben- fiancee Reene duk sini. Orang2 kat rumah ni agak low profile & wat hal sendirik..Sapa lagi yang ada ciri2 ni kalu tak bukan Rin!..kejap ada kejap tak de



Edie/Renee's - duk jauh dekat hujung jalan ni cam Zuria yang jauh duk Bangi, susah nk ketemu itu.. 

Haish..seronok nya berangan!..you ols.................................
-
-
-
-
-
-
-
-
Jom PINDAH!

13 Jun 2013

Behind the Scene

Our BFF's version of Kabir Bhatia & Mira Mustafa ialah tak lain tak bukan...En Din & Surie. Loving husband & wife from Tajrinaplays & orang penting di sebalik tabir video shooting. 

Latest project tokey Feminin Sens nak bikin video untuk promosi koleksi tudung. Jadik kekawan yang sporting ni setuju la nak  pelakon extra. Dah set Sabtu noon kumpul di rumah Linda, semua turn up on time, Rin yang selalu juara lambat cam biasa masih kekal juara..tapi leh dimaafkan lagik, tak over lambat. Hihi..Still tak cukup korum, we missed Teacher Nur on the set. Next time la heh..

Acaranya adalah posing2, acting2, makan2, gelak2, guling2 semua siap...haha...semuanya pelakon amateur kan...lebih keras dari kayu...ni hah pix di sebalik tabir.
bz betulkan tudung. awning kasi muncung, tak nak kerepot
 conquer rebut cermin. masa ni dah call time (chewahh ngalah artis!) puan pengarah dah manggil2
'Kabir' & 'Mira' tungkus lumus kasi task kat pelakon semua
Nyanyi Negaraku kaaa..diri tegak je..Wahahaha...
 
Sebagai upah, tokey a.k.a tuan umah hidang laksa johor yg sgt delicious sampai Deena's Junior menjilat jari n Yatt tak malu mintak tapau untuk bos gitu. We all ada la bawak sket potluck nak kasi meriah. Dewi with her signature dessert Tiramisu , Yatt bawak se-tupperware Choc Chips Cookies, Surie - cekodok & karipap Mak Dah yang kiut miut sizenya & Rin borong KFC. Pendek kata memang perut ketat & kenyang lah..

It always fun to gather with BFF, kalu tension pon leh lupa. Wakakaka

And finally, the video....click : FS shoot

Sesapa mau khidmat video -individu, corporate, events bole contact Madam Surie naa...Now ada promosi tau kasi call & ask for the package offer. Senang keja ngan diorang - punctual, idea bernas & efficient siapkan video.

Tak lupa gak to FS..semoga akan terus berkembang dan menjadi setaraf ngan brand hijab yg femes kat Mesia ni. Aminnn!






12 Jun 2013

Detox with PHYTO Fiber

Since ada yang nanya & survey detox mana elok nak consume kan, ni yang aku amik bila hagak2 badan penuh toksin hasil mentekedarah -PHYTO FIBER



Cara minum : buh air sejuk segelas (kalu kurang sejuk, tak bole sedut lah. terasa serdak kat tekak). Kacau2 sampai hilang bubble & cepat2 lah minum sekali hirup sampai abis. Tak leh biarkan lepas kacau nanti berketul & tak selera lak nak minum.
Dewi, tatau la ko leh minum ke tak ni. Kalu pass Nona Roguy, anda di zon selamat!

Biasanya minum fiber ni before tidur. Esok pepagi dah 'kena kejut' jupa Mr Tan. Standby gak nak keluarkan toksin anytime the next day, so pepandai budget time la yer. Tapi serious rasa kempis and perut bersih abis gitu.
Kalu nak travel or ada hal penting, tok sah la amik phyto ni. Lain orang lain body adjustment, ada yang tak rasa effect jupa Mr Tan.

Most important minum air banyak2, ada yang cakap nanti usus sangkut plak , dari nak cleanse perut, jadi lain pulak.

Sekian lama amik on & off fiber ni baru lah tau the other benefits:

  • problem sembelit (well proven)
  • rendah kolestrol
  • balance glukos darah
  • increase immunity system
  • improvise digestion system
  • nyah toksin
& yang best sesangat........bole slim, kempis perut & kulit gebu uols!!...waduh waduh..ini macam kalu...boleh lah minum tiap2 malam.

Dah ada testimoni kat SIL, dia minum sebab problem sembelit, hari2 wajib minum...hasil nya, maintain kurus from her big frame tu tau. Now i discover the secret!!

Selected farmasi ada jual & i got mine @ Healthlane Farmasi, rm95 sekotak. Nampak gaya kena wat stok je lah kat rumah ni, ada time out of stock kat farmasi.

Happy detoxing frenz...




11 Jun 2013

Cuti-cuti Malaysia: LANGKAWI

Dah lama simpan harapan nak re-visit pulau lagenda ni...last vacation kat Langkawi was in 2003...tengok balik photos masa tu saya kurusssss lagi....haha!  So since its school holiday, propose kat boss & bila boss kata good to go, saya pun apa lagi - book flight ticket ke Alor Setar (sebab direct flight ke Langkawi dah mahal giler coz book last minute), check ferry schedules, taxi, car rental, tours, survey hotels and prepare itinerary..Fuhhhh!!! Memang dah presume sejak kawin kerja-kerja ni semua di bawah bidang kuasa saya, the wifey a.k.a.secretary.  Boss (being the boss) will just review jek nanti.   So, camni lah rupa itinerary yang dah siap.

Hotel yang mana satu???
Dilemma sungguh bila nak pilih hotel ni. Lamaaaaaa belek Agoda, Tripadvisor etc etc..nak cari the best rate available la konon..and torn between being patriotic (and choose Holiday Villa since its my co's property) and the more luxurious & secluded Berjaya Resort.  Fikir punya fikir, finally boss kata Berjaya pun ok...harganya agak gulp la but tutup mata & key in jer credit card no. Ingat dah settle...rupanya hati masih belum tenang.  Sebabnya, Berjaya tu letaknya nuuuuunnn kat hujung pulau..area Burau Bay...dekat cable car sana..tempat jin bertendang...45 mins dari jetty Kuah. Tanya colleagues yang selalu pegi Langkawi katanya Cenang la best...happening...banyak restoran, banyak kedai, banyak pub (eh, tak relevan!) and the beach is landai & banyak water sport. Okeeyyyyyy....so I consulted my 8 y.o daughter & she said, ok la mama, janji pool besar...haha..senang jek dia... Hence, I cancelled my reservation at Berjaya & proceed with Holiday Villa yang letaknya right next to Cenang Beach.  Bismillah...i hope this is a no regret decision. So, ini lah dia hotelnya...
Gambar dalam website Holiday Villa
and here's the real deal...

Alhamdulillah, HV ni not bad at all, beyond my expectation actually. We stayed at their deluxe room. It was clean, spacious (even with an extra bed) and clean (have i mentioned that?) despite the furnitures yg agak old school.  The room has a balcony overlooking the pool, the pool is huge and they have a private beach.   Their Manja package is RM760++ for 3D2N including breakfast for 2.

What we did?
Hmm...rented a car.  We got a car from this guy - Yahya (T: +6012-4130036).  He has all sorts of cars..Price is negotiable. Most importantly, he's trustworthy.  Since we all pegi time cuti sekolah, Wira/Saga BLM costs RM100/day and Nissan Almera costs RM120/day. Katanya kalau bukan peak season, lagiiiii murah. Dia pun arrange for trips gak...island hopping, snorkeling trips, semua ada...price is negotiable.

1st agenda - isi tangki @ Restoran Wan Thai @ Jalan Pokok Asam, Kuah.  Restoran ni sentiasa full house. Lunch from 11am-3pm. Dinner 6pm-10pm.  Waiter n tukang masak ramai yg Siam mari.  Tokey pun Siam boleh cakap Melayu & cun!!! Tomyam sedap & yang special is soft shell crab - goreng with garlic n pepper.  The kids loved it.

A Thai lady preparing Leng Chee Kang
Perut kenyang hati senang..head straight to Oriental Village, Burau Bay - naik Cable Car. Queued for 1 hour...ramai betul orang! Cable car naik sampai peak of Gunung Mat Cincang.  Gayat la jugak tapi kalau tak naik rugi wooo...the view of the bay was magnificent from up there.


View of Burau Bay at 700m above sea level
Tiket for Malaysians is RM15(A). Beli open ticket kat En Yusof Yahya dapat discount singgit.  Kat Oriental Village ni jugak ada deer feeding, elephant ride and Bolaven Cafe where u can dine with the tigers.  Unfortunately, kami tak pergi, coz tak sempat.  Instead, the kids chose to ride the Langkawi DuckTours (amphibian).  Ronda2 kat Perdana Quay tempat orang park luxury boats. My boy fell asleep masa ride ni.....boring katanya :P


By then dah petang..masuk hotel, check-in,  keluar dinner @ Artisan Pizza, Cenang.  They have a few outlets & do deliveries, since Dominos takde kat Langkawi ni.  Boleh tahan la pizza dia although its nothing to shout about.  Reasonable priced too.  Selain pizza ada gak western food lain dalam menu dia.

Day 2 - we decided to go for a mangrove tour @ Kilim River.  Charter boat RM200, boleh naik up to 8 people.  Cantik sungguh paya bakau ni - hijauuuuu jek semua.  Tenang mata memandang.  Mula2 boat tu berenti kat Bat Cave - bila suluh pakai lampu suluh yg disewa ngan harga RM1, eyouuuuuuu...banyakkkkk nyaaaaa bat kat ceiling cave tu....geli den! Jangan sesekali amik gambar pakai flash, mau bats tu terjaga & terbang beramai2 ke arah korang..jadik citer dracula lak kang..argggh!
Inside the Bat Cave - those are sleeping bats!
 Next, stop - fish farm.  Kecik je tempatnya, but educational.  The kids gotta pat a stingray, belangkas & tengok ikan yang boleh sumpit makanan dia as far as 3 meter dengan tepat sekali...cayalah!

Kids patting Husin, the stingray
Next stop, Crocodile Cave - mulut cave ni ada sikit2 rupa muka buaya.  Pastu pi Eagle Feeding plak...tapi boat driver kami tak bawak food to feed the eagles pun...tapi banyak la helang dok terbang2.  Last sekali, bot speed up ronda2 kat Andaman Sea..tengok Pulau Kasut (Bata patut sponsor logo satu kat situ!) & rock formation lain..ni la namanya geoforest yang makan masa beratus ribu tahun to form.


 The trip took 2 hours.  U can extend lagi kalau nak lunch kat floating restaurants kat sungai tu. Boleh book tour ni ngan tokey car rental tadi. Bot2 ni semua selamat, ada permit & insurance coz semua governed by  LADA for tourism industry kat Langkawi ni.

On the way nak balik hotel singgah Hospital Langkawi (tiada dalam agenda asal)...boss sakit gigi daaa....singgah ambik ponstan & antibiotic...sebab kat farmasi cuma ada jual panadol jek! Hospital Langkawi ni was built by a Swedish company ye...jgn tak tau...design dia not like a typical hospital tau!

Day 3...hmmm, nak balik dah. Since I'm not a fan of pinggan mangkuk, beli 1 barang je - non-stick double pan..sesuai utk bako ikan...hehe..cari brand Happy Call tapi takde, last2 beli kat Haji Ismail brand Haji Ismail @ RM69 seketul size kecik. yang besar sket RM79 (nama Haji Ismail terpampang atas pan ni wehhhh!) Super liking it...masak ayam, ikan kejap jek...10 minit siapppp...sebab dia non stick, cantik jek masaknya.
Ni bukan gambar sebenar, tapi lebih kurang cam gini la rupanya .

And highlight untuk hantu coklat is  BORONG COKLAT! Tengok ni!


Memang betul Langkawi is a chocolate heaven. Daim 300g - RM15 per pack.  Ritter Sport RM4 seketul..yang dah nak expired lagi la murah.  Milka 3 for RM10.  Cadbury Australia RM8.50.  Kinder Bueno, pack of 16 - RM18. Celebration Mix 400g RM29. Cote D'or RM10. Lindt mini / praline mix - RM70 per pack 300g (ada discount lagi but tak ingat berapa). Hersheys Kisses / Nuggets - RM12.50 per pack.  Whittakers  Peanut/ Almond Slab - 3 for RM8.50....senang citer, price kat KL is at least 30%-50% more. Choices are abundance kat Haji Ismail (Kuah) & The Zon (Underwater World, Cenang).  Idaman Suri (Kuah) pun cam tak banyak sangat. Price ada sedikit berbeza.  Punya banyak la borong bila angkut naik feri, otomatik tenaga Badang keluar...haha..coklat punya pasal.

Tips on Langkawi Ferry
Beli tiket sehari lebih awal..sebab kalau lambat dapat seat kat bawah (perut ferry), yang takde window & memang berbuai lebih la...especially kalo ombak kuat...silap2 seasick wehhh! Siapkan beg plastik muntah ye. Ferry available hourly.  Dari Kuala Kedah journey dalam 1.5 - 1.75 hours.  Dari Kuala Perlis journey dalam 1.15 - 1.5 hours. Refer harga tiket kat sini: https://langkawi-ferry.com/

Conclusion:  Banyak tempat menarik kat Langkawi ni...especially for kids. 4D/3N baru best kot...3D/2N agak rushing sebenarnya. Accommodation pun berlambak, dari homestay cap ayam sampai lah ke posh villas. Ada yg tepi laut, tengah bendang, belakang rumah orang...Ikut la budget korang camne. Next time, nak gi Pulau Payar lak!  ~KD: Pix credit to Cik Ya, 8 y.o~






SeVen Hot Ladies Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign